Tips : Jimat Travel

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua.

Hari ni , Mya nak kongsi sikit beberapa tip atau rahsia 
untuk melancong dengan kos rendah, 
walau di mana sahaja destinasi pilihan awak.


1. Rancang destinasi pilihan
Pilih lokasi yang sesuai dengan bajet yang awak ada.
Baik dalam mahupun luar negara, pastikan bajet mencukupi untuk keseluruhan percutian,
dari pergi hinggalah pulang semula ke rumah.

2. Rancang bajet / penggunaan wang.
Bagi yang bercuti dengan pakej dari agensi pelancongan, awak biasanya tidak perlu bimbang mengenai bajet berlebihan yang terlampau. Ini kerana, jadual awak akan sedikit terikat dengan apa yang telah diaturkan oleh ejen. Bahkan, bagi sesetengah aktiviti atau lokasi terkenal, bayaran masuk / penggunaan telah dijumlahkan sekali dengan pakej yang telah awak pilih.

Bagaimanapun, jika awak pergi secara backpacking, potensi untuk berbelanja secara berlebihan adalah besar. Sebaiknya rancang dahulu lokasi tumpuan dan semak di Internet kos-kos tambahan yang mungkin ada. Tetapkan hanya 10-15% dari bajet untuk membeli-belah. Manakala 20-25% lagi adalah untuk kos pengangkutan. 30-40% selebihnya adalah untuk makanan dan tempat tidur. Baki dari bajet adalah untuk sebarang hal kecemasan yang mungkin berlaku.

Tidak perlulah awak cari hotel sehingga bertaraf lima bintang. Cukup sekadar tiga bintang untuk memastikan tidur awak selesa dan selamat tanpa gangguan. Ingat! Semakin tinggi taraf bintang, semakin mahal kos penginapan *#vacationhypothesis*

3. Keperluan vs Kehendak
Ini merupakan salah satu aspek penting ketika melancong. Ramai yang terlebih belanja apabila melancong hanya kerana tidak dapat membezakan antara keperluan dan kehendak.
Antara contoh paling jelas adalah makan dan membeli-belah. Mungkin benar awak mungkin tidak akan dapat mencuba yang sama di tempat lain. Namun, sekiranya bajet awak menyekat, jangan diturutkan kehendak, ya?

4. Melancong secara berkumpulan
Ada yang berpendapat, lagi besar kumpulan, lagi jimat. Kenyataan ini ada benar ada salahnya. Bilangan ahli kumpulan yang paling ideal ketika bercuti adalah antara 4-5 orang. Anda boleh mengurangkan perbelanjaan penginapan dengan menempah bilik yang disertakan dua buah katil bersaiz queen ataupun sebuah katil bersaiz king dengan satu katil tambahan. Sekiranya anda menyewa kenderaan untuk memudahkan pengangkutan, bukankah jumlah itu sudah cukup selesa untuk sebuah kereta bersaiz mini ?

Anyway, stay with me till next time, okay?
Bye, XOXO

Comments

Popular posts from this blog

'The Best Gift' : Hadiah Rain buat isteri

Comelnya Nursing Room di iOi City Mall, Putrajaya

Experimentasi menyelerakan di The Buzz Cafe, Premiere Hotel, Klang