Posts

Showing posts from January, 2017

Ubat Cacing : Perlukah tika Dewasa?

Image
Berapa kali, sejak dewasa ini awak pernah mengambil ubat cacing? Sangkaan kita,keperluan mengambil ubat cacing ini hanya semasa kanak-kanak sahaja adalah tidak benar sama sekali sebenarnya. Dan untuk makluman kita semua, cacing yang ada di dalam perut kita dewasa ini jauh lebih bahaya dari semasa kita kanak-kanak. Ubat Cacing : Perlukah tika Dewasa? Sebenarnya banyak tanda-tanda mudah untuk mengesan sekiranya perut kita mengandungi cacing/parasit ketika dewasa ini. Malah ianya lebih mudah dikesan daripada zaman kanak-kanak. Antara simptom mudah adalah: 💙 Cirit-birit 💙 Sembelit 💙 Cepat lapar 💙 Insomnia 💙 Overweight 💙 Angin dalam perut 💙 Gatal-gatal sekitar dubur 💙 Kurang kandungan gula dalam badan 💙 dan lain-lain lagi Kesemua simptom yang disebutkan diatas adalah kerana nutrisi dari makanan yang kita ambil setiap hari tidak diterima oleh tubuh kerana wujudnya cacing dalam badan kita. Kita juga akan mudah berasa lapar d

Running Man Diteruskan, Tak Jadi Dibatalkan

Image
Berita terkini mengenai rancangan variety Korea terkenal, Running Man ini pastinya mengembalikan semula senyuman di wajah para peminat. Pengumuman yang telah dikeluarkan oleh kru penerbitan rancangan itu pada penghujung tahun 2016 kini telah dibatalkan, lanjutan persetujuan ahli-ahli sendiri agar Running Man diteruskan. Berita mengenai Running Man diteruskan semula selepas episod istimewa ahli ini nyata menggembirakan hati para peminat yang asalnya bersedih dengan berita pembuangan Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook pada Disember 2016. Running Man Diteruskan, Tak Jadi Dibatalkan Running Man Diteruskan, Tak Jadi Dibatalkan Bermula dengan penarikan diri oleh Kang Gary pada November tahun lalu, peminat mula berasa sedih dan langsung tidak dapat menduga apabila berita Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo juga akan menyusul langkah Kang Gary atas alasan tanggungjawab lain mula tersebar. Namun begitu, berita itu disangkal oleh kedua-dua pihak pengurusan yang mendakwa artis mereka telah d

'The Best Gift' : Hadiah Rain buat isteri

Image
Tarikh 19 Januari semestinya merupakan tarikh penuh emosi buat para peminat Rain seluruh dunia apabila berita mengenai perkahwinannya bersama kekasih hatinya, Kim Tae Hee mula tersebar. Apa yang lebih mengharukan, Rain sempat merakamkan sebuah lagu yang diberi tajuk The Best Gift yang disempurnakan pada awal tahun ini. Lagu itu dikatakan merupakan hadiah Rain buat isterinya berdasarkan lirik yang ditulis pada bahagian korus. Sememangnya the best gift buat kedua-dua mereka. 'The Best Gift' : Hadiah Rain buat isteri http://myafarisha.blogspot.com/2017/01/the-best-gift-hadiah-rain-buat-isteri.html Rain, atau nama sebenarnya, Jung Ji Hoon memaklumkan peminat mengenai berita perkahwinan pada 17 Januari sebelum melangsungkan perkahwinannya dua hari kemudian melalui surat bertulisan tangan yang dipos pada laman media sosialnya.  Rata-rata peminat meluahkan rasa gembira apabila menyaksikan kisah cinta yang dijalinkan lebih lima tahun itu berakhir dengan sebuah perkahwinan.

[LYRICS] Round and Round (Goblin OST) - Heize ft Han Soo Ji

[LYRICS] Round and Round (Goblin OST)  [LYRICS] Round and Round (Goblin OST)  [LYRICS] Round and Round (Goblin OST) Heize ft Han Soo Ji See Ya Never gone my way Better will someday Never far away See Ya Never gone my way Better on my stay Never far away Round and round and I never know why Round and round and it will show us way out It’s my delight As day goes by  you hold on tight another day You’re wondering why but you know why no other way Someday the sun will shine down Someday the moon will cry Tomorrow we‘ll see Tomorrow will be As we go on our way The world in your eyes forever is lie as we go on our way There is a thousand things to know Sometimes we’re standing by the things we never understand As we go on our own way The sun goes down The tides are low I’ll see you on the day Letting you go on your way See Ya Never gone my way Never will someday Never far away See Ya Never gone my way Never on my day Never far away Rou

