Posts

Showing posts from June, 2023

[LIRIK] Darah - Marsha Milan Londoh

Image
Lirik Darah - Marsha Milan Londoh | Penyanyi yang berasal dari Sabah ini kini kembali dengan single terbaru hasil gabungan tenaga daripada komposisi dan lirik yang ditulis oleh Naim Daniel dan Firdaus Rahmat. Lagu ini juga telah diangkat sebagai OST bagi drama Malam Zulaikha yang dibintangi oleh Sweet Qismina, Adam Lee dan Datin Seri Maria Farida, yang ditayangkan di TV3. Lirik Darah - Marsha Milan Londoh Ke mana ku campakkan Ke mana ku layangkan Sisa-sisa memori bertukar ngeri Dahulu ku pertama Dahulu ku juara Kini aku hanya hidup yang mati Biar ku berlari Tanpa bayang mu Tinggalkan jauh berbatu  Hingga darah air mata bersatu  Lihat aku dari matanya  Apa akan sama semua  Yang engkau bilang cinta  Dan kau ulang ketika bersamanya  Telah ku hitung masa  Telah tergadai nyawa  Hanya untuk melihat kau hancurkan  Biar ku berlari  Tanpa bayang mu  Tinggalkan jauh berbatu Hingga darah air mata bersatu  Lihat aku dari matanya  Apa akan sama semua  Yang engkau bilang cinta  Dan kau ulang ketika

Menariknya Pulau-pulau dalam Malaysia!

Image
Assalamualaikum w.b.t. dan hai kepada semua yang masih setia membaca blog sendu ni. Terasa nak berborak dengan korang pasal wishlist aku yang satu ni. Aku ni, walaupun setakat ini baru dua buah pulau (baca: pulau yang betul berada di tengah lautan) selain Pulau Pangkor yang berjaya aku teroka dan jelajahi (ye laa tu..) iaitu Pulau Langkawi dan Pulau Tioman, aku suka sangat dengan pulau-pulau yang ada dalam negara kita ni. Even, para pelancong dari luar negara pun ramai yang tertarik dengan keunikan pulau-pulau kat negara kita. Sehingga ke hari ini, aku tersangat-lah teringin nak sampaikan diri ke Pulau Mataking dan Pulau Perhentian. Walaupun Pulau Perhentian tu masih dalam semenanjung Malaysia, banyak halangan dan dugaan untuk aku sampai ke sana. Bila ada masa, ongkosnya kurang. Bila ada modal, kekangan masa-lah pulak. Untuk sampai tu, memerlukan perancangan yang rapi, walaupun selalunya bila merancang tu jarang menjadi jugak. Pulau Mataking Bagi yang tak tahu (yang tahu, diam-diam je