Haiku: Kisah Jiwa
Kisah Jiwa Berjalan senang, menuju pesisir hidup yang penuh gelora Berlagak tenang, bagai tiada perasaan apa-apa Hati berkata, bukan ini apa yang kau pinta Jiwa meronta, menangis dalam senyum dan juga tawa Haiku hidup yang tertulis dengan pena digital menjadi tanda Sepuluh jari kini hilang kira-kira Hanyut dalam lautan perasaan yang memberontak tanpa kata Mengharap lena diulit impian yang kian menghilang tanpa berita Menanti penghujung berakhirnya sebuah cerita biasa Kata orang, jangan mengalah Jangan biar perasaan menjadi raja Usah menyerah pada rasa yang hadir tidak sudah Kata jiwa, mereka tidak tahu Walau hati dan jiwa semakin buntu Walau diri mula membisik mengeji Mereka tidak tahu. Kerana jalan ceritanya berbeza siri.