Posts

Showing posts with the label kesihatan

Perlu ke menderma darah? Faedah dan Prosedur berkaitan

Image
Aku tahu, ramai antara kita yang masih belum pernah menderma darah walaupun sekali. Baik disebabkan belum berkesempatan, takut jarum mahupun tidak boleh tengok darah, menderma darah ada satu perkara yang baik untuk dilakukan, bukan sahaja kepada diri sendiri, malahan kepada orang lain juga. Tahukah korang bahawa dari sebekas darah yang kita dermakan, kita dapat membantu menyelamatkan tiga nyawa? Malahan, dengan menderma darah, kita dapat mengambil tahu tahap kesihatan kita sama ada di tahap yang baik atau sebaliknya. Jadi, berbalik kepada soalan asal, perlukah kita menderma darah? Apabila kita menderma darah, darah tersebut akan diuji kaji terlebih dahulu untuk memastikan betul pengagihan kumpulannya. Selain itu, ujian darah juga perlu dilakukan bagi memastikan darah yang didermakan bebas daripada sebarang penyakit dan jangkitan virus seperti siflis, hepatitis B dan C, dan juga AIDS. Jika didapati ada keputusan yang mencurigakan, pihak hospital akan menghubungi kembali penderma untuk m...

Mastitis Journey: Part One

Image
I don’t really share about this one experience unless being asked. But, I do think of it, at least, as the most memorable experience that should always be acknowledged as a nursing mother, especially. Mastitis, for those who unfamiliar with the term, is an inflammation of breast tissue that may result in breast pain, swelling, redness and warmth. It is caused by blocked milk duct, where breast milk that maybe doesn’t completely emptied at feedings, or longer time distance between feedings and causing milk trapped in the breast. And that is what actually happened to me. Let’s get this story back to the beginning. Move back a couple of months before PRU even happened, back to the day when I first time ever became COVID-19 patient. First time tau selepas dua tahun setengah melawan. I did my quarantine session at home. However, my baby didn’t really understand that. Of course! He was only two weeks short before his third month’s shot. I was quite scared to feed him directly. But I still di...

Panduan Buka Buku Pink Untuk Ibu Mengandung

Image
Macam yang ramai tahu, terutamanya yang masih setia mengikuti aku di media sosial, aku dah pun selamat naik pangkat menjadi seorang Mama pada bulan Jun yang lepas. Pangalaman mengandung kali pertama ni memang tak boleh nak dilupakan. Segala-galanya kali pertama. Kali pertama buat UPT sampai tiga kali sebab nak dapatkan kepastian. Kali pertama berulang ke klinik setiap dua minggu. Kali pertama rasa ada yang bergerak dalam perut. Tapi, antara semua kali pertama ni, yang paling penting adalah kali pertama buka buku pink. Proses buka buku pink ni sebenarnya adalah proses mendaftar perkembangan kesihatan ibu dan bayi dengan klinik. Buku Pink atau nama sebenarnya Buku Rekod Kesihatan Ibu ni boleh dibuka di klinik kerajaan atau terus ke klinik atau hospital swasta pilihan korang. Tapi, bagi yang nak buka buku pink di klinik kerajaan atau lebih biasa dipanggil klinik kesihatan, ada beberapa dokumen yang perlu korang sediakan. Bila nak buka buku pink? Buku pink biasanya boleh dibuka sebaik saha...

