Emas dalam adat Melayu: Cincin merisik, tunang dan nikah
Hai semua. Memandangkan kita sudah semakin hampir kepada penghujung 2024, makanya musim kenduri sudah semakin tiba. Ramilah yang akan mengadakan pelbagai jenis kenduri, termasuklah majlis aqiqah, majlis perkahwinan, majlis pertunangan dan sebagainya yang lain. Tapi, untuk topik kali ni, aku nak ajak berborak mengenai emas dalam adat Melayu. Ya, dari upacara merisik hinggalah ke akad nikah, adat Melayu selalunya menggunakan emas sebagai tanda. Dalam adat Melayu kita, untuk sesebuah hubungan itu menuju ke arah perkahwinan, beberapa upacara biasanya dijalankan. Upacara -upacara itu adalah: merisik, meminang dan menikah. Sinonim bagi setiap upacara ini adalah emas, di mana dalam setiap upacara ini, pihak lelaki akan memberi cincin emas kepada pihak perempuan. Seringkali itu jugalah aku ditanya oleh kawan- kawan yang masih bujang, apakah jenis cincin yang sesuai untuk setiap upacara? Jadi, dalam entry kali ni, aku nak tunjukkan beberapa jenis cincin yang sesuai digunakan. Upacara merisik Up...