Posts

Showing posts from April, 2018

Baiti Jannati bawa makna sebenar dalam nama

Image
Assalamualaikum w.b.t dan selamat berhujung minggu untuk semua pembaca kesayangan Mya. Before Mya menulis lebih panjang, Mya nak tanya kalau-kalau awak tahu mengenai Program Baiti Jannati yang sedang dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)? Sewaktu mula-mula Mya terbaca mengenai program ni secara tidak sengaja beberapa hari lalu, Mya terkejut juga apabila mendapat tahu mengenaiProgram Baiti Jannati ni. Jadi, atas dasar rasa ingin tahu yang mendalam, Mya pun mencari maklumat lebih dalam mengenai program ini. Baiti Jannati bawa makna sebenar dalam nama Baca punya baca, barulah Mya faham yang program nisebenarnya adalah usahasama beberapa agensi di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), DBKL, Yayasan Wilayah Persekutuan, Celcom, Pavilion dan TNB. Program Baiti Jannati ni katanya bertujuan untuk membantu golongan asnaf untuk memiliki rumah sendiri terutamanya untuk mereka yang sudah menyewa di Program Perumaha

Batu Infiniti | The Avengers: Infinity War

Image
Assalamualaikum w.b.t. Seperti yang dijanjikan dalam entry Mya yang sebelum ni, Mya nak bercerita pasal Batu Infiniti yang menjadi punca kekecohan dalam Marvel Universe. Mya tahu, ramai yang masih tertanya mengenai Batu Infiniti ni. Dah kenapa sebab enam ketul batu ni je, habis seluruh universe ni dapat masalah? Dan yang paling penting, siapa Thanos ni dalam siri MCU ni? Walaupun rupanya tidak berapa ku kenali, tetapi namanya sudah berkali-kali ku dengari. Batu infiniti pertama mula diperkenal dalam filem The Avengers pertama yang menampilkan Iron Man, Captain America, Thor, Black Widow, Hulk dan The Hawkeye dengan nama Tesseract. Berkuasa dalam memanipulasi ruang dan dimensi, Loki menggunakan kiub biru ini untuk membuka portal untuk membenarkan Chitauri masuk ke ruang bumi dengan bantuan Professor Erik Selvig. Batu infiniti kedua pula telah memasuki tubuh Jane Foster dalam filem Thor: The Dark World dengan bentuk cecair berwarna merah, membolehkan tubuh orang yang dimasukiny

Ringkasan Kemunculan Superhero The Avengers: Infinity War

Image
Assalamualaikum w.b.t. Demam The Avengers: Infinity War kian terasa. Mana tidaknya, untuk filem terakhir daripada Marvel Cinematic Universe (MCU) kali ini akan menampilkan semua watak dari siri Marvel termasuklah semua barisan pelakon dari The Avengers: Age of Ultron, Guardians of the Galaxy 2, Doctor Strange dan Black Panther. Dibayangkan akan menjadi layar lakonan terbesar dalam sejarah perfileman kerana melibatkan kesemua watak yang ada dalam komik Marvel. Semestinya, The Avengers: Infinity Wars adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh peminat-peminat MCU. Ringkasan Kemunculan Superhero The Avengers: Infinity War  Tapi, sebelum kita pergi ke wayang dan tonton The Avengers: Infinity War yang akan ditayangkan pada 25 April ini, kita recap balik secara ringkas mengenai kemunculan setiap superhero yang ada, termasuk bagaimana mereka bertemu dan bergabung di akhirnya demi menjaga keamanan Bumi.  Bermula pada tahun 2008 , Tony Stark , si jutawan muda yang memperkenalkan Iron Ma

Ready Player One: Easter Egg untuk Gamers

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hai. Salam Isnin, hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. kesayangan kita. Bermula semalam, kita sudahpun masuk ke bulan keempat dalam kalendar Masihi dan lebih kurang 44 hari lagi, kita akan memasuki bulan suci Ramadhan Al-Kareem. Anyway, hari ni sebenarnya Mya nak review sikit pasal filem terbaru arahan Steven Spielberg, iaitu 'Ready Player One'. Filem ini baru je mula ditayangkan di pawagam pada 29 Mac yang lepas. Ready Player One: Easter Egg untuk Gamers Jargon Easter Egg ni sebenarnya familiar sangat untuk para pemain permainan video, yang mana membawa maksud yang sama seperti perayaan Easter Egg di barat. Developer biasanya meninggalkan Easter Egg di dalam permainan sebagai mesej rahsia atau hadiah istimewa untuk pemain yang dapat jumpa, baik secara sengaja ataupun tidak. Berlatar-belakangkan tahun 2045, di mana dunia permainan video mula bermaharaja lela, semua watak di dalam filem in merupakan pemain permainan video yang dinamakan OASIS,