Posts

Showing posts from March, 2018

Mana nak cari photo frame yang menarik dan best?

Image
Assalamualaikum w.b.t. Selamat tengah hari kepada awak semua yang masih setia dengan blog Mya ni. Semoga hari awak baik-baik dan gorgeous sentiasa, selamanya. Mya ni sebenarnya tengah nak usha satu website ni. Sebab, masa balik kampung baru-baru ni, mama Mya ada tanya pasal photo frame . Katanya nak ubah konsep interior design dalam rumah. Mungkin sebab mama tertarik hati selepas tengok konsep bilik Mya yang bertemakan minimal. Jadinya, bila mama tersayang dah bertanya, Mya pun rajinkan diri yang malas ni untuk mencari bingkai gambar secara online. Habis rajin la tu. Sebab at the end, tanya pakcik google jugak. Mya mahukan bingkai gambar tanpa cermin... Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa tak beli sahaja frame yang ada dijual di kedai? Lebih murah dan pelbagai. Memang Mya ada terfikir begitu juga. Tapi, kebanyakan bingkai gambar di kedai datang dengan cermin, which is the first thing yang Mya nak elak bila beli frame. Bukan apa. Dah banyak frame di rumah Mya yang terkorban gar

[LIRIK] Rahsia Kita - Khai Bahar & Fatin Husna

Image
LIRIK Rahsia Kita - Khai Bahar & Fatin Husna, LIRIK Rahsia Kita - Khai Bahar & Fatin Husna Lirik Rahsia Kita Khai Bahar & Fatin Husna Angin perlahan menyentuh jantungku bercerita tentang kita Tak ku temukan sebuah jawapan dalam ketenangan Haruskah ku simpan semuanya rahsia antara kita berdua Bakal kau temui setelah ku tiada Tak ku sangka sesuatu darimu indah umpama langit Namun akhirnya dirimu membuatkan aku terluka Hati meruntun mencari pandangan akhirnya tak kelihatan Tak ku temukan sebuah jawapan dalam kepalsuan Haruskah ku simpan semuanya rahsia antara kita berdua Bakal kau temui setelah ku tiada Tak ku sangka sesuatu darimu indah umpama langit Namun akhirnya dirimu membuatkan aku terluka Nafas menanti kepastian hilang mencari jawapan cintamu pada diriku terhenti buat seketika Tak ku sangka sesuatu darimu indah umpama langit Namun akhirnya dirimu membuatkan aku terluka Nafas menanti ke

[e-Novel] Anak Angkat Mama Bab 23

Image
HADI MEMPERLAHANKAN LANGKAHNYA agar dia dapat berjalan seiring dengan kawan baiknya yang tampak seperti berada dalam dunianya sendiri. Semasa makan tengah hari tadi juga begitu. Berbual tidak, apatah lagi bercakap. Hanya sepatah dua sahaja. Itupun sekadar menjawab soalan mama. Hendak dikatakan sakit, nampak elok saja. Hendak dikatakan bergaduh dengan abang, hubungan mereka nampak lebih baik daripada sebelumnya. Bukanlah dia mahu menyibuk hal tepi kain Nia. Tapi, hatinya jadi tertanya-tanya. Akhirnya, Hadi kalah dengan perasaan curiga yang tidak mampu dibendung. Dibiarkan Syazwani yang sedang berbual dengan Lutfi dan Mak Timah melangkah terlebih dahulu. Dibawa diri ke sebelah Nia yang melabuhkan duduk di tepi bahagian luar restoran. “Nia, aku tengok kau ni senyap je dari tadi. Ada apa-apa ke? Kalau ada masalah, jangan pendam seorang diri. Ceritalah dengan aku atau abang.” Nia menggeleng. Takkanlah dia hendak beritahu Hadi yang dia berasa sedikit janggal sejak kemunculan Li

Are you an expat looking to buy a house in Malaysia?

Image
Hello beautiful people. Are you looking to buy a house in Malaysia as foreigner? There may be different types of property offering in the market. Be it a house for sale in Seremban or a private condominium unit in Penang, as a foreign expat, you will need to take note of the buying regulations and process to buy a house in Malaysia. But let’s be honest, Malaysia is such a beautiful country to stay on. Here are some tips and guides when buying a house in Malaysia.  Buying a house in Malaysia Before that, let’s define ‘foreigner’ in Malaysia. Based on the Economic Planning Unit (EPU) from Prime Minister’s Department of Malaysia, ‘foreign interest’ refers to associated group of interests or parties acting in concern which comprises:  1. An individual who is NOT Malaysian citizen 2. An individual who is a Permanent Resident in Malaysia 3. A foreign company or institution 4. A Malaysian company or institution whereby the Parties stated in (1), (2) or (3) hold more than 50% of