Carpal Tunnel Syndrome : Punca dan Rawatan
Pernah tak awak mendengar mengenai Carpal Tunnel Syndrome? Atau, pernah tak awak merasa kebas atau denyutan kecil yang berterusan pada bahagian jari atau sekitar pergelangan tangan awak? Atau mungkin awak merasakan ada masanya awak tiba-tiba sukar menggerakkan jari untuk kerja-kerja mudah? Jika tanda-tanda sebegini pernah terjadi, awak mungkin mengalami keadaan yang dipanggil Carpal Tunnel Syndrome.
Apa itu Carpal Tunnel Syndrome (CTS)?
Carpal Tunnel Syndrome (CTS) sebenarnya merupakan perkara biasa dalam kehidupan kita. Ianya terjadi apabila saluran saraf yang dipanggil saraf median mengalami tekanan. Saraf median inilah yang sebenarnya mengawal pergerakan jari kita. Atau dalam bahasa mudah faham, rasa sakit pada pergelangan tangan yang berlangsung sehingga ke jari tengah tanpa melibatkan jari kelinking/jari anak. Ianya berbeza dengan dengan sakit sendi biasa yang mana CTS lebih kepada sekitar bahagian pangkal tapak tangan.
Punca Carpal Tunnel Syndrome
Hasil kajian mendapati CTS lebih banyak terjadi kepada golongan wanita berbanding lelaki. Punca sebenarnya keadaan ini masih sedang dikenalpasti, namun ianya mungkin berpunca daripada beberapa keadaan yang disenaraikan dibawah:
♥ Ada ahli keluarga yang pernah didiagnosis dengan CTS
♥ Pernah mengalami kecederaan pada bahagian pergelangan tangan
♥ Mengandung : CTS berpunca dari perubahan hormon
♥ Menghidap diabetes atau arthritis
♥ Penggunaan tangan terlalu lama; eg: menulis berterusan dalam masa lama.
Rawatan Carpal Tunnel Syndrome
CTS boleh beransur pulih sekiranya penjagaan rapi diberikan ke atas kawasan yang sakit. Rehat untuk beberapa ketika sebelum kembali menyambung kerja menggunakan tangan yang disyaki mengalami CTS. Jangan paksa diri atau ianya akan menjadi lebih teruk sehingga melibatkan bahagian lengan hingga leher.
Jika CTS kelihatan seperti tidak berkurangan dan berterusan, dapatkan rawatan daripada doktor berkaitan penyakit dengan segera. Beliau mungkin akan menyarankan untuk melakukan ujian darah atau saraf. Sekiranya CTS berada dalam tahap teruk, doktor mungkin akan mencadangkan agar melakukan pembedahan.
good sharing....
ReplyDeletesuperb knowledge
ReplyDeleteAs carpal tunnel syndrome and other comparable wounds proceed to increment, and distress more youthful and more youthful people, questions emerge about how pertinent a connection exists between carpal tunnel syndrome and computer games. carpal tunnel syndrome
ReplyDelete