Posts

Showing posts from March, 2017

Teknik penjagaan rambut bermasalah

Image
Macam tiba-tiba je kan tajuk ni? Actually semalam, Mya sempat pergi potong rambut dengan satu salon muslimah kat Manjung ni. Yalah. Lepas ni, entah bila lagi nak servis rambut ni lagi, kan? Ikut rajin jelah ceritanya akan datang ni. Okey, back to our story. Sambil-sambil cuci and potong rambut tu, sempatlah staf ni cerita pasal penjagaan rambut. Rambut Mya ni memang banyak masalah. So, based on masalah yang dia nampak pada kepala and rambut Mya ni, staff ni pun sempatlah ajar teknik penjagaan rambut yang betul. Bukan khas untuk perempuan je. Lelaki pun boleh cuba. Teknik penjagaan rambut bermasalah Teknik penjagaan rambut bermasalah | sumber : google First, kita kena cuci rambut at least berselang dua atau tiga hari. Which means, dalam sekali atau dua kali saje seminggu. Jangan terlebih. Kerana rambut kita ada natural moisture yang akan membuatkan rambut jadi lembut dan cantik. Tapi, kalau rambut awak jenis yang sangat cepat berminyak atau berminyak teruk macam Mya, awak

[e-Novel] Anak Angkat Mama Bab 11

Image
RIUH RENDAH rumah Puan Sri Azizah apabila tujuh insan itu berkongsi ruang makan. Anak-anak asyik bertelagah tentang siapa yang telah membuat keputusan lebih baik. Para ibu pula dengan pendapat mereka sendiri. Si bapa mengambil keputusan untuk hanya memerhati dan tidak melibatkan diri. “Buat apa nak gaduh? Kita buat setakat terdaya saja. Majlis kamu berdua tinggal beberapa minggu saja lagi. Bukan senang nak dapatkan apa yang kamu semua nak dalam masa singkat ni.” Dato’ Wira yang dari tadi hanya diam akhirnya bersuara.  Nia dan Syazwani berpandangan. Begitu juga Haqiem dan Hadi. Geng anak dara menentang geng anak teruna dikalahkan oleh keputusan juri yang tidak berpihak kepada sesiapa. Memang ada betulnya kata babah Syazwani itu. Nia akhirnya mengangguk bersetuju. Haqiem yang duduk di hadapannya mula khusyuk dengan hidangan makan malam yang terhidang. “Ummi dengan mama berkenan betul tema warna yang Nia pilih. Sesuai dengan semua orang. Tak sabar pulak Ummi nak tengok kita s

Cara papar semula hidden files dalam USB Pendrive

Image
Bagi sesetengah orang (pakar IT, mostly ) penyelesaian ini mungkin sudah lama dipelajari mereka. Tapi, ignorant person macam Mya ni, ilmu ini agak baru (walaupun bertahun belajar IT, baru praktik few times ) sejak Mya dapat tahu awal tahun ni. Ilmu ini sebenarnya sangat mudah. Boleh diamalkan oleh orang yang tidak pandai menggunakan komputer sekalipun. Kita selalu mendengar orang mengadu yang USB atau pendrive  mereka berisi tapi kosong bila dibuka. Ini adalah kerana isi di dalam pendrive  tersebut ditukar menjadi hidden files  selepas dijangkiti virus komputer. Untuk melihat / memaparkan semula isi kandungan pendrive tersebut, cuba lakukan langkah-langkah yang Mya nyatakan di bawah ini: 1. Sila ingat HURUF (dalam bulatan merah) yang dilabel pada USB / PENDRIVE  yang ingin dipaparkan semula *setiap storage  akan dilabel secara automatik oleh komputer sebaik sahaja disambung* 2. Klik pada button START dan cari aplikasi Command Prompt di dalam komputer anda. Biasanya

