Posts

Showing posts with the label travelog

Skuter Elektronik : Beam vs Tryke | Penggunaan dan Larangan

Image
Hi semua. Salam lebaran diucapkan kepada semua pembaca yang beragama Islam. Diharapkan, walaupun kita sedang dalam fasa PKP ni, sambutan raya semua orang masih meriah walaupun berada di perantauan. Tapi, apa yang Mya nak tulis hari ni, tak ada kaitan langsung dengan raya. Disebabkan ada yang bertanya dan ingin tahu mengenai skuter elektonik ni lepas tengok instagram story Mya sebelum ni, Mya khaskan entry kali ni untuk bercerita tentang dua jenama yang kini mula naik di pasaran skuter elektronik ni, iaitu Beam dan TRYKE . Best sangat ke ride skuter ni? Namun, sebelum kita bercerita lebih jauh mengenai cara penggunaan dua jenama skuter elektrik (e-scooter) ini, Mya nak share dulu serba sedikit mengenai jenama ni sendiri. Keep reading, ya! Macam yang semua orang perasan, pasaran e-scooter kat Malaysia ni belum meluas mana pun. Beam dan Tryke sendiri pun sekarang tengah perlahan-lahan cuba masuk pasaran. Korang boleh nampak e-scooter Beam (warna ungu) ni kat hampir semua pelusuk bandar ra...

Ipoh: Kota Kafe Hipster & Makanan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Semalam (13 Jan 2021) marks the first day of MCO 2.0. Rasa macam tahun 2020 berulang kembali, kan? Mya harap semua orang terus tabah dan dipermudahkan segala urusan. Anyway, bagi warga Perak yang kini berasa dalam fasa PKPB, kita masih lagi dibenarkan untuk keluar merentas daerah dan pergi bercuti, as long as kita mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh KKM dan kerajaan. Ini jugalah masanya untuk kita bantu naikkan ekonomi rakyat setempat yang sebenarnya tengah struggle menghadapi isu PKPB ni.  Ipoh sendiri dipenuhi dengan pelbagai jenis kafe dan restoran yang menampilkan seleksi makanan yang luas. Dari juadah tempatan, hinggalah ke hidangan fusion, semuanya ada di Ipoh. Berbalik kepada tajuk entry Mya kali ini, dalam kesempatan cuti panjang yang Mya ambil dari berblog selama hampir setahun, Mya sempat menjengah pelbagai restoran dan kedai makan yang berada di sekeliling Ipoh ni. Dari sarapan pagi, hinggalah ke makan malam, Ipoh sememangnya layak dipan...

7 must do things at Cameron Highlands

Image
Assalamualaikum w.b.t. It has been more than 2 months since Movement Control Order (MCO) is introduced and we still can't be sure either it will be ended on 9th June as mentioned or continued as there are still positive cases, especially after Conditional MCO is launched on 4th May before. Anyway, despite every possibilities, I want to share with you about a few places or things you must visit and do in Cameron Highland. Let's support our country's economy after MCO ended later by keep traveling inside the country first. However, no matter how excited you are as you are then allowed to go out, don't forget to keep on following the SOP advised by our very own Ministry of Health: keep the social distancing going, for at least 1 meter or 6 feet between you and others; wear your face mask when you go out and always apply hand sanitizer after every transaction with other people. As you can see in the video, we have visited a few places and spent quite a ti...

4 Bandar yang terbersih di Dunia

Image
Assalamualaikum w.b.t. Topik mengenai bandar ataupun negara bersih ni sebenarnya dah lama Mya nak share dengan semua. Manalah tahu kalau-kalau boleh jadi inspirasi kepada semua untuk persekitaran yang lebih bersih. Sedih jugalah kalau sampai ke dasar laut di kawasan snorkeling macam Taman Marin pun ada plastik bungkusan Apollo bersepah, walaupun baru-baru ini Georgetown mula disenaraikan sebagai bandar bersih. So, jom kita tengok senarai empat bandar terbersih di dunia yang dipilih hasil undian pelancong dunia sendiri. Zurich, Switzerland Bandar ni merupakan salah satu bandar yang memang Mya teringin sangat nak jejak dari dulu. Tapi haruslah bukan calang-calang orang nak sampai ke sini. Zurich ni biasanya menjadi tarikan golongan yang lebih atasan sebab kat sini jugak merupakan kawasan perbankan yang turut mengetengahkan sektor pelancongan. Tapi, kalau melihatkan pada kecantikan alam dan jugak sistem pengurusan sisa kat sini, memang adore and teringin jugalah nak bagi sampai...

