Posts

Showing posts from September, 2016

Review Filem : Tada, Kimi O Aishiteru (Just, Loving You)

Image
Tajuk :  ただ、君を愛してる Tada, Kimi O Aishiteru Just, I Love You  a.k.a Heavenly Forest Tahun : 2006 Adaptasi Novel 恋愛寫眞 もうひとつの物語 Renai Shashin : Mo Hitotsu no Monogatari  Photo of Our Life - Another Story (Takuji Ichikawa) Pelakon: Aoi Miyazaki Hiroshi Tamaki Sinopsis : Makoto, seorang jejaka photographer  pemalu yang sering mengasingkan dirinya kerana kekurangan diri telah berkenalan dengan seorang gadis yang bersikap dan berpenampilan seperti keanak-anakan bernama Shizuru. Perkenalan pertama mereka membawa kepada sebuah persahabatan setelah mereka sama-sama menceroboh ke dalam hutan larangan berhampiran akademi mereka. Makoto, pada masa sama, meminati Miyuki, rakan sekelasnya dalam diam. Namun, perasaannya itu dapat dihidu Shizuru yang akhirnya turut berkawan baik dengan Miyuki.  Menyambut hari lahir Miyuki, mengingatkan Makoto dengan hari lahir Shizuru. Tanpa dijangka, Shizuru menghilangkan diri selepas menerima hadiahnya tanpa sebarang be

'See your memories on this day' di Facebook mengamit kenangan

Image
Assalamualaikum w.b.t Hai semua . Kalau tengok tajuk pun macam dah boleh agak apa yang Mya nak cakap kan? Siapa setuju ? Mungkin ada antara memories  yang dipamerkan tu macam menimbulkan rasa malu dengan diri sendiri apabila dikenang semula. Tetapi, setuju tak kalau Mya kata, ianya seolah petanda yang kita sudah berubah menjadi lebih baik ? Siapa kata nak berubah itu susah ?  *Padahal sendiri yang kata* Anyway, seronok juga kalau mengenang kembali cerita lama sebegitu *yang memalukan, tolak tepi*. Gambar dengan kawan-kawan lama, tempat yang pernah dilawati dan pelbagai lagi yang indah untuk diimbas kembali sebenarnya. Macam Mya sendiri, Mya suka melihat hasil kerja lama yang pernah dibuat semasa mula berniaga dulu. Jadi, tak semuanya buruk kan?  Anyway, stay with me till next time. Bye, XOXO. p/s : Bila tulis pasal memori , tiba-tiba teringat filem Inside Out

DIY Name Card secara PERCUMA

Image
Assalamualaikum w.b.t Hai semua Senangnya dalam hati, name card baru Mya dah sampai . I am a happy girl  *muka ada senyummm* Sebenarnya, minggu lepas Mya jalan-jalan kat blog Kak Julia, terperasankan entry pasal buat name card  DIY. * lihat entry disini * So, baca punya baca, rupanya Kak Julia buat design name card  terbaru dia sendiri di Pixajoy. Beritanya bukan berhenti di situ. Pixajoy offer 50 set name card  percuma setiap hari untuk semua orang. Tanpa syarat tau Dah terlanjur bercerita, Mya nak kongsi cara  untuk buat name card di Pixajoy secara ringkas dengan awak semua. Pergi ke laman Pixajoy.  Awak boleh klik pada banner, atau klik pada Product dan pilih 'Name Card'. Awak akan dibawa ke laman 'Personalised Name Card'. Skrol kebawah sehingga awak jumpa gambar di atas. Klik 'Start Now' pada gambar FREE Personalised Name Cards. Di laman ini, awak boleh memilih tema name card  yang menjadi kesukaan awak.

