Posts

Showing posts from November, 2017

Video Nabila Razali Menangis Viral, Kecewa dengan Aedy?

Image
Assalamualaikum w.b.t. Baru-baru ni viral cerita kononnya, Nabila Razali, penyanyi lagu Cemburu dan Pematah Hati menangis teruk akibat dicurangi pelakon muda yang kini dikatakan rapat dengannya iaitu Aedy Ashraf. Penyanyi itu siap meminta peminat untuk tidak lagi bertanya mengenai perihal dia dan Aedy di akhir video yang viral di Twitter dan Instagram. Aikk, baru je lagi video kononnya Aedy ada bersama semasa sambutan hari lahir Nabila tempoh hari. Nampak mesra je. Pihak Nabila mahupun Aedy hanya mendiamkan diri selepas video itu mula viral dan netizen mula membuat spekulasi yang pelbagai dari video yang satu tu. Mya pun nyaris terjebak. Nasib baik masa tu tengah sibuk dengan kerja. Jadinya, Mya just biarkan cerita hangat ni berlalu macam angin je. Aedy yang pada masa sama sibuk dengan kerjayanya memang Mya tengok langsung tidak membalas komen negatif netizen kepadanya.  Haa, ambik kau. Sekali Hael Husaini dan Nabila Razali memuat naik serentak video di sebalik tabir pengambara

Kemaskini maklumat BR1M bermula hari ini

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Hari ni semua dah boleh mula kemaskini maklumat BR1M masing-masing di https://ebr1m.hasil.gov.my/  untuk tahun 2018. Jadi, Mya nak kongsi sikit cara guna website baru ebrim untuk awak kemaskini maklumat awak. Sama juga untuk awak yang perlu membuat permohonan baru. Proses yang ada mungkin masih sama. Cuma paparan sahaja yang banyak berubah. Kemaskini Maklumat BR1M Kalau dulu, ada menu jelas untuk permohonan baru dan kemaskini maklumat. Untuk kali ini, untuk kemaskini maklumat, awak perlu klik pada menu MyBR1M di sebelah menu Permohonan Baru. Seterusnya, awak akan dibawa ke satu laman yang memerlukan awak memasukkan nombor kad pengenalan awak. Klik pada log masuk ye.  Kalau maklumat awak masih valid di dalam sistem, awak akan dibawa ke laman seterusnya yang memaparkan beberapa menu seperti Semakan Status Permohonan, Kemaskini Permohonan, Cetakan Permohonan, Peti Mel dan Maklumbalas. Klik pada Kemaskini Permohonan untuk kemaskini sebarang ma

Rahsia Mya jaga kulit wajah

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Hari ni macam terasa nak berkongsi rahsia Mya jaga kulit wajah supaya tak kerap dikunjungi Cik J. Perghh. Tajuk dengan intro nak kontroversi aje, kan? Memanglah ada orang yang kata, masalah Cik J ni sebenarnya bergantung kepada hormon dan jenis kulit muka kita sendiri. Tapi, sebenarnya, walau apa pun puncanya, kita kena jaga supaya kulit muka kita tak cepat naik jerawat ataupun bekas dia tak tinggal teruk atas muka kita. Rahsia jaga kulit wajah untuk cegah jerawat Banyak orang yang cakap dengan Mya yang Mya ni bertuah sebab muka susah nak naik jerawat ataupun bekas jerawat tak tinggal lama kat muka. Yang menjadi penambah perasa adalah bila mereka dapat tahu yang Mya sejenis yang sangat malas cuci muka dengan pencuci. Jadi, konklusinya, ramai yang fikir kulit muka Mya ni originally normal dan memang susah naik jerawat. To be honest, dulu, kulit muka Mya jenis berminyak terlampau sebab banyak berjemur tengah panas. Tu yang dari kulit cerah manis

[e-Novel] Anak Angkat Mama Bab 21

Image
Nia menarik nafas panjang. Mahu tidak mahu, dia mengekor juga keluarga angkatnya ke pulau bekas sumpahan tujuh keturunan itu. Kalau sudah semua orang sepakat mahu merajuk dengannya jika dia menolak untuk ikut bercuti sama, takkanlah dia hendak berkeras juga? Kalau difikir-fikirkan semula, ada juga kelakarnya. Apa tidaknya? Lutfi juga sama-sama mengugutnya. Ada sahajalah modal lelaki yang sudah dianggap abang itu hendak mengusik. Nia membuang pandang jauh ke luar tingkap yang menghala ke laut. Pergelangan tangannya yang kosong diusap berkali tanpa sedar. Fikirannya yang tadinya tertinggal di Kuala Lumpur kini cuba untuk menembus ke masa hadapan. Namun, otaknya jadi buntu setiap kali cuba memikirkan apa yang perlu dia lakukan andai Haqiem muncul di hadapannya nanti. Punca utama mengapa dia enggan ikut sama pun kerana inilah. “Abang menyesal sangat lepas dia marah kau hari tu.” Terngiang-ngiang suara Hadi yang cuba membuka topik perbualan mereka semasa rehat makan tengah hari sem