5 Jenis Fobia yang Unik

Image
Idea untuk entri ini tercetus semasa Mya tonton semula potongan episod lama Running Man yang bakal berakhir Februari ini. Seperti yang ramai maklum, Haha dan Yoo Jae Suk sememangnya dikenali sebagai ahli yang mempunyai banyak ketakutan. Takut kepada ketinggian, takut kepada kegelapan dan pelbagai lagi. Song Ji Hyo yang sering tampil dengan imej gadis berani pula mempunyai ketakutan kepada serangga . Semua jenis ketakutan yang dimiliki mereka merupakan ketakutan, atau lebih senang dipanggil fobia yang sering kita dengar. Tetapi, tahukah awak adanya banyak lagi fobia yang unik dan pelik, sehingga kita rasakan bagai tidak percaya fobia seperti itu wujud? Dalam entri ini, Mya akan senaraikan 5 jenis fobia yang unik dan pelik yang wujud di sekeliling kita. 5 Jenis Fobia yang Unik 5 Jenis Fobia yang Unik Chirophobia - Fobia kepada tangan Ini bukan sahaja bermaksud pesakit takut kepada sentuhan tangan, malah dengan anggota tangan itu sendiri. Mungkin bunyinya pelik

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik?

Image
Seiring peredaran zaman yang kian maju, pelbagai bidang teknologi kini semakin bercambah dan berkembang. Hal ini tidak terhad kepada perkembangan dunia penggunaan data dan teknologi smartphone yang mula berubah dan semakin canggih sahaja. Malah, dalam segala aspek kehidupan. Berbalik kepada tajuk utama kita, iaitu ' Apakah ciri hard disk terbaik?', kita... Opss! Back up a sec. Too hardcore to be followed, 'aite? Apakah Ciri Hard Disk Terbaik? Dalam zaman kita sekarang ini, storage  merupakan salah satu perkara paling penting. Bukan semata dalam telefon, malah apa-apa sahaja simpanan mudah alih yang membolehkan kita menyimpan maklumat, audio, video, gambar dan segala jenis adik-beradik mereka yang lain. Bukan trying   to be funny , tapi dalam zaman sekarang ni, storage 16GB pun belum tentu cukup. Itu dalam dunia smartphone. Bagaimana pula dengan portable memory storage ? Apabila ditanya kepada orang ramai, ciri pertama yang disebut semestinya saiz storage

Goblin Special : Tanda Penghargaan tvN kepada Peminat

Image
Drama bersiri Korea, Goblin yang kini menjadi bualan ramai peminat seluruh dunia kini telah sampai ke kemuncaknya dalam episod 13 pada 14 Januari lalu (waktu siaran Malaysia). Sebagai tanda penghargaan kepada kesetiaan peminat, tvN telah menyediakan dua-bahagian episod khas Goblin Special yang dihoskan oleh watak Setiausaha Kim (Jo Woo Jin). Kenyataan mengenai episod Goblin Special ini sedikit sebanyak meredakan kegelisahan peminat yang rata-rata mesih terkejut dengan pengakhiran episod 13. Goblin Special : Kemuncak bermula Goblin Special : Tanda Penghargaan tvN kepada Peminat Dalam sidang media, tvN memberitahu bahawa episod Goblin Special ini adalah demi membantu peminat dan penonton setia untuk lebih memahami jalan cerita dan hubungan antara watak memandangkan drama ini menggabungkan beberapa genre iaitu, fantasi, cinta, kehidupan dan kematian di dalam sebuah drama. Jalan cerita drama ini juga dikhabarkan akan lebih memuncak dan peminat bakal bermain emosi dalam tiga

Hazama, Genervie akhirnya bersatu

Image
Pelantun suara bagi lagu Di Amaran Mama akhirnya kini sah bergelar suami kepada pilihan hatinya pada jam 10.30 pagi semalam. Dalam majlis tertutup yang hanya dihadiri para sahabat dan keluarga, Hazama dan pasangannya, Genervie Kam, kini sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz akad sahaja. Dengan mas kahwin sebanyak RM 300, Hazama menyatakan dia dan isteri memilih untuk disatukan dalam majlis yang sederhana sahaja demi menyempurnakan apa yang perlu dan patut sahaja.  Hazama Fokus demi AJL31 http://myafarisha.blogspot.com/2017/01/hazama-akhiri-zaman-bujangnya.html Hampir lima tahun menyulam cinta, Hazama dan Genervie disambut dalam majlis persandingan yang diadakan di Orchad Villa malam tadi yang turut dihadiri rakan artis dan media itu, tampak lebih bahagia dengan persembahan khas daripada Hafiz Suib yang mendendangkan lagu Ku Akui buat pasangan pengantin. Lega dan bersyukur kerana majlis pernikahan dan persandingannya berjalan lancar, Hazama kini akan menumpukan se