Rawat anemia di rumah ketika mengandung

Image
Anemia adalah satu masalah yang boleh dianggap biasa dalam kalangan wanita mengandung. Hampir 1 daripada 4 orang dari golongan wanita mengandung akan mengalami masalah ini. Ia dapat dikesan dengan ujian darah, di mana bacaan hemoglobin adalah kurang dari 11g/dl . Para ibu yang mengalami anemia ketika kehamilan juga biasanya akan dibahagikan kepada tiga golongan , iaitu risiko rendah, risiko sederhana dan risiko tinggi. Tapi, sebelum kita bincangkan kaedah dan cara untuk merawat anemia, jom kita ambil tahu punca berlakunya masalah ini dan info lain yang perlu kita tahu sebelum kita mahu merawat sendiri masalah anemia ini di rumah. Anemia atau kurang darah merah yang elok dan baik untuk membawa dan membekalkan oksigen ke seluruh tubuh badan serta kepada bayi di dalam kandungan. Masalah ini berpunca dari kurangnya zat besi untuk menghasilkan lebih banyak sel darah merah demi menyokong tumbesaran kandungan di dalam badan kita. Akibatnya, kita akan mudah berasa penat, pening dan mudah mer...

Gout: Punca dan siapa berpotensi menghadapinya?

Image
Assalamualaikum w.b.t. Entah macam mana, semalam, masa Mya sekeluarga sedang berehat dan bergotong-royong menyediakan makan malam *kami biasanya berBBQ bila berkumpul di hujung minggu* topik mengenai GOUT tiba-tiba sahaja keluar. Naik jugalah dua tiga persoalan yang menarik mengenai penyakit GOUT ini. Jadi, memandangkan ini melibatkan perihal kesihatan dan kawan Mya yang sebaya yang sudah diagnos dengan penyakit ini, Mya rasa perlu untuk Mya ambil tahu dan berkongsi dengan awak semua. Gout: Punca dan siapa berpotensi menghadapinya? Gout: Punca dan siapa berpotensi menghadapinya? Gout ini sebenarnya adalah satu jenis kesakitan yang berpunca dari pemakanan kita sendiri. Ada sustu keadaan yang mana uric acid yang ada dalam badan kita tidak sepenuhnya terhapus dan membentuk kristal berbentuk seakan jarum dan tinggal di dalam sendi mahupun tisu lembut. Bila keadaan macam ni terjadi, itulah yang mengakibatkan bengkak dan sakit. Bahayanya uric acid ni bukan semata sebagai penye...

Masalah kulit kering hilang dengan Vaseline Intensive Care Aloe Soothe Lotion

Image
Assalamualaikum w.b.t. Kejap je dah masuk hari ke sepuluh dalam bulan Syawal, kan? Macam sedar tak sedar je. Tapi, sekarang ni, Mya sebenarnya nak share pasal Vaseline Intensive Care Aloe Soothe Lotion ni. Mya kebetulan beli masa keluar shopping raya hari tu. Asalnya, kawan baik Mya yang beli untuk sapu pada luka-luka dia yang dah kering tu. Teringat kawan Mya beritahu yang Vaseline Intensive Care Aloe Soothe Lotion ni elok untuk kulit kering, Mya pun capai jelah masa tu. Tak fikir panjang pun. Vaseline Intensive Care Aloe Soothe Lotion Sebelum Mya cerita panjang pasal losyen ni, Mya cerita sikitlah pasal masalah sebenar Mya dulu eh? Kulit lengan Mya ni jenis kering ya amat. Sampai ada masanya memang gatal sangat rasanya. Punca? Mya tak pernah dapatkan nasihat doktor pun pasal masalah ni. Jadi, memang tak tahu. My bad. So, bila dah gatal tu, memang tangan pun dengan gatalnya juga, rajin menggaru. Sampai merah-merah. Kadang-kadang tu berdarah jugaklah. Menggelupas macam nak be...

