Posts

Showing posts from September, 2022

Patutkah aku kembali menulis?

Image
Assalamualaikum w.b.t. Dah lebih setahun sebenarnya aku berhenti menulis di blog. Macam-macam dah terjadi. Umur pun dah mencecah 3-series.  Sejujurnya, kalau difikirkan memang aku serba salah sama ada mahu kembali menulis atau tidak. Sebab aku yakin, pembaca blog ni pun dah tak berapa ramai yang masih kekal ada di sini. Malah, aku sendiri tak yakin sama ada aku masih menulis dengan baik. Bagi aku, tugas sebagai penulis, baik secara atas talian atau luar talian, adalah satu tugasan yang besar. Aku kena bertanggungjawab dengan apa yang aku kongsikan kepada orang lain. Setahun lebih dah berlalu, aku pun dah naik pangkat sebagai seorang ibu. Walaupun baru beberapa bulan, aku akui, tugas baru ni, bukan tugas yang mudah kalau tiada sokongan dan bantuan dari orang sekeliling. Bahkan, kalau korang tanya kepada aku, aku nak berterima kasih kepada anak aku yang ada masanya seolah memahami kekangan masa yang ibu bapa dia hadap. Hari-hari ikut kami berulang ke kedai dari usia seawal dua bulan. Oh