Teknik Mata Futuristik menggunakan Photoshop

Image
Mya nak kongsi satu ilmu photoshop editing yang boleh dikatakan menarik untuk dipelajari. Bagi peminat filem futuristik seperti Mya, mungkin awak pernah melihat poster yang menggunakan teknik mata futuristik atau sebagainya yang sama seperti contoh dibawah ni. Mungkin juga ada yang lebih tahu dan miliki langkah lebih mudah untuk teknik mata futuristik menggunakan Photoshop ini.  Teknik Mata Futuristik menggunakan Photoshop Teknik ini tidak terhad untuk digunakan pada bahagian mata sahaja. Ada yang menggabungkan teknik ini dengan tangan, bola dan apa sahaja objek yang tampak bersesuaian. Jadi untuk sesi tutorial ini, awak cuma perlukan gambar mata dan gambar angka binary seperti yang dibawah ini: Teknik Mata Futuristik menggunakan Photoshop Teknik Mata Futuristik menggunakan Photoshop 1. Klik 'File' dan pilih 'New'. Masukkan saiz canvas yang diinginkan. Sebaiknya, ikut saiz gambar mata yang sudah siapa disediakan.  2. Klik ikon 'Add Ne

Izham dan Mia kini Sah Bergelar Suami Isteri

Image
Berseri. Itulah yang boleh dikatakan apabila melihat wajah penjaga gol JDT FC, Mohamad Izham Tarmizi dan pasangannya, Shamiha Ahmad Baderi, atau lebih dikenali sebagai Mia Ahmad, ketika ini. Izham dan Mia kini sah bergelar suami isteri dalam majlis akad nikah yang berlangsung pada jam 10 pagi. Majlis akad nikah Izham dan Mia telah ditayangkan di laman web rasmi Tonton.my bagi membolehkan peminat mengikuti lintas langsung majlis bahagia kedua mempelai. Kisah Izham dan Mia bermula di laman Twitter Izham dan Mia selamat disatukan jam 10 pagi tadi. Gambar dari instagram rasmi Mia Ahmad Dalam sesi media yang lalu, Mia dan Izham akhirnya bercerita mengenai permulaan kisah cinta mereka yang sebenarnya bermula di Twitter. Kesungguhan Izham akhirnya membuka hati Mia untuk menerima kasih yang telah dihulurkan. Jika sudah bersungguh, hati perempuan mana yang tidak terusik, bukan? Mia juga turut menyatakan bahawa dia hanya menerima tajaan baju pengantin, pelamin serta beber

Vegetarian : Amalan yang Tidak Sihat

Image
Sejak dari kali pertama Mya memahami maksud perkataan ‘Vegetarian’ lagi, Mya selalu terfikir sama ada golongan ini mendapat zat yang diperlukan tubuh secukupnya ataupun tidak. Di akhirnya, hanya satu yang Mya selalu simpulkan : vegetarian amalan yang tidak sihat. Namun begitu, bukankah dikatakan kita perlu mengambil banyak sayuran dan semestinya juga veterian memiliki kaedah mereka sendiri bagi mendapat zat yang hilang. Mengapa masih vegetarian amalan yang tidak sihat? Vegetarian : Amalan yang Tidak Sihat Golongan vegetarian adalah golongan yang tidak menjamah sebarang jenis daging haiwan, termasuk ikan dan binatang ternakan. Malahan, ada di antara mereka yang langsung tidak menyentuh sebarang produk berasaskan haiwan seperti telur, susu, keju dan sebagainya. Namun begitu, amalan ini bukanlah suatu amalan yang baik kerana tubuh kita juga memerlukan zat yang hanya boleh didapati dari daging haiwan. Benarkah vegetarian amalan yang tidak sihat? sumber gambar : goo

Berbahayakah tidur dalam lampu terang?