Bateriku.com bantu wanita hadapi masalah bateri kereta kong

Image
Nak teriak rasanya. Dah kenapa pulak dengan Mya ni, kan? Start entry terus mengadu nak menangis. Mana taknya? Kereta tiba-tiba tak mahu hidup langsung. Bateri kereta kong teruk ya amat. Nasib baik waktu tu siang. Bolehlah lagi nak panggil kawan, nak minta tolong. Cuba bayangkan kalau masa nak jadi tu, waktu dah tengah malam. Masa baru balik kerja ke, balik dari mall ke or balik dari cinema tengah malam ke. Kalau berteman tak adalah nak ngeri sangat. Kalau macam tadi? Seorang diri? Memang berchentalah rasanya kalau nak kena hadap masalah bateri kereta kong ni seorang. Dahlah selalu sangat dengar kawan-kawan cerita ada operator servis kereta yang dengan tanpa rasa bersalahnya ketuk harga pada pelanggan. Tambah-tambah lagi dengan driver perempuan, yang kebanyakkan tak ambil tahu pasal kereta. Pandai bawak je. Bayangkanlah, berapa banyak duit kena tipu bila manusia-manusia ni ambil kesempatan, kenakan sampai dua kali ganda harga bateri tu. Takkanlah bateri Perodua Kancil Mya ni sampai

Tips Melancong tanpa Masalah

Image
Cuti sekolah dah mula dari hari Jumaat/Sabtu lepas, tapi Mya baru nak bagi tips melancong tanpa masalah ni sekarang. Teruk betul, kan? Okey, anggaplah ini untuk mereka yang baru nak pergi bercuti esok or lusa. Bukan apa. Semua orang pun nak melancong tanpa masalah kan? Boleh sahaja digunakan untuk melancong di lain kali. Tips melancong tanpa masalah Siapa yang selalunya akan usha online booking untuk hotel atau homestay? Tak kisahlah trivago atau agoda atau apa sahaja website yang awak selalu usha tu. Ada yang beritahu Mya, bila guna online booking ni, kadang-kadang harga dia berlainan bila gunakan website tu untuk next stay. Maksudnya, booking and stay first time harga sekian. Bila nak booking untuk next stay beberapa minggu kemudian, harga dah naik. Padahal dua-dua bukan musim cuti. Mya memang tak pakar bab ni. Sebab selalunya, Mya booking by phone call. Tapi, ini ada satu tips dari orang yang pernah alami perkara sebegini. Katanya, sebelum nak booking hotel, pastikan aw

[LIRIK] Kullul Hubbi - Faizal Tahir, Aizat Amdan, Noh Salleh, Mu'adz Dzulkefly

Image
Lagu Kullul Hubbi ini ditulis oleh Faizal Tahir bersama Aizat Amdan, Noh Salleh dan Mu'adz Dzulkefly sebagai sokongan kepada badan organisasi NGO 'Fatiha Shuib and friends' yang membawa misi bantuan kemanusiaan #1Moment4Them ke Syria yang ketika ini diancam peperangan. Menyokong usaha ini, Faizal Tahir yang telah menubuhkan #iamFAITHMEN yang telah disertai oleh ramai artis tanah air dan mencipta lagu ini secara khas yang mana Kullul Hubbi Minna Lahum membawa maksud 'Setiap kasih sayang adalah daripada kami untuk anda semua'. Kullul Hubbi | #iamFAITHMEN Lirik Kullul Hubbi - Faizal Tahir ft Aizat Amdan, Noh Hujan, Mu'adz Dzulkefly You can tell from their tears What they've gone through for years All their hopes and their dreams Drying up like a thousand streams Would you walk in their shoes Left with nothing to choose And have everything taken away from you Through rain and sun Nowhere to run Let's make it right And sta

Cara Subscribe HyppTV di Telefon

Image
Geram betullah sebab tak dapat tengok drama yang Mya asyik tunggu-tunggu sebab tak ada HyppTV kat rumah. Dah masuk episod kedua dah pun. Terlepas nak tengok hero kegemaran Mya berlakon jadi serba tak kena macam dalam novel. Bila nampak orang share yang mereka dapat tengok, lagilah geram. At last, Mya install jugak aplikasi HyppTV di telefon Mya. Mudah sangat rupanya. Ingatkan banyak benda remeh yang nak kena buat sebelum dapat tengok. Klik klik klik, terus dapat tengok muka Ungku Ismail dan Nazeera Sardi kat screen telefon. Cara subscribe HyppTV di telefon Mula-mula, install je aplikasi HyppTV kat smartphone awak. Just bukak PlayStore dan search 'HyppTV'. Akan ada dua aplikasi dengan nama sama. Bezanya cuma satu untuk smartphone biasa dan satu lagi untuk tablet. Pilih yang mana awak nak guna. Download dan tunggu sampai installation selesai. Kemudian, klik je apps tu untuk start next step. Install dan login | Cara subscribe HyppTV di telefon Ok, now kita regis