Wira Bumi bersatu tenaga dalam Justice League

Image
Assalamualaikum w.b.t. I'm back with my new review on the latest movie in the town: Justice League. Pengikut setia siri DC pasti tahu dalam filem Batman V Superman: Dawn of Justice yang dulu, Superman akhirnya mati dan ada yang sangka dia dah kembali semula ke planet asal dia dan macam-macam lagi. Jadi, apa yang boleh Mya katakan, opening siri DC Comics terbaru iaitu Justice League kali ini pun semestinya berkisar kekacauan selepas ketiadaan hero dunia tu. Just, Mya terfikir, why people cant stay being nice to each other, kan? Wira Bumi bersatu tenaga dalam Justice League Okey, back to the movie. Justice League. Not much I can say, sebab bila bercerita lebih-lebih, akan membawa kepada spoiler. And to those yang belum pergi tonton filem ni, yang sebenarnya dah mula ditayangkan sejak malam tadi, that is a bad move and people gonna hate me for that. Tapi, apa yang Mya boleh cakap, this one is worth to watch and you will seriously enjoy the movie. Not much of fighting scenes, tapi

Menangi selera di Grafa SS15 Subang

Image
Asssalamualaikum w.b.t. Buat apa tu? Tengah berkira-kira malam ni nak makan apa ke? Mungkin nasi. Mungkin western food. Atau mungkin burger. Kalau awak masih keliru dan awak tinggal dalam kawasan Kuala Lumpur ke Shah Alam, mungkin awak boleh panjangkan langkah ke Grafa SS15 Subang yang semestinya menawarkan pelbagai pilihan makanan daripada seleksi nasi ke western dan burger. Mya pun sebenarnya baru pertama kali ke Grafa SS15 Subang ni pada hari Ahad lepas dan seriously puas hati. Menangi selera di Grafa SS15 Subang Yang dalam gambar di atas ni adalah Supreme Grill. Daripada namanya pun kita dah boleh agak apa yang ada dalam satu set hidangan ni. All grilled with mashed potatoes at the middle. Gravy dia pun sedap memang kenyang. Set ni sebenarnya boleh dikongsi seramai 3-4 orang. Ada 2 Lamb Chop, 2 Beef Ribs, 2 Beef Steak, 3 Jumbo Sausage, 4 Hamlets dan 3 Chicken Wings. Yang atas ni pulak Beef Burger. Double patty dengan triple layer of cheese gitu. Patty dia pulak mmg

Uji mata dan minda dalam Maze in Dark di Lost in Chinatown

Image
Assalamualaikum w.b.t. Selamat berhujung minggu kepada semua. Dah seminggu berlalu, Mya baru berkesempatan nak bercerita pasal my trip ke Lost in Chinatown di Petaling Street. Disebabkan tempat ni baru dibuka, ramai juga yang masih tak tahu pasal kewujudan lokasi menarik ni di tengah-tengah Chinatown di Petaling Street ni. Kena dengan namanya, Lost in Chinatown tampil dengan konsep Maze in the Dark yang seriously sangat menyeronokkan. Uji mata dan minda dalam Maze in Dark di Lost in Chinatown At first, both my bestfriends teragak-agak juga mahu masuk ke dalam Lost in Chinatown ni. Mungkin kerana ajakan Mya sendiri yang agak tiba-tiba awal minggu lepas. Mya pun sebenarnya tertarik dengan konsep Maze in the Dark tu sendiri yang membuatkan Mya terus je ajak mereka berdua pergi ke sana tanpa berfikir panjang. Apa sebenarnya Maze in the Dark ni, kan? Asyik itu je yang Mya sebut dari tadi. Di pintu masuk Lost in Chinatown ni, kita boleh pilih salah satu daripada empat mission yan

LANAFIRA : Butik pakaian muslimah online dengan harga berpatutan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hello semua. Hope you guys have a very wonderful Thursday. Sekarang ni musim gaji pun dah masuk untuk geng sektor swasta. Dan bagi yang selalu tak ada masa untuk membeli belah di butik fizikal macam Mya ni, biasanya lagi senang dan suka untuk shopping di butik online. Tambah-tambah sekarang ni ada pelbagai platform dan butik muslimah online. Jadinya, tersangatlah mudah kerja Mya nak mencari pakaian muslimah tanpa bergerak ke mana-mana pun. Tapi, sekarang ni, Mya nak share pasal satu butik muslimah online yang menawarkan pakaian muslimah yang trendy dengan harga mampu milik, called LANAFIRA. LANAFIRA : Butik pakaian muslimah online dengan harga berpatutan Mya mula kenal LANAFIRA ni beberapa bulan lepas. Buka je website dia, Mya terus nampak kebaya moden dengan peplum yang ada di laman utama tu. Disebabkan Mya memang suka tengok baju peplum, Mya terus masuk and scroll habis semua baju yang ada. Harga pun memang boleh tahan berpatutan. Ini kalau geng mak da