Image
Satu topik yang pernah ditanyakan kepada Mya. Berbahayakah tidur dalam lampu terang? Ada yang gemar tidur dalam suasana bilik yg gelap. Ada pula yang lebih gemar tidur dalam keadaan terang sepanjang malam. Tetapi, tahukah kita bahawa memasang lampu sepanjang malam bukanlah satu tindakan yang baik untuk kesihatan, selain ianya menambahkan kadar penggunaan elektrik? Persoalannya, berbahayakah tidur dalam lampu terang? Berbahayakah tidur dalam keadaan lampu terang? Seperti yang pernah Mya sentuh dalam entri " Mengantuk selepas Tidur Lama : Sebab dan Punca " tempoh hari, tubuh kita memiliki jam biologi dan sistem yang menyeimbangkan kadar tidur dan jaga. Apabila kita tidur dalam keadaan lampu yang terpasang, ianya boleh mengganggu jam biologi tubuh dan mengganggu penghasilan hormon 'melatonin' yang membantu kita tidur lena. Tidur dengan cahaya dari skrin laptop adalah tidak baik utk kesihatan. sumber gambar : google Tidur dalam cahaya terang

Memandu dalam keadaan separa sedar

Image
Pernah tak awak merasa yang awak tidak sedar atau ingat apa yang berlaku sepanjang pemanduan awak pulang dari tempat kerja atau kawasan yang sering awak kunjungi? Baru sebentar tadi awak mula memandu, dan apabila sedar sahaja, awak sudah sampai di rumah atau mana-mana tujuan awak? Tahukah awak yang awak sudah memandu dalam keadaan separa sedar? Bagaimana keadaan memandu dalam keadaan separa sedar boleh terjadi? Memandu dalam keadaan minda separa sedar Minda separa sedar selalu dikaitkan dengan keadaan di bawah hipnosis atau mimpi. Namun begitu, kedaan minda separa sedar ketika memandu bukanlah bererti awak sedang dipukau atau bermimpi. Sebaliknya, ia terjadi kerana penguasaan otak yang membimbing anggota badan bertindak seiring dengan rutin. Memandu dalam keadaan separa sedar Sumber : Google.com Apabila awak memandu ke arah destinasi yang kerap dikunjungi sambil mendengar lagu ataupun berbual, otak awak telah membahagikan tugas antara refleks dan

Faiz Subri julang Anugerah Puskas

Image
Setelah lama menanti, akhirnya keputusan akhir Anugerah Puskas telah  pun diumumkan. Tercalon sebagai 3 Kedudukan Teratas sahaja pun sudah menjadi satu kebanggaan kepada rakyat Malaysia apabila Mohd Faiz Subri memasuki sesi pusingan undian terakhir dengan dua lagi calon daripada Brazil, Marlone dan juga Daniuska Rodriguez dari Venezuela, yang berakhir jam 12 tengah hari waktu tempatan apatah lagi saat menerima berita Faiz Subri julang Anugerah Puskas. Ini merupakan kali pertama apabila Malaysia turut dicalonkan sebagai salah seorang calon Anugerah FIFA Puskas selepas aksi Mohd Faiz Subri melakukan tendangan percuma dalam perlawanan menentang Pahang pada 16 Februari tahun lalu. “Bagai menentang hukum fizik!” Itulah reaksi yang diberikan oleh rata-rata penyokong arena bola sepak tanah air. Faiz Subri bawa pulang Anugerah Puskas Mohd Faiz telah bertolak ke Zurich bagi menerima keputusan Anugerah FIFA Puskas bersama keluarganya dengan penerbangan pagi 8 Januari 2017. Isteri Mo

Senarai Pemain Perak F.A 2017

Image
Bahang bola sepak Malaysia bakal kembali dengan perlawanan Piala Sumbangsih pada 20 Januari 2017 ini antara pasukan JDT FC dan Kedah FA. Perak The Bos Gaurus merupakan salah satu pasukan di dalam Liga Super yang melakukan reformasi dengan menampilkan 16 wajah baru yang akan membantu membawa nama Perak untuk tahun 2017 ini. Berikut adalah senarai pemain Perak F.A 2017 (senarai awal) : Senarai Nama Pemain Perak The Bos Gaurus 2017 Penjaga Gol 1     Muhammad Syazani Mat Puat  22   Muhd Hafizul Hakim Khairul Nizam ?     Khairul Amri Salehuddin (Pulau Pinang) Pertahanan 3     Mohd Shahrul Saad 5     Muhd Arif Ismail  15   Raffi Nagoorgani 21   Nazirul Naim Che Hashim 23   Amirul Azahan Aznan  26   Thiago Junior Aquino (Brazil) ?     Shahrom Kalam (Selangor) ?     Idris Ahmad (Felda United)  ?     Ibrahim Aziz (DRB Hicom) ?     K. Sathiya (DRB Hicom) Midfield (Tengah) 4     Mohd Nasir Basharuddin (Kapten) 8     Mohamad Hafiz Ramdan 10

