Cara Subscribe HyppTV di Telefon
Geram betullah sebab tak dapat tengok drama yang Mya asyik tunggu-tunggu sebab tak ada HyppTV kat rumah. Dah masuk episod kedua dah pun. Terlepas nak tengok hero kegemaran Mya berlakon jadi serba tak kena macam dalam novel. Bila nampak orang share yang mereka dapat tengok, lagilah geram. At last, Mya install jugak aplikasi HyppTV di telefon Mya. Mudah sangat rupanya. Ingatkan banyak benda remeh yang nak kena buat sebelum dapat tengok. Klik klik klik, terus dapat tengok muka Ungku Ismail dan Nazeera Sardi kat screen telefon.
Cara subscribe HyppTV di telefon
Mula-mula, install je aplikasi HyppTV kat smartphone awak. Just bukak PlayStore dan search 'HyppTV'. Akan ada dua aplikasi dengan nama sama. Bezanya cuma satu untuk smartphone biasa dan satu lagi untuk tablet. Pilih yang mana awak nak guna. Download dan tunggu sampai installation selesai. Kemudian, klik je apps tu untuk start next step.
Install dan login | Cara subscribe HyppTV di telefon |
Pilih siaran dan beli | Cara subscribe HyppTV di telefon |
Nampak tak senarai rancangan yang ada dalam HyppSensasi ni? Memang best tau semuanya. Memang tak rugi, walaupun kena beli siaran ni sebelum dapat tengok. Anyway, untuk beli siaran ni, klik je button 'BUY' yang kat sebelah logo tu. Ada a few selection yang dia beri. Sama ada nak langgan semua channel dalam HyppTV untuk RM 1.00 sehari atau langgan siaran HyppSensasi sahaja selama 30 hari dengan hanya RM 6.00. Of course, Mya pilih HyppSensasi untuk RM 6.00/30 hari.
Bayar dan Submit | Cara subscribe HyppTV di telefon |
Ada beberapa kaedah pembayaran yang kita boleh pilih. Bagi Mya, kalau tak nak pakai Visa card atau sememangnya awak tak ada Streamyx, bayar je guna bill Digi atau Umobile. Kalau tak ada jugak, tumpang je bill kawan-kawan yang ada. Jangan lupa bayar pulak. Dah syok tengok, buat-buat lupa pula, kan? Nanti dia akan suruh masukkan nombor telefon untuk kod pengesahan subscription.
SELESAI!
Sekarang dah bolehlah nak tonton segala drama yang ada dalam HyppSensasi ni. Banyak jugak drama melayu yang menarik perhatian Mya. Okey. Mya nak sambung layan drama Pembancuh Kopi Mr. Vampire dulu. Bye~ Adios
senangnya. boleh try nnti
ReplyDeleteada problem bila sampai step untuk u mobile tu...error
ReplyDelete