Posts

Showing posts from February, 2017

Jep, Sari Yanti akhirnya bersatu

Image
Dalam diam. Memang terkejut sikit bila scroll instagram Sinar FM tadi. Ya lah. Angin tak ada, ribut apatah lagi. Yang selama ni digembar-gemburkan pun cumalah majlis persandingan dan ulangtahun perkahwinan Shuib dan Siti Sarah yang akan dilangsungkan esok. Tiba-tiba sahaja Admin instagram Sinar FM upload live update majlis pernikahan Jep dan Sari Yanti. Lokasi majlis di Dewan Mercu Mustapha Kamal. Tapi, dari gambar-gambar yang dimuatnaik, ramai juga rakan artis yang dijemput, terutama dari kalangan pelawak.    Mya adore cara Jep dan Sari Yanti yang tidak terlalu menunjuk hubungan mereka. Hendak kata menafikan, masing-masing lebih senang berdiam. Tup-tup, hari ni terus upload gambar majlis bernikah. Antara artis yang dijemput menjadi bridesmaids dan groomsmen adalah Elfira Loy, Wan Sharmila, Ebby Yus, Ropi, Mark Adam serta ahli Sepahtu yang lain. Mya sukakan tema yang digunakan Jep dan Sari Yanti untuk majlis mereka hari ini. White + soft purple is absolutely my favourite of al

Tips ambil gambar ala-candid yang cantik

Image
Sebenarnya Mya bukanlah orang yang sangat sesuai untuk berikan tips ambil gambar ala candid yang cantik, berkesan atau terbaik. Kalau diukur dari tahap kepakaran dan kelulusan Mya dalam bidang fotografi ni, memang macam tak layak langsung. Tapi, dengan sedikit ilmu yang Mya ada ni, Mya nak kongsikan sedikit sebagai panduan awak-awak di luar sana beberapa tips ambil gambar ala-candid yang cantik dan nampak natural. Tips ini juga boleh digunakan dengan smartphone ataupun DSLR. Tips ambil gambar ala-candid yang cantik Bersedia Bersedia yang dimaksudkan di sini, bukan terhad kepada subjek dan alatan sahaja. Awak sebagai jurugambar juga perlu bersedia kerana gambar candid yang cantik memerlukan pengiraan masa yang tepat. Kata orang, it's like a once-in-a-lifetime chance. Good candid photo comes with perfect timing. Setkan device dalam mod burst/continuous Gambar ala-candid yang nampak natural tidak terjadi dalam satu click sahaja sebenarnya. Setkan smartphone/ digital ca

[e-Novel] Anak Angkat Mama Bab 7

Image
"ABANG jangan lupa yang kejap lagi abang kena temankan Nia beli barang." Pintu biliknya yang tiba-tiba dikuak dari luar sedikit mengejutkannya. Hilang sebentar fokusnya kepada fail laporan projek yang hampir selesai disemaknya. Wajah Hadi dipandang lama, membuatkan adiknya mula tidak senang. Pandangan Haqiem dibalas dengan dahi yang berkerut. "Abang confuse. Siapa sebenarnya yang tinggal kat London lama sangat ni? Abang ke kau? Ataupun waktu tadika dulu cikgu kau tak ajar? Nak masuk bilik atau rumah orang kena ketuk pintu dan bagi salam dulu. Mama hantar pergi sekolah, kau tidur masa cikgu mengajar?" Panjang leteran Haqiem tanpa jedaan. Hadi menggaru kepala yang tidak gatal. Pandangannya dialihkan dari memandang tepat ke arah abangnya. Abangnya yang seorang ini, jika sudah berleter, kalah mama di rumah. Salah dia sendiri juga. Kelam-kabut teramat. Sampaikan terlupa mahu mengetuk dahulu pintu bilik pejabat abangnya. Sekarang, hadaplah leteran berapi Haqi

Whatsapp dah jadi Instagram ?