Kebaikan Chia Seeds

Image
Tengah syok berangan membuat flower bouquet, tiba-tiba group Whatsapp sekolah berbunyi. Macam biasalah. Mya yang tak sibuk ni telah pun menyibukkan diri untuk ambil tahu. Oh, pasal chia seeds rupanya! Kawan ni nak cari kedai yang ada jual grains ni kat kedai-kedai biasa sekitar Ipoh. Mya memang tak dapatlah nak menjawabnya sebab tak pernah consume  pun. Tapi, ramai juga rupanya antara kawan Mya yang makan chia seeds ni. Kebaikan Chia Seeds | Sumber Gambar : Google Kebaikan Chia Seeds Rupa-rupanya, chia seeds ni bagus untuk orang yang nak kurangkan berat badan . Memang boleh dikira sebagai pilihan terbaik untuk orang yang nak kuruskan badan. Dari experience  kawan-kawan Mya yang dah biasa consume  chia seeds ni, mereka kata selera makan jadi lebih terkawal . Which mean, makan sikit pun dah kenyang. So, Mya cuba cari ciri sebenar chia seeds ni dengan bantuan PakCik Google. Barulah Mya tahu yang chia seeds ni mengandungi serat, protein dan macam-macam lag...

Carpal Tunnel Syndrome : Punca dan Rawatan

Image
Pernah tak awak mendengar mengenai Carpal Tunnel Syndrome? Atau, pernah tak awak merasa kebas atau denyutan kecil yang berterusan pada bahagian jari atau sekitar pergelangan tangan awak? Atau mungkin awak merasakan ada masanya awak tiba-tiba sukar menggerakkan jari untuk kerja-kerja mudah? Jika tanda-tanda sebegini pernah terjadi, awak mungkin mengalami keadaan yang dipanggil Carpal Tunnel Syndrome.  Carpal Tunnel Syndrome Apa itu Carpal Tunnel Syndrome (CTS)? Carpal Tunnel Syndrome (CTS) sebenarnya merupakan perkara biasa dalam kehidupan kita. Ianya terjadi apabila saluran saraf yang dipanggil saraf median mengalami tekanan. Saraf median inilah yang sebenarnya mengawal pergerakan jari kita. Atau dalam bahasa mudah faham, rasa sakit pada pergelangan tangan yang berlangsung sehingga ke jari tengah tanpa melibatkan jari kelinking/jari anak. Ianya berbeza dengan dengan sakit sendi biasa yang mana CTS lebih kepada sekitar bahagian pangkal tapak tangan. Punca Ca...

Ubat Cacing : Perlukah tika Dewasa?

Image
Berapa kali, sejak dewasa ini awak pernah mengambil ubat cacing? Sangkaan kita,keperluan mengambil ubat cacing ini hanya semasa kanak-kanak sahaja adalah tidak benar sama sekali sebenarnya. Dan untuk makluman kita semua, cacing yang ada di dalam perut kita dewasa ini jauh lebih bahaya dari semasa kita kanak-kanak. Ubat Cacing : Perlukah tika Dewasa? Sebenarnya banyak tanda-tanda mudah untuk mengesan sekiranya perut kita mengandungi cacing/parasit ketika dewasa ini. Malah ianya lebih mudah dikesan daripada zaman kanak-kanak. Antara simptom mudah adalah: 💙 Cirit-birit 💙 Sembelit 💙 Cepat lapar 💙 Insomnia 💙 Overweight 💙 Angin dalam perut 💙 Gatal-gatal sekitar dubur 💙 Kurang kandungan gula dalam badan 💙 dan lain-lain lagi Kesemua simptom yang disebutkan diatas adalah kerana nutrisi dari makanan yang kita ambil setiap hari tidak diterima oleh tubuh kerana wujudnya cacing dalam badan kita. Kita juga akan mudah berasa lapar d...

