Menariknya Pulau-pulau dalam Malaysia!
Assalamualaikum w.b.t. dan hai kepada semua yang masih setia membaca blog sendu ni. Terasa nak berborak dengan korang pasal wishlist aku yang satu ni. Aku ni, walaupun setakat ini baru dua buah pulau (baca: pulau yang betul berada di tengah lautan) selain Pulau Pangkor yang berjaya aku teroka dan jelajahi (ye laa tu..) iaitu Pulau Langkawi dan Pulau Tioman, aku suka sangat dengan pulau-pulau yang ada dalam negara kita ni. Even, para pelancong dari luar negara pun ramai yang tertarik dengan keunikan pulau-pulau kat negara kita. Sehingga ke hari ini, aku tersangat-lah teringin nak sampaikan diri ke Pulau Mataking dan Pulau Perhentian. Walaupun Pulau Perhentian tu masih dalam semenanjung Malaysia, banyak halangan dan dugaan untuk aku sampai ke sana. Bila ada masa, ongkosnya kurang. Bila ada modal, kekangan masa-lah pulak. Untuk sampai tu, memerlukan perancangan yang rapi, walaupun selalunya bila merancang tu jarang menjadi jugak. Pulau Mataking Bagi yang tak tahu (yang tahu, diam-diam je ...