Top 3 Destinasi Bercuti Hujung Minggu di Malaysia

Image
Assalamualaikum w.b.t. Salam sayang buat semua yang masih sudi menyinggah di blog Mya yang tak seberapa ni. Makin lama makin sibuk, tapi masih tak cukup untuk menjadi alasan kenapa Mya dah lama tak menulis di sini. Tak banyak benda yang dapat Mya kongsikan mengenai kehidupan seharian yang banyak berkisar mengenai kerja hakiki. Tetapi, untuk pembaca yang setia, Mya nak kongsi dengan semua, top 3 destinasi bercuti hujung minggu di Malaysia. Sebelum Mya mulakan, sesungguhnya senarai ini adalah berdasarkan selera Mya sendiri. Melaka Kata orang, Melaka adalah bandar yang paling sibuk menjelang hujung minggu. Tidak kira siang atau malam, Jonker Walk masih sesak dengan pengunjung, baik yang datang dari Singapura mahupun rakyat Malaysia sendiri. Paling terkenal dengan kisah laksamana lima bersaudara dan pernah menjadi pusat perdagangan antarabangsa, umum tahu Bandar Melaka memiliki beberapa tugu dan monumen bersejarah yang masih teguh berdiri. Tetapi, jangan kita lupa dengan tarikan...

4 'date-spot' menarik dan 'instagram-worthy' sekitar Kuala Lumpur

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Hari ni Mya nak share dengan korang semua beberapa date-spot yang nice dan best, let it be your first date atau saja nak tukar angin. Asyik-asyik merayap dan spend time kat mall pun tak best jugak. Sekali-sekala tu, tak salah kalau bertukar angin dan pergi mendekati alam semulajadi atau menghargai seni atau mungkin mengagumi the wonder of science. Well, you get the idea. So, here four date spots yang jimat dan instagram-worthy ( who doesn't appreciate a little bit of pretty background for one or two instagram post, aite? ) untuk korang yang dah bosan nak pusing mall tanpa arah tujuan. Balai Seni Negara Terletak bersebelahan dengan Istana Budaya, this place has got to be on top of your date-spot-list. Siapa kata seni dan dating  tak boleh digabungkan? Learn a bit more about art and its meaning bersama sebenarnya lebih romantik. Apatah lagi kalau korang pandai dan tahu menggunakan ruang dan karya yang disediakan untuk hasil yang cantik. Masa...

Jiwaku Tertinggal di Pulau Tioman (bahagian dua)

Image
Assalamualaikum w.b.t. Dah lebih berbulan, akhirnya Mya kembali semula dengan kisah ketenangan di Pulau Tioman. Nampak tak kesibukan tahap melampau. Tapi, sampailah ke hari ni, Mya masih tak boleh nak move on dengan pengalaman di Pulau Tioman ni. So, di kesempatan yang ada ni, Mya nak sambung dengan travelog ke Pulau Tioman dengan team #ProjekMakanTravel untuk hari kedua dan ketiga pula. Well, my day started quite early as a couple of friends rushed to the jetty to view sunrise. Awal jugaklah pintu bilik diketuk bila ada orang tu cari wife dia untuk pinjam phone. Kakak cuba bersabar. Rupa-rupanya, ramai jugak yang ambil kesempatan di hari kedua ni untuk bangun awal dan merakam saat matahari terbit ni. But, excuse me. Mya cuma menikmati pagi dengan duduk memandang laut di restoran tepi laut milik pengusaha chalet yang sama kami sewa. The morning goes, kami pun bersiap sedia untuk ke Taman Laut dengan segala equipment yang berbondong-bondong. Okey, itu drama. Well, for each of us...