5 Jenis Fobia yang Unik

Image
Idea untuk entri ini tercetus semasa Mya tonton semula potongan episod lama Running Man yang bakal berakhir Februari ini. Seperti yang ramai maklum, Haha dan Yoo Jae Suk sememangnya dikenali sebagai ahli yang mempunyai banyak ketakutan. Takut kepada ketinggian, takut kepada kegelapan dan pelbagai lagi. Song Ji Hyo yang sering tampil dengan imej gadis berani pula mempunyai ketakutan kepada serangga . Semua jenis ketakutan yang dimiliki mereka merupakan ketakutan, atau lebih senang dipanggil fobia yang sering kita dengar. Tetapi, tahukah awak adanya banyak lagi fobia yang unik dan pelik, sehingga kita rasakan bagai tidak percaya fobia seperti itu wujud? Dalam entri ini, Mya akan senaraikan 5 jenis fobia yang unik dan pelik yang wujud di sekeliling kita. 5 Jenis Fobia yang Unik 5 Jenis Fobia yang Unik Chirophobia - Fobia kepada tangan Ini bukan sahaja bermaksud pesakit takut kepada sentuhan tangan, malah dengan anggota tangan itu sendiri. Mungkin bunyinya pelik ...

Vegetarian : Amalan yang Tidak Sihat

Image
Sejak dari kali pertama Mya memahami maksud perkataan ‘Vegetarian’ lagi, Mya selalu terfikir sama ada golongan ini mendapat zat yang diperlukan tubuh secukupnya ataupun tidak. Di akhirnya, hanya satu yang Mya selalu simpulkan : vegetarian amalan yang tidak sihat. Namun begitu, bukankah dikatakan kita perlu mengambil banyak sayuran dan semestinya juga veterian memiliki kaedah mereka sendiri bagi mendapat zat yang hilang. Mengapa masih vegetarian amalan yang tidak sihat? Vegetarian : Amalan yang Tidak Sihat Golongan vegetarian adalah golongan yang tidak menjamah sebarang jenis daging haiwan, termasuk ikan dan binatang ternakan. Malahan, ada di antara mereka yang langsung tidak menyentuh sebarang produk berasaskan haiwan seperti telur, susu, keju dan sebagainya. Namun begitu, amalan ini bukanlah suatu amalan yang baik kerana tubuh kita juga memerlukan zat yang hanya boleh didapati dari daging haiwan. Benarkah vegetarian amalan yang tidak sihat? sumber gambar : goo...

Berbahayakah tidur dalam lampu terang?

Image
Satu topik yang pernah ditanyakan kepada Mya. Berbahayakah tidur dalam lampu terang? Ada yang gemar tidur dalam suasana bilik yg gelap. Ada pula yang lebih gemar tidur dalam keadaan terang sepanjang malam. Tetapi, tahukah kita bahawa memasang lampu sepanjang malam bukanlah satu tindakan yang baik untuk kesihatan, selain ianya menambahkan kadar penggunaan elektrik? Persoalannya, berbahayakah tidur dalam lampu terang? Berbahayakah tidur dalam keadaan lampu terang? Seperti yang pernah Mya sentuh dalam entri " Mengantuk selepas Tidur Lama : Sebab dan Punca " tempoh hari, tubuh kita memiliki jam biologi dan sistem yang menyeimbangkan kadar tidur dan jaga. Apabila kita tidur dalam keadaan lampu yang terpasang, ianya boleh mengganggu jam biologi tubuh dan mengganggu penghasilan hormon 'melatonin' yang membantu kita tidur lena. Tidur dengan cahaya dari skrin laptop adalah tidak baik utk kesihatan. sumber gambar : google Tidur dalam cahaya terang...

Memandu dalam keadaan separa sedar

Image
Pernah tak awak merasa yang awak tidak sedar atau ingat apa yang berlaku sepanjang pemanduan awak pulang dari tempat kerja atau kawasan yang sering awak kunjungi? Baru sebentar tadi awak mula memandu, dan apabila sedar sahaja, awak sudah sampai di rumah atau mana-mana tujuan awak? Tahukah awak yang awak sudah memandu dalam keadaan separa sedar? Bagaimana keadaan memandu dalam keadaan separa sedar boleh terjadi? Memandu dalam keadaan minda separa sedar Minda separa sedar selalu dikaitkan dengan keadaan di bawah hipnosis atau mimpi. Namun begitu, kedaan minda separa sedar ketika memandu bukanlah bererti awak sedang dipukau atau bermimpi. Sebaliknya, ia terjadi kerana penguasaan otak yang membimbing anggota badan bertindak seiring dengan rutin. Memandu dalam keadaan separa sedar Sumber : Google.com Apabila awak memandu ke arah destinasi yang kerap dikunjungi sambil mendengar lagu ataupun berbual, otak awak telah membahagikan tugas antara refleks dan...