[e-Novel] Anak Angkat Mama Bab 10

Image
“Morning, sunshine!” Sapaan Hadi hanya dibalas dengan senyuman pendek. Bukan malas mahu melayan. Cuma, tangannya terlalu sibuk menyediakan hidangan sarapan pagi bagi buat tiga beranak itu. Si adik yang cuma menjamah hidangan berjenis roti di waktu pagi. Mama wajib dengan nasi gorengnya. Si abang? Dia masih belum pasti selera lelaki itu. Hadi yang pertama sekali muncul pagi itu dengan beg galas di tangannya. Itupun kerana dia perlu ke lapangan terbang seawal pagi hari sebegini. Waktu ini, pasti jalan mula dipenuhi kenderaan yang berpusu-pusu ke tempat kerja masing-masing. Ada juga ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka ke sekolah. “Here’s your toast. Nak aku hantarkan ke airport ke? Aku boleh bersiap.” Hadi laju menggeleng.  Bukan dia tidak tahu kawan baiknya itu kepenatan walaupun tidak diluah Nia. Atas alasan itu jugalah dia laju menghubungi Lutfi selepas solat Subuh tadi. Terbit pula rasa bersalah. Sambil menguruskan majlis perkahwinan bagi pihaknya, sambil mengurus

Kisah Seram Asrama Perempuan (Bahagian 2)

Image
Untuk bahagian kedua kisah seram asrama perempuan ni, Mya nak minta maaf dulu sebab kisah ni bukan Mya alami sendiri. Tapi I was there masa empunya kisah bercerita. Back then, of course, memang ingat bulat-bulat cerita beliau. Tetapi, dah lapan tahun. Memang dah berkarat sikitlah kalau nak ceritakan dengan terlalu detail, kan? Anyway, Mya dah nak sambung kisah seram asrama perempuan ni. Harap sudi baca walaupun cara Mya bercerita tak berapa menyeramkan. Kisah Seram Asrama Perempuan It was half an hour past midnight. Mya dan beberapa kawan lain tengah berehat dalam surau, sambil tengok-tengokkan adik junior sementara siapkan few homework yang cikgu bagi. Biasanya, bila dah nak dekat trial exam, student Form 3 dan Form 5 akan spend time beramai-ramai di surau sepanjang malam dan bangun awal untuk qiyamullail berjemaah. To be honest, masa Mya form 5 nilah, paling banyak kejadian luar alam yang jadi. Kawan Mya ni pula, baru lepas singgah surau tengok pelapisnya berlatih. Tepat j

Cinta Syafiq Kyle hanya untuk Mawar

Image
Sekali sekala buat tajuk kontroversi. Jangan marah aaa~ Siapa geng dengan Mya layan drama Suamiku Paling Sweet setiap petang Isnin hingga Khamis? Meh Mya nak bagi flying kiss. And pada masa sama, Mya nak ucapkan tahniah untuk penulis ANJELL kerana satu lagi novel beliau sudah diadaptasikan kepada drama. Agak lambat sebenarnya entry ni sebab hari ni dah masuk episod ke 19 drama ni kat TV3. My life was a bit hectic lately *buat muka minta kesian* Tapi, pilihan pengarah drama ini iaitu my everlasting favorite actor, Zulhuzaimy memang tak salah apabila gandingan Mawar Rashid dan Syafiq Kyle cukup menjadi di layar. Sekarang ni, asal scroll je Instagram kat bahagian Discover, mesti akan naik part atau scene yang bersemut bergula dari drama ni. Boleh dikatakan lapan dari dua belas thumbnails di bahagian tu, semuanya berkaitan drama Suamiku Paling Sweet. Yang dah tengok pun, Mya akan ulang dua kali. Untuk puaskan hatilah kononnya. Almaklumlah. Encik suami yang sweet dan hanya cintakan

