Batu Infiniti | The Avengers: Infinity War
Assalamualaikum w.b.t. Seperti yang dijanjikan dalam entry Mya yang sebelum ni, Mya nak bercerita pasal Batu Infiniti yang menjadi punca kekecohan dalam Marvel Universe. Mya tahu, ramai yang masih tertanya mengenai Batu Infiniti ni. Dah kenapa sebab enam ketul batu ni je, habis seluruh universe ni dapat masalah? Dan yang paling penting, siapa Thanos ni dalam siri MCU ni? Walaupun rupanya tidak berapa ku kenali, tetapi namanya sudah berkali-kali ku dengari.
Batu infiniti pertama mula diperkenal dalam filem The Avengers pertama yang menampilkan Iron Man, Captain America, Thor, Black Widow, Hulk dan The Hawkeye dengan nama Tesseract. Berkuasa dalam memanipulasi ruang dan dimensi, Loki menggunakan kiub biru ini untuk membuka portal untuk membenarkan Chitauri masuk ke ruang bumi dengan bantuan Professor Erik Selvig.
Batu infiniti kedua pula telah memasuki tubuh Jane Foster dalam filem Thor: The Dark World dengan bentuk cecair berwarna merah, membolehkan tubuh orang yang dimasukinya memiliki kekuatan luar biasa. Dikenali dengan nama Aether, kini disimpan di Knowhere, di bawah jagaan pengumpul bernama Tivan. Di penghujung filem ini, Jane dan Thor telah menghentikan Malekith yang cuba menggunakan kuasa Aether untuk mengembalikan zaman kegelapan ke seluruh alam semesta. Namun begitu, Thor telah melihat Aether dalam bentuk batu dalam ramalannya dalam filem The Avengers: Age of Ultron.
Batu kuasa, batu berwarna ungu ini pada awalnya menjadi rebutan antara Gamora dan Quill dalam filem Guardians of the Galaxy yang pertama. Namun, apabila melihat kuasa yang terkandung di dalam batu itu yang boleh membakar Carina(pembantu Tivan) dengan sekelip mata, Quill percaya batu itu tidak boleh dibiarkan jatuh ke tangan yang salah. Diburu oleh Yondu dan Nebula yang menjadi pembantu Ronan ketika ini, Quill memilih untuk menyelamatkan Xandar yang menjadi sasaran Ronan. Batu kuasa itu akhirnya disimpan di bawah jagaan kerajaan Planet Xandar selepas kuasanya digunakan dalam memusnahkan Ronan oleh empat sekawan itu.
Kuasa tongkat sakti yang digunakan Loki tidak hanya berakhir ketika The Avengers mematikan rancangannya menguasai bumi dengan jajahan Chitauri. Batu Minda yang digunakan untuk memukau Hawkeye dan Professor Erik Selvig itu diletakkan dibawah jagaan SHIELD, namun akhirnya terlepas ke tangan HYDRA angkara ejen rahsia. Kuasa batu kuning itu akhirnya digunapakai dalam eksperimen kepada pasangan kembar, Wanda dan Pietro Maximoff, yang akhirnya memiliki kuasa telekinetic dan telepati. Thor yang telah melihat di dalam ramalannya, percaya batu itu layak di jaga oleh Vision, android yang direka oleh Ultron dan digabungkan dengan kepintaran teknologi Jarvis, pembantu maya Tony Stark.
Memanipulasi masa tanpa halangan merupakan kebolehan yang akan dimiliki oleh pengguna kuasa batu Masa berwarna hijau ini. Doctor Strange yang sememangnya penuh dengan rasa ingin tahu, akhirnya berjaya menguasai kebolehan itu sewaktu menetap di Kamar-Taj dan telah berjaya menggunakan kuasa itu ketika menentang Dormammu dan konco-konconya. Batu Masa ini kekal di bawah jagaan Doctor Strange dan Wong di Kamar-Taj.
Batu terakhir, batu Jiwa ini merupakan misteri terbesar dalam sejarah Marvel Universe. Klu mengenai batu ini hanya sekali disebut oleh Wong, di mana dinyatakan bahawa batu ini memiliki kuasa paling hebat antara enam batu infiniti yang menjadi buruan Thanos. Keenam-enam batu ini boleh digunakan dengan bantuan Infinity Gauntlet yang kini dalam simpanan Thanos.
“The entire time I knew him, he only ever had one goal: To wipe out half the universe. If he gets all the Infinity Stones, he can do it with the snap of his fingers. Just like that.” -Gamora.
Jadi, kalau nak tahu apa misteri di sebalik batu keenam dan berjayakah The Avengers menghalang Thanos dari memusnahkan alam semesta, kita sama-sama nantikan di pawagam Rabu, 25 April ini. Mya tak sabar nak tengok para superhero dari seluruh pelusuk alam Marvel Universe bergabung. Dahlah masing-masing dengan kepala masing-masing. Okey, jom sambung berangan. Roger and Out, guys.
Sumber gambar: Google
Comments
Post a Comment