Jiwaku Tertinggal di Pulau Tioman (bahagian satu)

Image
Assalamualaikum w.b.t. Benarlah kata pepatah melayu: “Jauh berjalan, Luas pemandangan”. Lama Mya merancang dan berkira-kira mahu ke pulau-pulau di sebelah timur semenanjung Malaysia. Tapi bila memikirkan kekangan masa, memang selalunya rancangan dan kiraan terus terhenti dari mula. Tapi kali ini, dengan team Projek Makan Travel, kami bertujuh (seorang tak dapat cuti) sepakat untuk kasi jalan jugak trip ke Pulau Tioman. Bak kata seseorang, asyik tunggu dan cari dan masa sesuai, takkan jalan. So, kami terus book chalet di Kg Mukut dan selesaikan apa yang patut sebelum pergi ke Pulau Tioman. Memandangkan tiket kami adalah tiket awal pagi iaitu pada jam 7 pagi (seawal yang boleh), kami bertolak tengah malam dari MRR2, terus meluncur laju menggunakan laluan Karak Lama dan berehat solat subuh di Petronas berhampiran terminal jeti Tanjung Gemuk. Apa yg jadi sepanjang perjalanan? Jangan tanya. Too tired to think. Team berhenti rehat di Gambang pun Mya sambung tidur dalam kereta je. T...

Diganggu misteri di Port Dickson

Image
Assalamualaikum w.b.t. Sekarang ni macam tengah in mood nak post pasal kisah-kisah seram yang pernah Mya sendiri hadap or dengar dari kenalan rapat. Cerita seterusnya yang Mya nak ceritakan ni pun, sengaja Mya nak rahsiakan nama lokasi tersebut demi menjaga nama semua pihak, termasuk  nama baik tempat tu sendiri. Cerita ni mungkin tak as exciting as cerita sebelum ini. Tapi, I will try my best to tell the story kepada awak semua. Mya dengan keluarga sampai agak lewat di Port Dickson. Jadi, dalam keadaan mengantuk yang teramat, kami pergi dari satu tempat ke satu tempat, hotel dan motel, demi mencari tempat tidur untuk malam tu. Kami akhirnya berhenti di sebuah resort di mana kami terjumpa seorang pakcik yang menawarkan apartmentnya untuk disewa pada malam itu. Pada mulanya risau juga. Tapi, akhirnya parents Mya pergi ikut pakcik tu dan tengok sendiri apartment yang dimaksudkan. Gambar sekadar hiasan | Sumber: google Waktu sampai ke apartment tu, Mya memang tak terfikir ...

Uji mata dan minda dalam Maze in Dark di Lost in Chinatown

Image
Assalamualaikum w.b.t. Selamat berhujung minggu kepada semua. Dah seminggu berlalu, Mya baru berkesempatan nak bercerita pasal my trip ke Lost in Chinatown di Petaling Street. Disebabkan tempat ni baru dibuka, ramai juga yang masih tak tahu pasal kewujudan lokasi menarik ni di tengah-tengah Chinatown di Petaling Street ni. Kena dengan namanya, Lost in Chinatown tampil dengan konsep Maze in the Dark yang seriously sangat menyeronokkan. Uji mata dan minda dalam Maze in Dark di Lost in Chinatown At first, both my bestfriends teragak-agak juga mahu masuk ke dalam Lost in Chinatown ni. Mungkin kerana ajakan Mya sendiri yang agak tiba-tiba awal minggu lepas. Mya pun sebenarnya tertarik dengan konsep Maze in the Dark tu sendiri yang membuatkan Mya terus je ajak mereka berdua pergi ke sana tanpa berfikir panjang. Apa sebenarnya Maze in the Dark ni, kan? Asyik itu je yang Mya sebut dari tadi. Di pintu masuk Lost in Chinatown ni, kita boleh pilih salah satu daripada empat mission yan...

Pengalaman berehat di Bukit Tinggi, Pahang

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. It's been a while since Mya sempat nak update blog ni. Jadi memandangkan Mya dah aada masa ni, Mya nak share sikit gambar-gambar masa Mya naik ke Bukit Tinggi baru-baru ni. Ramai yang datang ke sini sebab struktur bangunan kat sini seolah-olah kita berada di tengah kota Perancis. Terasa macam Disneyland sikit la bila datang jejakkan kaki kat sini. Cuma Mya tak sempat nak masuk ke kawasan lain sebab Mya naik ke atas pun dah agak lewat. Pengalaman berehat di Bukit Tinggi, Pahang Untuk masuk ke Colmar Tropicale French Theme Resort atau lebih senang dipanggil sebagai French Town ni, awak cuma perlu bayar di pondok tiket yang juga pintu masuk ke kawasan ini. Teruskan perjalanan ke arah kanan untuk ke French Town atau awak boleh juga meneroka tarikan lain yang juga ada dalam kawasan ini. Antaranya adalah, Horse Trails untuk awak melihat atau menunggang kuda, Rabbit Park untuk melihat arnab-arnab comel ataupun Japanese Village yang turut menamp...