Kisah Seram Asrama Perempuan (Bahagian 1)

Image
Dah kenapa tiba-tiba Mya nak bercerita pasal kisah seram asrama perempuan pulak kan? Semuanya gara-gara team AFB *geng blogger yang best and banyak membantu* yang buka topik ni pagi tadi. Disebabkan sekarang ni waktu siang, bolehlah kalau Mya nak bercerita. Mungkin ada yang tak tahu yang Mya ni pernah bersekolah di sekolah berasrama penuh perempuan dulu *bukan SBPA ya* melainkan kawan sekolahlah kan. So, Mya nak beritahu awal-awal yang compilation kisah seram asrama perempuan yang Mya nak ceritakan ni sebenarnya adalah kisah benar yang Mya dan kawan-kawan Mya sendiri alami. Kita tolak kisah adik-adik junior histeria beramai-ramai, kita tolak kisah-kisah biasa macam ada makhluk atas loker dan sebagainya. So, ini kisah seram kami.  Kisah Seram Asrama Perempuan Mya takkan susun cerita ikut tahun. Sebab Mya akan tulis apa yang terlintas je. Sebab banyak sangat yang kami dah rasa sepanjang 5 tahun di sekolah ni. Kadang-kadang, ada orang yang kata, dah lali sangat. Cuma bila jadi kat

Patut ke pilih hard drive Adata?

Image
Stress betullah dengan external hard disk lama Mya ni. Pantang usik sikit, terus disconnected dari PC or laptop. Sikit je tu. Kalau banyak, mungkin undetected terus selama-lamanya. Tapi, biasalah kan? Dah sebut awal-awal lagi. Barang lama. Memanglah ada masalah. Bila transfer file pun lambat je. So, sambil-sambil tunggu masa nak keluar dengan kawan-kawan lama tadi, sempatlah google latest hard drive yang ada sekarang. Ternampaklah dekat list ada Adata - 11 Street MY. Since, ada kawan-kawan yang pernah guna servis platform ni before, Mya pun klik  je lah link Adata - 11 Street MY tu. Terbaik. Macam-macam jenis hard drive and flash drive ada. Tapi yang paling Mya suka adalah flash drive Jewel dari Adata ni. Comel and unik sangat. Dahlah flash drive ni warna merah and hitam. Rasa hati macam nak beli je dua-dua warna. Boleh buat koleksi or hadiah. Nak simpan pun senang. Letak je dalam coin purse tu. Kalau nak stay plugged kat laptop pun tak ganggu ruang . Hard drive Adata | Sumb

[e-Novel] Anak Angkat Mama Bab 9

Image
HAQIEM MELIHAT beg-beg kertas dan plastik yang berada di tangannya. Entah bagaimana dia boleh terjebak berada di kompleks membeli-belah itu bersama Kyra. Semuanya gara-gara gadis itu yang tiba-tiba muncul di rumahnya saat dia mahu bersiap-siap untuk keluar. Belum sempat dia mahu melarikan diri, lengannya ditarik memasuki kereta milik Kyra yang sedia menunggu untuk bergerak. “Kan best kalau kita boleh keluar macam ni selalu. You asyik busy dengan kerja sampai tak ada masa untuk I.” Kyra yang asyik memaut lengannya dibiarkan tanpa jawapan. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia menjawab. Dia sengaja berpura-pura sibuk untuk larikan diri. Tetapi, terasa kejamnya andai ayat itu terzahir. “You tak lapar? I laparlah.” Sengaja dimaniskan wajah. Sudahlah beg-beg yang terpaksa dibawanya itu berat. Ditambah dengan perangai Kyra yang suka memaut lengannya. Terasa habis seluruh tenaganya. Risau benar Haqiem lari meninggalkan dia sendirian agaknya. Namun, rancangan yang satu itu memang ada