Ubat Cacing : Perlukah tika Dewasa?

Berapa kali, sejak dewasa ini awak pernah mengambil ubat cacing? Sangkaan kita,keperluan mengambil ubat cacing ini hanya semasa kanak-kanak sahaja adalah tidak benar sama sekali sebenarnya. Dan untuk makluman kita semua, cacing yang ada di dalam perut kita dewasa ini jauh lebih bahaya dari semasa kita kanak-kanak.

Ubat Cacing : Perlukah tika Dewasa?


Sebenarnya banyak tanda-tanda mudah untuk mengesan sekiranya perut kita mengandungi cacing/parasit ketika dewasa ini. Malah ianya lebih mudah dikesan daripada zaman kanak-kanak. Antara simptom mudah adalah:
💙 Cirit-birit
💙 Sembelit
💙 Cepat lapar
💙 Insomnia
💙 Overweight
💙 Angin dalam perut
💙 Gatal-gatal sekitar dubur
💙 Kurang kandungan gula dalam badan
💙 dan lain-lain lagi

Kesemua simptom yang disebutkan diatas adalah kerana nutrisi dari makanan yang kita ambil setiap hari tidak diterima oleh tubuh kerana wujudnya cacing dalam badan kita. Kita juga akan mudah berasa lapar dan ada juga yang mengalami masalah sistem penghadaman terlalu lancar hingga mengakibatkan mereka kerap ke tandas setiap kali selepas waktu makan.

Pengambilan ubat cacing ketika dewasa adalah perlu dilakukan kerana dewasa ini kita memerlukan lebih banyak nutrien untuk menjamin kesihatan yang baik. Ditambah dengan keadaan sekitar yang kian terjejas, ada baiknya kalau kita mengamalkan kegiatan hidup yang lebih sihat, bukan?
Ubat cacing untuk dewasa
sumber : google

Ubat cacing yang selalu Mya ambil adalah dari jenama Zentel yang mana telah diperkenalkan oleh pihak pharmacist sendiri. Jangan risau. Cacing yang berada dalam perut orang dewasa bersifat lebih kecil dan mudah hapus. Bila kita ambil ubat ini, cacing akan mati, hancur dan keluar bersama najis makanan yang lain. Malah tempoh pengambilan pula berselang antara 6 ke 12 bulan. Easy, right?

Jadi, jom sama-sama kita ambil langkah berjaga-jaga.
Jangan takut untuk mengambil ubat cacing, ya?

Comments

Popular posts from this blog

'The Best Gift' : Hadiah Rain buat isteri

Comelnya Nursing Room di iOi City Mall, Putrajaya

Experimentasi menyelerakan di The Buzz Cafe, Premiere Hotel, Klang