Image
On je data phone pagi ni, benda pertama yang keluar dalam whatsapp group hari ni adalah Whatsapp status. Nampaknya, bukan Facebook saja yang alami perubahan. Sampai Whatsapp pun terkena bahananya. Layankan sajalah apa yang developer ni nak ketengahkan. Nanti, lama kelamaan akan basi juga trend ni *kisah sedih seorang developer*. Live Story di Instagram pun sekarang dah jarang-jarang digunakan. Ya lah. Kita bukan artis atau orang famous. Buat Live Story pun tak ada yang tengok #hujanhujanmukasedihmukasedih Anyway, Mya dah cuba pun sebenarnya Whatsapp Status ni. Fungsinya lebih kurang seperti Stories di Instagram saja. Sesuai sangatlah untuk mereka yang gemar atau kerap menukar status. Cuma kalau disuruh memilih, Mya lagi sukakan Stories. Sebab icons yang ada di Stories lebih comel #senyumtayanggigi

Cara Atasi Masalah Kulit Muka Kering

Image
Ada tak yang alami masalah kulit muka kering? Atau mungkin ada dalam kalangan yang datang ke entri ni hari sebenarnya tengah mencari jalan atau cara atasi masalah kulit muka kering. Mya ni bukanlah pakar kecantikan atau kesihatan kulit pun. Nak memandai-mandai bagi nasihat dan tips kesihatan pun tak jugak. Cuma, ada sesetengah perkara yang Mya pernah alami sendiri tu, Mya rasa patutlah kalau Mya berkongsi pendapat atau cadangan, kan? Mungkin boleh jadi ikhtiar untuk sesiapa sahaja yang ada masalah sama. Tambah lagi kalau masalah kulit muka kering tu sampai ke tahap mengelupas. Malu woo nak hadap orang lain. Disebabkan Mya pernah rasa keadaan tu, Mya nak kongsikan sikit cara atasi masalah kulit muka kering yang pernah cuba sendiri. Cara Atasi Masalah Kulit Muka Kering Sebenarnya, segala solution yang ada dalam entri ni bukanlah datang dari Mya 100%. I mean like, Mya pun cari solution dari a few resources and apply pada diri sendiri. Maklumlah, bukannya boleh terus men'khinz

Akim, Stacy terima ahli keluarga baru

Image
Baru je semalam mama tanya dengan Mya pasal Stacy. Tup-tup, hari ni, Akim kejutkan peminat dengan berita Stacy selamat lahirkan bayi perempuan di laman instagramnya. Berita ini sebenarnya baru singgah ke tetingkap Mya sebab sepanjang hari ni Mya tak sempat nak scroll instagram. Agak busy dengan tempahan yang terbaru. Anyway, Mya pun tak nak terlepas peluang untuk ucapkan tahniah kepada Akim dan Stacy on   this happy occasion.  Berkongsi kegembiraan dengan peminat Sumber Gambar : Instagram Rasmi Akim Ahmad .Memang Mya terkejut betul masa gambar ni muncul di timeline instagram Mya. Yalah Tak ada dengar khabar angin apa pun. Atau mungkin Mya yang tak sempat nak ambil tahu hal semasa disebabkan terlalu sibuk. Instagram Akim hingga ke saat ini pun masih lagi dihujani dengan ucapan tahniah dari para peminat. Anyway, tahniah diucapkan buat Akim, Stacy dan Beyya untuk kedatangan ahli baru dalam keluarga kecil mereka.  p/s: Tak sabar nak tunggu Akim dan Stacy tunjuk gambar n

[LIRIK] Ku Ingin Kamu - Ippo Hafiz (OST Suamiku Paling Sweet)

Image
[LIRIK] Ku Ingin Kamu - Ippo Hafiz (OST Suamiku Paling Sweet) [LIRIK] Ku Ingin Kamu - Ippo Hafiz (OST Suamiku Paling Sweet) [LIRIK] Ku Ingin Kamu - Ippo Hafiz  (OST Suamiku Paling Sweet) Sumber gambar : Tonton Takdir telah menemukan kita tanpa kita sedari manisnya di setiap waktu waktu yang kau inginkan  kau disampingku Saat bila ku merenung wajahmu kau balas dengan senyuman yang indah Terpancar satu doa ku hajatkan kepada Tuhan Ku ingin kamu bisa kau jadi teman hidupku, untuk selamanya selagi masa masih diizinkan Berikan aku masa agar bisa aku setia bersama Kecapi nikmat cinta saat pabila ku nikahi dirimu Oooo Aku dan kamu menanti sampai hujung waktu Bertahan rasa bersamamu  Oooo... Ku ingin kamu bisa kau jadi teman hidupku, untuk selamanya selagi masa masih diizinkan Berikan aku masa agar bisa aku setia bersama Kecapi nikmat cinta saat pabila ku nikahi dirimu

