Posts

Showing posts from November, 2022

Comelnya Nursing Room di iOi City Mall, Putrajaya

Image
Sejak dah naik pangkat jadi mak-mak ni, benda pertama yang aku cari bila masuk mana-mana mall adalah nursing room dulu. Bagi aku, paling mudah nak cari nursing room bila masuk AEON Mall sebab mereka memang akan muatkan bilik khas dalam bahagian bayi dan kanak-kanak. Tetapi, dalam banyak-banyak negeri, sememangnya bahagian Lembah Klanglah paling banyak nursing room. Oh ya, berbalik kepada tajuk asal. Nursing room atau baby room di wing baru iOi City Mall, Putrajaya memang comel sangat. Comel dan tenang Menggunakan warna pastel, pihak iOi City Mall tak menggunakan hiasan sarat pun di dalam bilik serbaguna ni. Kedudukan tempat tukar lampin yang tersusun elok di hadapan barisan sinki pun dah cukup memudahkan dan nampak teratur. Di dalam ruangan ini juga turut disediakan mesin water dispenser bagi ibu bapa yang memerlukan. Ruang yang ringkas tapi luas Bagi ibu-ibu yang mahu menyusukan bayi atau mahu mengepam susu badan secara privasi, di dalam ruangan ini juga turut disediakan bilik-bilik k

Panduan Buka Buku Pink Untuk Ibu Mengandung

Image
Macam yang ramai tahu, terutamanya yang masih setia mengikuti aku di media sosial, aku dah pun selamat naik pangkat menjadi seorang Mama pada bulan Jun yang lepas. Pangalaman mengandung kali pertama ni memang tak boleh nak dilupakan. Segala-galanya kali pertama. Kali pertama buat UPT sampai tiga kali sebab nak dapatkan kepastian. Kali pertama berulang ke klinik setiap dua minggu. Kali pertama rasa ada yang bergerak dalam perut. Tapi, antara semua kali pertama ni, yang paling penting adalah kali pertama buka buku pink. Proses buka buku pink ni sebenarnya adalah proses mendaftar perkembangan kesihatan ibu dan bayi dengan klinik. Buku Pink atau nama sebenarnya Buku Rekod Kesihatan Ibu ni boleh dibuka di klinik kerajaan atau terus ke klinik atau hospital swasta pilihan korang. Tapi, bagi yang nak buka buku pink di klinik kerajaan atau lebih biasa dipanggil klinik kesihatan, ada beberapa dokumen yang perlu korang sediakan. Bila nak buka buku pink? Buku pink biasanya boleh dibuka sebaik saha