Posts

Showing posts with the label fashion

Monochrome: Fesyen tanpa mengira zaman

Image
Assalamualaikum w.b.t. Bagi yang tidak faham atau tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan monochrome, ianya adalah gabungan dua warna klasik iaitu hitam dan putih, yang juga merupakan warna asas dalam trend dunia fesyen. Monochrome adalah padanan dua warna spektrum bertentangan yang sebenarnya sentiasa menjadi pilihan walaupun zaman beredar dan berubah. Bagi Mya sendiri, padanan hitam dan putih ni sebenarnya mampu menghasilkan sesuatu yang sangat bergaya.  Monochrome membentuk identiti Baik lelaki atau perempuan, monochrome adalah pilihan yang terbaik untuk awak nampak lebih bergaya dan kemas. Dalam dunia fesyen yang kian berkembang ini contohnya, ada warna yang mungkin tidak padan dengan awak. Terlalu terang atau terlalu malap membuatkan penampilan awak nampak tidak selesa dan janggal pada tubuh. In easier words, monochrome adalah pilihan warna selamat untuk digayakan dalam sebarang majlis atau situasi. Awak yang menyarung pakaian dengan warna monochrome nampak lebih bersaha...

LANAFIRA : Butik pakaian muslimah online dengan harga berpatutan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hello semua. Hope you guys have a very wonderful Thursday. Sekarang ni musim gaji pun dah masuk untuk geng sektor swasta. Dan bagi yang selalu tak ada masa untuk membeli belah di butik fizikal macam Mya ni, biasanya lagi senang dan suka untuk shopping di butik online. Tambah-tambah sekarang ni ada pelbagai platform dan butik muslimah online. Jadinya, tersangatlah mudah kerja Mya nak mencari pakaian muslimah tanpa bergerak ke mana-mana pun. Tapi, sekarang ni, Mya nak share pasal satu butik muslimah online yang menawarkan pakaian muslimah yang trendy dengan harga mampu milik, called LANAFIRA. LANAFIRA : Butik pakaian muslimah online dengan harga berpatutan Mya mula kenal LANAFIRA ni beberapa bulan lepas. Buka je website dia, Mya terus nampak kebaya moden dengan peplum yang ada di laman utama tu. Disebabkan Mya memang suka tengok baju peplum, Mya terus masuk and scroll habis semua baju yang ada. Harga pun memang boleh tahan berpatutan. Ini kalau geng mak da...

Selesa bergaya dengan Rosalie Feeny dari Mizzue Malaysia

Image
Assalamualaikum w.b.t semua. Salam Jumaat al-Mubarakah. Perempuan dan beg tangan ni umpama isi dengan kulit. Bak kata kawan Mya dulu : macam tak sempurna gaya bila perempuan tak pakai beg tangan. Dulu pun Mya jarang pakai beg tangan. Tapi, dengan Rosalie Feeny dari Mizzue Malaysia ni, memang rasa lebih selesa bila keluar dengan kawan-kawan. Apa yang best dan menarik dengan beg tangan Rosalie Feeny dari Mizzue Malaysia?  Rosalie Feeny dari Mizzue Malaysia Sebelum Mya nak sembang panjang mengenai beg Rosalie Feeny ni, Mya nak cerita pasal laman web Mizzue Malaysia ni dulu. Mya pun dapat tahu mengenai laman Mizzue ni dari kawan Mya. Mizzue ni sebenarnya satu laman yang mengetengahkan pelbagai pilihan beg tangan yang sangat cantik dan menarik. Memang akan rambang mata bila masuk ke laman Mizzue ni. Rasa macam nak grab semua. Tak percaya? Boleh cuba usha laman Mizzue Malaysia sekarang dan tengok berapa lama nafsu awak boleh bertahan.  Rosalie Feeny dari Mizzue Malaysia ...

Travel Backpack Selesa atau Gaya?

Image
Hari-hari bukak media social, ada je yang tayang gambar bercuti dan melancong ke sana ke mari. Mya pun suka bab melancong ni walaupun jarang dapat peluang. Tapi, satu masalah yang selalu fikir sebelum pergi travel is the  travel bag  itself. Bila pergi kedai, banyak sangat pilihan yang ada sampai rambang mata dibuatnya. Tapi, yang penting sekali bukan semata design backpack tapi fungsinya, kan? Seronok nak bergaya, badan pulak yang tak selesa nak angkut beg. Travel Backpack : Selesa atau Gaya? Biasanya, bila Mya nak pergi melancong ke lokasi yang dekat sahaja dengan rumah ataupun dalam tempoh yang sangat singkat, cuti hujung minggu contohnya; Mya akan pilih beg yang bersaiz sederhana and amat mudah nak dibawa ke mana-mana. Yalah. Bukan nak isi apa pun. Sekadar beberapa helai pakaian dan barang perluan sahaja. Meanwhile, bagi my dad yang pandai bab isi padu beg ni, beliau lagi prefer cari beg yang berukuran 10 – 15 liter bila bercuti hujung minggu. travel ...