Mengantuk selepas Tidur Lama : Sebab dan Punca

Image
Pernah tak rasa mengantuk selepas tidur lama? Atau mungkin, awak masih rasa mengantuk di waktu malam walaupun sudah tidur sepanjang hari? Kenapa perkara sebegini boleh terjadi? Bukankah sepatutnya kita akan lebih segar bila sudah lena dalam waktu yang panjang? Mengapa masih mengantuk selepas tidur lama? Mengapa masih mengantuk selepas tidur lama? Sumber : Google Soalan: Mengapa masih mengantuk selepas tidur lama? Badan manusia memiliki sistem jaga/lena homestasis yang membantu mengekalkan keseimbangan tahap sedar dan lena. Sistem inilah yang membantu kita untuk kekal sedar selepas tidur lena di waktu malam. Tubuh manusia mempunyai had masa kesedaran tersendiri dan apabila tempoh sedar dipenuhi, kita akan mula rasa mengantuk. Jadi, lebih lama kita berjaga, kita akan lebih mengantuk dan mahu tidur lebih lama. Situasi : awak kebiasaannya tidur selama 6 jam setiap malam. Namun begitu, kerana sibuk atau mungkin faktor sekeliling, awak telah memotong waktu tidur awak menjadi ...

Khasiat Daun Pandan

Image
Pasti ada yang tertanya-tanya, mengapa tiba-tiba Mya menulis mengenai khasiat daun pandan, bukan? Sebenarnya Mya baru lepas mengulang tonton drama Awak Sangat Nakal lakonan Sharnaaz Ahmad, Ayda Jebat dan Tash Yong. Ada satu bahagian di mana Johan meminta Sue dan Erine menyampaikan kek pandan kepada Mak Munah yang sedang merajuk. Terfikir pula hendak kongsikan khasiat daun pandan yang bukan sahaja terhad kepada masakan. Jom kita tengok senarai kebaikan daun pandan di bawah.  Which mean, bolehlah kita amalkan sama-sama. Kebaikan Daun Pandan Menyegarkan udara Sejak dari dulu, daun pandan selalu digaulkan dengan potongan bunga-bunga untuk dijadikan haruman rumah. Ianya membantu mengembalikan kesegaran pada udara dan mengekalkan bau haruman bunga-bungaan yang dicampur dengan air mawar. Mematikan kuman dalam darah Ini yang selalu Mya dengar apabila melihat nenek-nenek saudara Mya di kampung meminum air rebusan pandan. Apabila ditanya, kata mereka, air pandan memba...

Moody? Jom makan!

Assalamualaikum wb.t.  Hai semua.  To be honest, Mya seorang yang ill- and quick-tempered. Pantang terusik sikit. Mulalah moody sepanjang hari. Seriously, this one kind of bad habit sangatlah tidak baik untuk Mya sendiri dan orang sekeliling. Selak-selak majalah Dara.com baru ni, Mya jumpa senarai makanan yang boleh menghilangkan rasa moody. Now, Mya nak kongsi dengan awak semua. Dark Choc Ini satu makanan yang Mr. F paling suka, but not really going that way on my side. Tapi, Mya memang ada simpan bar dark choc, just in case. Dark choc lebih baik dari bar coklat biasa. Sebab katanya boleh mengurangkan hormone stress. Epal Ini satu lagi makanan yang sentiasa ada dalam peti ais Mya. Memang diakui berkesan. Unknowingly, tak kisahlah sama ada epal merah atau epal hijau, mood Mya akan jadi lebih baik bila makan epal. So, tak terkejut bila buah ini termasuk dalam senarai ini. Green Tea Mya not really a green-tea lover. Tapi, dari ba...