[e-Novel] Anak Angkat Mama Bab 6

Image
MALAM SUDAH berganti siang, namun fikiran masih tidak berganjak dari memikirkan hal semalam. Sudahlah terkantoi segala rancangan, maggi goreng pula dimakan Haqiem. Tetapi tak mengapa. Sementelah rahsianya terbongkar di hadapan Haqiem, rasa lapar Nia hilang sekelip mata. Yang tinggal rasa cemas dan risau. Perbincangan sulit antara dia dan Haqiem masih tidak mencapai kata putus yang pasti. Akhirnya, dia ditinggalkan di dapur termangu sendiri sehingga jam mencecah tiga pagi. Walaupun tangannya ligat membantu Mak Timah menyediakan sarapan di dapur, matanya sempat mencuri pandang ke arah Hadi dan Haqiem yang riuh bermain Nintendo di tengah ruang tamu. Nia bimbang juga kalau-kalau Haqiem ada memberitahu Hadi. Tetapi, melihat kepada cara Hadi menegurnya semasa mengambil minuman di dalam peti ais tadi, nampaknya masih belum disampaikan juga. Nia menarik nafas lega. "Nia, tolong bawak nasi goreng ni ke meja. Mak Timah nak panggil Puan Sri kat atas." Nia mengangguk serba salah

[LIRIK] Urusan Hati - Sarah Fazny (OST Urusan Hati Cik Drama Queen)

Image
Lirik Urusan Hati Sarah Fazny OST Urusan Hati Cik Drama Queen Lirik Urusan Hati Sarah Fazny OST Urusan Hati Cik Drama Queen Lirik Urusan Hati - Sarah Fazny OST Urusan Hati Cik Drama Queen Sumber Gambar : Google Engkau ku mahu Tidak ketemu Di mana dia kekasihku Cinta ku cari Datang dan pergi Sayang tiada yang setia Puas sudah aku mencuba Mengharap datangnya cinta Yang membuat aku bahagia Dia yang selalu aku puja Rupanya hanya berpura-pura Mencintai diriku Walaupun berkali Hati disakiti Namun aku tak mungkin kan berputus asa Percayalah jaga itu ada pada urusan hati Tuhan bawa dia kepadaku Cinta ku cari Datang dan pergi Sayang tiada yang setia Akan ku tunggu kekasih hati Hadirmu terus mendakapku Ku sulam angan perih indah Untuk nikmati erti bahagia Ku pasti nanti akan ku temui Dia yang benar mencintaiku Dan menyayangiku sepenuh hati Engkau ku mahu Tidak ketemu Di mana dia kekasihku Cinta ku cari D

Kebaikan Chia Seeds

Image
Tengah syok berangan membuat flower bouquet, tiba-tiba group Whatsapp sekolah berbunyi. Macam biasalah. Mya yang tak sibuk ni telah pun menyibukkan diri untuk ambil tahu. Oh, pasal chia seeds rupanya! Kawan ni nak cari kedai yang ada jual grains ni kat kedai-kedai biasa sekitar Ipoh. Mya memang tak dapatlah nak menjawabnya sebab tak pernah consume  pun. Tapi, ramai juga rupanya antara kawan Mya yang makan chia seeds ni. Kebaikan Chia Seeds | Sumber Gambar : Google Kebaikan Chia Seeds Rupa-rupanya, chia seeds ni bagus untuk orang yang nak kurangkan berat badan . Memang boleh dikira sebagai pilihan terbaik untuk orang yang nak kuruskan badan. Dari experience  kawan-kawan Mya yang dah biasa consume  chia seeds ni, mereka kata selera makan jadi lebih terkawal . Which mean, makan sikit pun dah kenyang. So, Mya cuba cari ciri sebenar chia seeds ni dengan bantuan PakCik Google. Barulah Mya tahu yang chia seeds ni mengandungi serat, protein dan macam-macam lagi khasiat lain