Mengantuk selepas Tidur Lama : Sebab dan Punca

Image
Pernah tak rasa mengantuk selepas tidur lama? Atau mungkin, awak masih rasa mengantuk di waktu malam walaupun sudah tidur sepanjang hari? Kenapa perkara sebegini boleh terjadi? Bukankah sepatutnya kita akan lebih segar bila sudah lena dalam waktu yang panjang? Mengapa masih mengantuk selepas tidur lama? Mengapa masih mengantuk selepas tidur lama? Sumber : Google Soalan: Mengapa masih mengantuk selepas tidur lama? Badan manusia memiliki sistem jaga/lena homestasis yang membantu mengekalkan keseimbangan tahap sedar dan lena. Sistem inilah yang membantu kita untuk kekal sedar selepas tidur lena di waktu malam. Tubuh manusia mempunyai had masa kesedaran tersendiri dan apabila tempoh sedar dipenuhi, kita akan mula rasa mengantuk. Jadi, lebih lama kita berjaga, kita akan lebih mengantuk dan mahu tidur lebih lama. Situasi : awak kebiasaannya tidur selama 6 jam setiap malam. Namun begitu, kerana sibuk atau mungkin faktor sekeliling, awak telah memotong waktu tidur awak menjadi

SPORT CAM F60R

Image
Apa must-have-item yang seorang traveler patut ada? Kalau Mya, selain daripada keperluan asas, Mya sangat perlukan kamera mudah alih yang membolehkan Mya merakam aktiviti Mya di sesuatu tempat. Tobe honest, sport cam F60R yang Mya beli sebelum ke Johor dulu tu sangat membantu. Baik di tempat tinggi, dalam air, gambar atau video, sport cam F60R menjalankan tugasnya dengan baik.  Captured with sport cam F60R SPORT CAM F60R REVIEW F60R adalah salah satu sport cam yang sangat sesuai bagi mereka yang memiliki bajet rendah. Harga pasarannya hanya dalam lingkungan RM 200 sahaja. Pun begitu, kualiti gambarnya mungkin tidak setanding gambar dihasilkan kamera aksi berjenama seperti Go Pro dan XiaoMi. Tetapi, ianya masih baik dan cantik. Antara gambar yang telah Mya snap dengan F60R ini boleh dilihat di sini . Unbox-ing SPORT CAM F60R . USB Cable and Plug also included but not in the picture Seperti sport cam yang lain, antara kelebihan F60R juga ialah ianya boleh dib

Hukum Pamer Gambar Ultrasound di Media Sosial

Image
Tajuk hari ni mungkin nampak sedikit tidak kena sebab Mya belum berkahwin. Tetapi, ada beberapa ketika dulu *dalam tahun 2016* topik Hukum Pamer Gambar Ultrasound di Media Sosial ini pernah dibangkitkan seketika di laman Facebook dan sebagainya. Pelbagai pendapat dikemukakan sehingga ada yang bertelagah sesama sendiri. Jadi, hari ini Mya tampil dengan topik mengenai hukum pamer gambar ultrasound di Media Sosial dengan soalan: "Apakah hukum mempamerkan gambar scan baby di media sosial?" Selepas beberapa perbincangan pendek dan sesi mencari dalil dan hujah dari seorang ustaz dan dari video ceramah Ustaz Azhar Idrus berkaitan tajuk, didapati bahawa hukum mempamerkan gambar scan bayi dalam kandungan di media sosial adalah HARUS. Mya sendiri pun bukanlah orang yang cukup sesuai untuk berbicara soal hukum. But, what do you think? Well, it just a sonogram photo, kan? Nampak bentuk budak saja. It’s either in black and white or in 3D. Lainlah kalau tayang perut si ibu. Itu mema