Review Wayang : Aliff dalam 7 Dimensi #AD7D

Image
Assalamualaikum w.b.t Hai semua . Hari ni Mya nak review sikit pasal filem Melayu yang sedang hangat di panggung seluruh negara, iaitu Aliff dalam 7 Dimensi . Best ke filem ni yang Mya nak tengok sangat ? Ataupun sebab barisan pelakon utamanya sahaja ? Okey, here's my review . Filem Aliff dalam 7 Dimensi tidak lari dari kebanyakan filem bergenre seram di Malaysia yang lain. Hantunya masih terbang , merangkak dari bawah katil dan sebagainya *apa kaitan?* Penceritaan dan perjalanan cerita memang baik . Tiada satu bahagian pun yang dibiarkan tergantung . What I'm trying to say is, setiap apa yang terjadi dalam filem ini diterangkan dengan jelas . Antaranya : → Bagaimana Aliff boleh memiliki saka ? → Apa tujuan aktiviti Aliff setiap hari ? → Kemana saka itu akhirnya ? dan lain lain lain lain lagi... Selain itu . filem ini banyak mengingatkan tentang perkara minor  yang kita lakukan setiap hari. Scene  paling disukai ramai adalah semasa kemuncul

Punca Diet Tidak Menjadi

Image
Assalamualaikum w.b.t Hai semua . Siapa yang sedang berdiet, sila angkat tangan! Penat berdiet , tapi berat badan masih tidak berubah ? Ada juga yang mahukan hasil segera , tapi tidak boleh bersabar dan cepat berputus asa . Okey, jom kita kongsi punca-punca diet gagal yang Mya dapat dari majalah Dara.com ini. 1. Berlapar Siapa kata awak perlu berlapar ? Ini akan membuatkan awak makan lebih banyak . Makan sahaja seperti biasa namun dikurangkan kuantitinya.  2. Snek Elakkan menyimpan makanan ringan di rumah . Amalkan menyimpan buah-buahan tinggi serat dan jadikan sebagai kudapan sampingan . 3. Saiz pinggan Pinggan yang besar akan membuatkan kamu mengambil makanan lebih banyak . Jadi, gunakan pinggan yanglebih kecil dan semestinya kuantiti makanan yang kamu ambil juga akan berkurang dari kebiasaannya. 4. Makan cepat Seperti yang disunnahkan oleh Junjungan Mulia Rasulullah s.w.t , kita hendaklah mengunyah sebanyak 40 kali sebelum

Tips Pujuk Sahabat Merajuk

Image
Assalamualaikum w.b.t Hai semua . Ada tak sesiapa hari ini yang tidak bertegur sapa dengan sahabatnya? Mungkin berlaku sedikit salah faham . Tidak salah untuk mengalah , daripada membiarkan persahabatan yang telah dibina terputus begitu sahaja . Hari ni , Mya nak bagi tips bagaimana memujuk sahabat yang merajuk . 1. Berikan waktu Jangan terus dipujuk selepas bertengkar . Mungkin anginnya masih belum berkurang dan akan membuatkan dia rasa menyampah dan menyangka awak tidak ikhlas mahu memohon maaf. 2. Bertolak ansur  Jangan diikut rasa marah dan ego dalam hati. Janganlah nanti awak menyesal kerana kehilangan sahabat kesayangan awak di kemudian hari 3. Mengirim kad ucapan Buatlah satu kad khas . Hiaskan kad itu mengikut seleranya dan tuliskan ucapan maaf awak seikhlasnya . Siapa tahu , mungkin dia akan berlembut hati . 4. Bertemu secara berhadapan Apabila tiba waktu yang sesuai, carilah peluang untuk berhadapan dengannya. Cuba puju

Jangan dipendam rasa kecewa

Image
Assalamualaikum w.b.t Hai semua. Hari ni Mya nak kongsi tips merawat diri daripada perasaan kecewa selepas suatu perpisahan. Sememangnya sukar, tapi ianya perlu dilakukan untuk meneruskan hidup. Jangan menganggap segalanya sudah berakhir. 1. Memaafkan Sekiranya kamu ditinggalkan dan dikecewakan, maafkanlah si dia. Hilangkan rasa marah dan lepaskan rasa dendam. Pasti anda akan rasa lebih tenang. 2. Bersedia untuk melepaskan. Baik di tinggalkan mahupun si dia dijemput yang Maha Berkuasa, belajarlah untuk melepaskan. Jangan terus hidup dalam kenangan. Hidup tetap perlu diteruskan.  3. Pergi bercuti Bercuti merupakan terapi terbaik. Sebaiknya, jangan diingat semula kenangan yang pernah dilalui bersama. Cipta kenangan baru bersama rakan-rakan dan keluarga. 4. Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan. Masa yang ada itu gunakan sebaiknya bersama rakan-rakan dan keluarga. Pergilah bercuti, rancang aktiviti harian yang boleh di