Bina Mood Positif dengan Haruman

Image
Dalam hidup kita sehari-hari, adakalanya mood kita menjadi tidak menentu dengan perubahan sekeliling dan juga hormon dalam badan kita. Perkara ini tidak boleh diambil ringan kerana ianya mungkin turut menjejaskan kesihatan fizikal. Aura negatif yang dalam minda kita boleh diubah menjadi mood yang lebih baik dengan menghidu bauan yang sesuai. Bagaimana memilih bauan untuk emosi yang berbeza? Bina Mood Positif dengan Haruman Bina Mood Positif dengan Haruman Perasaan Aroma Tidak Tenang Citrus Lemon Anggur Membantu mengembalikan rasa tenang. Kurang Keyakinan Lavender Vanilla Jasmin Amber Membuatkan diri rasa lebih berkeyakinan. Stress Mandarin Ros Sandalwood Chamomile Elok digunakan tika mandi. Juga membantu membangkitkan rasa tenang. Kurang Fokus Cypress Lemon Pudina Rosemary Memberi lebih konsentrasi, menajamkan fikiran dan memori. Sedih Frankincense Cypress Ros Vetiver Sangat sesuai digunakan untuk membangkitkan rasa gembira. ...

8 Menu Makanan Ringan (Snek) Sihat

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Macam yang kita semua tahu, snek bukanlah satu pilihan yang baik jika anda ingin menurunkan berat badan mahupun membakar lemak. Tapi, betulkah wujudnya snek sihat? Sejauh mana kebaikannya? Jom kita lihat satu persatu  ☺ Biskut dan Tuna Tuna merupakan sumber Omega 3 yang sihat. 3 aun tuna dan 6 keping biskut mengandungi: 20g Protein, 3g Serat, 200kcal Kalori ☺ Smooties Berry Campuran yogurt rendah lemak dan buah beri ini mengandungi: 9g Protein, 4g Serat, 139kcal Kalori ☺ Buah Pir dan Kulit Kayu Manis Potongkan buah pir dalam bentuk dadu  dan gaulkan dengan satu teh serbuk kulit kayu manis. Snek yang membuka selera ini mengandungi: 8g Protein, 5g Serat, 170kcal Kalori ☺ Udang Goreng dengan sedikit sahaja minyak bersama avokado atau rebus dan campurkan dengan yogurt rendah lemak  menjadikan makanan ini lebih sihat dan berkhasiat. 9g Protein, 4g serat, 162k...

Awas, Tekanan Darah Rendah!

Image
Berbanding tekanan darah tinggi, masalah tekanan darah rendah kurang diberi perhatian. Adakalanya, kerana bimbangkan masalah tekanan darah tinggi, kita akan berdiet dan terlalu berjaga-jaga dalam pemakanan. Namun begitu, ia mungkin mengakibatkan tekanan darah rendah. Sama bahaya, sama mudarat! Apa itu tekanan darah rendah? Tekanan Darah Rendah Tekanan darah rendah atau istilah mediknya hipotensi adalah satu keadaan di mana tekanan darah adalah lebih rendah dari kadar yang diperlukan ,  mengakibatkan organ tidak mendapat aliran darah secukupnya.  Tekanan darah normal  →  120/80 mmHg Tekanan darah rendah  →  90/60 mmHg Golongan yang mudah terdedah kepada tekanan darah rendah? Tekanan darah dalam tubuh kita dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti usia, aktiviti harian, perasaan, ubatan dan infeksi . Pada usia 25 tahun dan kebawah, jangan hairan jika pakar perubatan memberitahu bahawa tekanan darah anda set...