[LIRIK] Bukan Propaganda - Mawi ft Syamsul Yusof

Image
Lirik Bukan Propaganda  Lirik Bukan Propaganda (OST Desolasi) Penyanyi : Mawi & Syamsul Yusof Lirik Bukan Propaganda sumber : google.com Ramai manusia yang tersilap sangka Ketenangan hidup hadir dari harta Harta kuasa bukan segalanya Harta kuasa tidak semestinya Insan bahagia tenang jiwanya Tolonglah oh Tuhanku Tiada jalan mudah ke Jannah Kerana Jannah itu bukannya murah (Yes!) Mampukah kau menjadi seperti Siti Khadijah Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Dia yang Maha Esa (Dengarkan aku berbicara) Bicara tentang kita dan Maha Kuasa (Bukan propaganda pasal dunia Sampai bila?) Wahai manusia berbaloikah ini semua? Sampai bila aku tanya (Selagi namanya dunia engkau takkan ke mana) Takkan ke mana Hidupmu pastikan kecewa Jika kau bergantung harap pada manusia Kawanmu boleh blah-blah-blah Bestfriend boleh blah-blah Tapi Dia Ya, Dia Takkan tinggalkan kita Bergantung haraplah pada-Nya Ramai manusia yang tersilap s

Terima Kasih 2016

Image
Assalamualaikum w.b.t . Hai semua . Dah masuk 2 Januari baru terdetik nak buat post ni. Sebenarnya, entry ni khas untuk imbau balik perjalanan Mya mengisi diari hidup sepanjang 2016 dan also as a simple appreciation post kepada semua orang yang hadir dan kekal dalam hidup Mya. . Banyak jugak yang Mya dah achieved sepanjang 2016 ni. Maybe untuk orang lain, what I did sebenarnya benda kecil. But what I learnt after every doing is what actually matter. . Thanks to my bestfriend yang tak pernah jemu layan kepala gila Mya ni. Although lain gender, dia always support my decision. Thanks to him, I learnt to wipe my tears and stand strong after every storms. Thanks to my girls yang setia jugak when everyone else left. Macam-macam dah jadi sepanjang 2016 and I am so glad that we still together. Thanks for the happiness and joy you brought into my life. Hope that in 2017, kita tetap bersama. . Thanks to every person yang percayakan Mya untuk rakamkan hari istimewa mereka j

Khasiat Daun Pandan

Image
Pasti ada yang tertanya-tanya, mengapa tiba-tiba Mya menulis mengenai khasiat daun pandan, bukan? Sebenarnya Mya baru lepas mengulang tonton drama Awak Sangat Nakal lakonan Sharnaaz Ahmad, Ayda Jebat dan Tash Yong. Ada satu bahagian di mana Johan meminta Sue dan Erine menyampaikan kek pandan kepada Mak Munah yang sedang merajuk. Terfikir pula hendak kongsikan khasiat daun pandan yang bukan sahaja terhad kepada masakan. Jom kita tengok senarai kebaikan daun pandan di bawah.  Which mean, bolehlah kita amalkan sama-sama. Kebaikan Daun Pandan Menyegarkan udara Sejak dari dulu, daun pandan selalu digaulkan dengan potongan bunga-bunga untuk dijadikan haruman rumah. Ianya membantu mengembalikan kesegaran pada udara dan mengekalkan bau haruman bunga-bungaan yang dicampur dengan air mawar. Mematikan kuman dalam darah Ini yang selalu Mya dengar apabila melihat nenek-nenek saudara Mya di kampung meminum air rebusan pandan. Apabila ditanya, kata mereka, air pandan membantu

Perlu ke sambung Master ?

Tajuk entri kali ni sebenarnya bukan semata-mata soalan yang ada dalam kepala Mya, malahan bagi hampir semua lepasan ijazah sarjana muda macam Mya jugak. Besar sebenarnya topik ni kalau hendak dinilai semula oleh kami yang baru habis belajar ni. So, baru-baru ni, masa Mya pergi selesaikan urusan clearance di uni, Mya sempat jumpa dengan salah seorang lecturer yang jugak coordinator bidang yang Mya belajar kat sana. Lama jugak kami berborak. Habis semua topik kami sentuh. Termasuklah mengenai perlu atau tidak untuk melanjutkan pelajaran ke master. Walaupun sebenarnya Mya tak pernah consider walau sekalipun untuk sambung master, bila dengar kawan-kawan bertanya sama ada patut atau tidak, Mya tertanya-tanya juga. So, bila dah berbangkit isu ni depan lecturer tu, beliau hanya tanyakan satu soalan sahaja kepada Mya and Dee; do you wanna be the industry or in education? Bila Mya kata yang I’m not into education that much, terus beliau beritahu yang maybe Mya tak perlu sambung