[e-Novel] Anak Angkat Mama Bab 5

Image
NIA MELANGKAH perlahan-lahan menuruni tangga. Perutnya entah kenapa terasa lapar pula di tengah-tengah malam begini. Mungkin kerana tadi dia lebih banyak termenung daripada menjamah makanan. Entah kenapa suara Haqiem asyik bermain di gegendang telinganya. Eh, lagaknya sudah seperti orang angau! Yang dikejar pun masih belum dapat lagi. Berangankan yang muncul mbagai angin lalu. Perlahan pintu peti ais dibuka, takut didengari oleh penghuni rumah agam itu. Matanya laju meneliti segala jenis sayuran yang masih berbaki. Dicapai sawi dan taugeh yang diletakkan bersebelahan. Bawang di kabinet bawah diambil sekadar perlu sahaja. Langkahnya berjengket antara dapur ke sinki. Pergerakannya dalam menyediakan bahan masakan juga perlahan saja. Nasib baik ada maggi dalam simpanannya. Bolehlah dia menjamah maggi goreng ala-kadar seperti yang selalu dimasaknya di Korea. Tetapi, rimas pula rasanya bila pergerakannya dibatasi dengan rasa berhati-hati. Dah macam pencuri pulak aku ni, bisik hati Nia.

[e-Novel] Anak Angkat Mama Bab 4

Image
HADI MENJENGUKKAN KEPALANYA. Bayang tubuh abangnya dicari seluruh pelusuk rumah. Keretanya ada, orangnya tiada. Padahal tadi, dialah orangnya yang kelam-kabut meminta Hadi segera pulang kerana mahu berbincang mengenai sesuatu. Nada suaranya tadi kedengaran serius. Mak Timah yang perasan perlakuan Hadi rajin bertanya. "Kamu cari siapa, Hadi? Terjenguk-jenguk macam burung unta." "Ada ke patut burung unta Mak Timah samakan dengan saya? Abang mana abang? Tadi abang yang suruh Hadi balik cepat ni. Sampai Nia pun terpaksa Hadi tinggalkan dengan Wanie. Nak cepat punya pasal." Sepenuh hati Hadi bercerita. Ditambah dengan pula dengan riak wajah yang seakan-akan sedih. Mak Timah hanya melayan perangai anak bongsu Puan Sri Azizah yang sememangnya kuat berdrama itu. "Abang ada di belakang, dengan Lutfi. Mama suruh dia betulkan pasu bunga yang tumbang tu. Kalau suruh Hadi, entah bilalah pokok tu nak tegak balik?" Mak Timah terus berlalu. Hadi menggaru kepa

5 Fakta mengenai Skrub Muka yang Perlu Diketahui

Image
Ramai antara kita yang menyangka skrub muka adalah tidak elok dilakukan. Kononnya boleh menipiskan dan merosakkan kulit muka. Ada pula yang kerap melakukannya dengan alasan mahu menanggalkan kulit mati. Pendapat-pendapat ini ada betul dan ada salahnya. Jadi, di dalam entri kali ini, Mya nak kongsikan beberapa fakta mengenai skrub muka sebagai panduan kecantikan pada masa akan datang. Skrub muka membantu menaikkan seri wajah | Source : Google 5 Fakta mengenai Skrub Muka 1. Skrub Muka adalah Harus dilakukan Tujuan asal skrub muka adalah untuk menghilangkan sel kulit mati pada wajah kita. Semakin kita berusia, proses penggantian sel kulit kita akan menjadi semakin perlahan. Dengan melakukan skrub, kita boleh membuang sel kulit mati yang jika dibiarkan akan mengakibatkan liang pori tersumbat, minyak wajah berlebihan dan jerawat. Dengan skrub juga, akan memudahkan kulit menyerap kebaikan serum dan moisturizer. 2. Jangan skrub muka dengan kasar Perlakuan skrub muka