Perlu ke menderma darah? Faedah dan Prosedur berkaitan

Aku tahu, ramai antara kita yang masih belum pernah menderma darah walaupun sekali. Baik disebabkan belum berkesempatan, takut jarum mahupun tidak boleh tengok darah, menderma darah ada satu perkara yang baik untuk dilakukan, bukan sahaja kepada diri sendiri, malahan kepada orang lain juga. Tahukah korang bahawa dari sebekas darah yang kita dermakan, kita dapat membantu menyelamatkan tiga nyawa? Malahan, dengan menderma darah, kita dapat mengambil tahu tahap kesihatan kita sama ada di tahap yang baik atau sebaliknya. Jadi, berbalik kepada soalan asal, perlukah kita menderma darah?


Apabila kita menderma darah, darah tersebut akan diuji kaji terlebih dahulu untuk memastikan betul pengagihan kumpulannya. Selain itu, ujian darah juga perlu dilakukan bagi memastikan darah yang didermakan bebas daripada sebarang penyakit dan jangkitan virus seperti siflis, hepatitis B dan C, dan juga AIDS. Jika didapati ada keputusan yang mencurigakan, pihak hospital akan menghubungi kembali penderma untuk melakukan ujian darah semula. Kes macam ni jadi kepada sepupu sendiri. Pihak hospital minta datang semula dan kemudiannya sahkan yang darah sepupu ada anomali iaitu penyakit genetik keluarga selepas ujian kedua.

Mengenai proses menderma darah

Okey. Sebelum kita teruskan dengan faedah menderma darah, aku nak share dulu beberapa fakta berkaitan menderma darah. Biasanya proses menderma darah ini akan ambil masa antara 7-10 minit dan penderma darah dinasihatkan untuk berada di tempat menderma darah selama lebih kurang satu jam. Just in case kalau-kalau korang mula rasa tak sedap badan dan ringan kepala akibat menderma darah. Oh ya. Bila kita menderma darah, maksimum 450 ml, iaitu kurang 1 pain (586 ml) darah akan diambil. Seorang dewasa pula biasanya mempunyai lebih kurang 5 liter darah di dalam badan. Sekiranya semasa menderma darah tu penderma mula rasa pening dan tidak selesa, pihak hospital atau tempat menderma darah akan menghentikan proses menderma darah dan bantu penderma untuk kembali merasa selesa.

Syarat untuk menderma darah

Penderma harus cukup sihat untuk menderma darah. Bila kita nak menderma darah, kita perlu mengisi borang persetujuan di mana sejarah perubatan kita akan disoal sebelum proses menderma darah bermula. Tekanan darah dan setitik darah akan diambil untuk ujian haemoglobin. Jangan risau. Semua maklumat yang kita berikan adalah sulit. Penderma darah mestilah berusia 17 tahun ke atas dan sudah mengambil sedikit makanan ringan sebelum menderma di samping memiliki berat melebihi 45kg. Tekanan darah pula mestilah melebihi 13.0 g/dL untuk lelaki dan 12.0 g/dL untuk perempuan. Disebabkan ini, perempuan mengandung, haid dan menyusukan anak adalah dilarang untuk menderma darah.

Kategori Darah: Penderma dan Penerima

Setiap golongan darah hanya boleh menerima dan menderma kepada golongan tertentu sahaja. Secara amnya, golongan darah O- adalah penderma universal dan golongan darah AB+ adalah penerima universal. Penderma atau penerima universal ni bermaksud, golongan darah ini boleh menderma atau menerima dari semua golongan darah yang lain. Tapi, setiap prosedur penerimaan dan pendermaan ni ada langkah-langkah penjagaan bagi mengelakkan masalah susulan. Jom kita tengok jadual di bawah ni untuk memahami siapa penderma dan penerima bagi setiap kategori darah.


Jadi, bagi korang yang dah cukup umur dan hendak menderma darah, korang boleh ke hospital kerajaan yang tersenarai di bawah atau menyertai kempen derma darah yang biasanya dijalankan di pusat membeli belah dan kawasan-kawasan tarikan awam. Bagi yang berada di kawasan Lembah Klang, korang boleh terus ke Pusat Darah Negara di Jalan Tun Razak atau di PDN Donation Suite di MidValley. Bersama kita membantu golongan yang memerlukan.



Comments

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality