Posts

Showing posts from April, 2019

Robot Barista: Tarikan Iftar Ramadhan di Bangi Resort Hotel

Image
Assalamualaikum w.b.t. Dalam sedar tak sedar, tinggal lebih kurang dua minggu saja lgi sebelum kita mula bangun bersahur, berpuasa dan berbuka. Mulalah pening nak bersahur apa dan nak berbuka di mana. Kalau Mya sendiri, Mya akan berbuka di luar sebab tak sempat nak balik masak di rumah. Tahun ni sekali lagi Mya terpesona dan terpikat dengan hidangan yang bakal dipersembah oleh Bangi Resort Hotel. Seperti tahun-tahun sebelumnya, Bangi Resort Hotel pastinya dengan kelainan dan kepelbagaian yang memang membuka selera. Kambing golek dan variasi sup yang cukup sempurna pada rasanya, menarik Mya untuk kembali semula seperti tahun-tahun sebelumnya. Ditambah lagi dengan hidangan satay yang dari jauh dah memikat selera. Makanya, rosak lagilah diet kakak oii. Istimewa tahun ini, Bangi Resort Hotel (BRH) memperkenalkan kepada semua pengunjung tarikan terbaru iaitu sebuah robot barista,yang bernama Robbie. Pilih minuman pilihan awak dari menu dan tunggu saja minuman awak siap tidak

Pink Tax punca barangan wanita mahal?

Image
Assalamualaikum w.b.t. Bagi para pembaca yang mungkin ada melihat di Instagram Story Mya baru-baru ini, mungkin akan perasan Mya selitkan short info mengenai Pink Tax. Wujudkah Pink Tax ni sebenarnya? Apa fungsi dan impak daripada ‘cukai merah jambu’ ni pada ekonomi sebenarnya? Adakah cukai merah jambu ini ada di Malaysia? Soalan-soalan ini akan cuba Mya jawab dalam entry kali ini. Pink Tax ini sebenarnya bukanlah seperti cukai-cukai lainnya yang wujud atas kertas ekonomi dunia. In fact, ‘Pink Tax’ ini adalah satu perkataan yang diperkenal oleh para pakar ekonomi bagi menerangkan keadaan yang sebenarnya. Keadaan apa? Hmm... pernah tak awak perasan yang barangan keperluan yang dikeluarkan mengikut jantina seperti razor, perfumes dll biasanya dijual lebih mahal bagi pihak wanita? Tetapi, jika dilihat pada keadaan fizikal, kandungan dan kegunaan, segalanya sama baik untuk barangan lelaki mahupun wanita. Inilah yang dikatakan wujudnya ‘Pink Tax’. Masalahnya, caj tambahan yang di

Jiwaku Tertinggal di Pulau Tioman (bahagian satu)

Image
Assalamualaikum w.b.t. Benarlah kata pepatah melayu: “Jauh berjalan, Luas pemandangan”. Lama Mya merancang dan berkira-kira mahu ke pulau-pulau di sebelah timur semenanjung Malaysia. Tapi bila memikirkan kekangan masa, memang selalunya rancangan dan kiraan terus terhenti dari mula. Tapi kali ini, dengan team Projek Makan Travel, kami bertujuh (seorang tak dapat cuti) sepakat untuk kasi jalan jugak trip ke Pulau Tioman. Bak kata seseorang, asyik tunggu dan cari dan masa sesuai, takkan jalan. So, kami terus book chalet di Kg Mukut dan selesaikan apa yang patut sebelum pergi ke Pulau Tioman. Memandangkan tiket kami adalah tiket awal pagi iaitu pada jam 7 pagi (seawal yang boleh), kami bertolak tengah malam dari MRR2, terus meluncur laju menggunakan laluan Karak Lama dan berehat solat subuh di Petronas berhampiran terminal jeti Tanjung Gemuk. Apa yg jadi sepanjang perjalanan? Jangan tanya. Too tired to think. Team berhenti rehat di Gambang pun Mya sambung tidur dalam kereta je. T