Robot Barista: Tarikan Iftar Ramadhan di Bangi Resort Hotel

Assalamualaikum w.b.t. Dalam sedar tak sedar, tinggal lebih kurang dua minggu saja lgi sebelum kita mula bangun bersahur, berpuasa dan berbuka. Mulalah pening nak bersahur apa dan nak berbuka di mana. Kalau Mya sendiri, Mya akan berbuka di luar sebab tak sempat nak balik masak di rumah. Tahun ni sekali lagi Mya terpesona dan terpikat dengan hidangan yang bakal dipersembah oleh Bangi Resort Hotel.


Seperti tahun-tahun sebelumnya, Bangi Resort Hotel pastinya dengan kelainan dan kepelbagaian yang memang membuka selera. Kambing golek dan variasi sup yang cukup sempurna pada rasanya, menarik Mya untuk kembali semula seperti tahun-tahun sebelumnya. Ditambah lagi dengan hidangan satay yang dari jauh dah memikat selera. Makanya, rosak lagilah diet kakak oii.


Istimewa tahun ini, Bangi Resort Hotel (BRH) memperkenalkan kepada semua pengunjung tarikan terbaru iaitu sebuah robot barista,yang bernama Robbie. Pilih minuman pilihan awak dari menu dan tunggu saja minuman awak siap tidak sampai dua minit. Aiskrim pun ada juga tau. Segalanya di sini adalah disahkan Halal oleh pihak JAKIM.


Tempahan tempat untuk bufet Cahaya Ramadan yang dibawakan BRH tahun ini bermula dari harga RM 85 bagi seorang dewasa dan RM 42.50 bagi kanak-kanak. Jangan risau, boleh saja kalau nak tempah minimum 24 jam sebelum datang ke BRH. Cuma, harga setiap orang naik kepada RM 90 dan RM 45 bagi setiap dewasa dan kanak-kanak. Tapi memang tak akan rugi, malahan berbaloi-baloi kerana bagi setiap tempahan seorang dewasa, RM 3.50 akan disumbangkan ke Islamic Relief Malaysia. 



Sebelum Ramadan tiba, jom cuci mata tengok gambar makanan dan cepat-cepat tempah tempat. Hubungi saja 03 8210 2222 atau pergi ke laman www.bangiresorthotel.com untuk keterangan lanjut.


Comments

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality