Bina Mood Positif dengan Haruman
Dalam hidup kita sehari-hari, adakalanya mood kita menjadi tidak menentu dengan perubahan sekeliling dan juga hormon dalam badan kita. Perkara ini tidak boleh diambil ringan kerana ianya mungkin turut menjejaskan kesihatan fizikal. Aura negatif yang dalam minda kita boleh diubah menjadi mood yang lebih baik dengan menghidu bauan yang sesuai. Bagaimana memilih bauan untuk emosi yang berbeza?
Perasaan | Aroma | |
Tidak Tenang | Citrus Lemon Anggur |
Membantu mengembalikan rasa tenang. |
Kurang Keyakinan | Lavender Vanilla Jasmin Amber |
Membuatkan diri rasa lebih berkeyakinan. |
Stress | Mandarin Ros Sandalwood Chamomile |
Elok digunakan tika mandi. Juga membantu membangkitkan rasa tenang. |
Kurang Fokus | Cypress Lemon Pudina Rosemary |
Memberi lebih konsentrasi, menajamkan fikiran dan memori. |
Sedih | Frankincense Cypress Ros Vetiver |
Sangat sesuai digunakan untuk membangkitkan rasa gembira. |
source: google.com |
Terdapat banyak produk dipasaran yang menggunakan asas bauan untuk membantu membina semula mood positif. Antaranya, lilin, minyak pati dan semburan. Pilih yang mana bersesuaian.
Sumber: Majalah Dara.com
Comments
Post a Comment