Panduan Buka Buku Pink Untuk Ibu Mengandung
Macam yang ramai tahu, terutamanya yang masih setia mengikuti aku di media sosial, aku dah pun selamat naik pangkat menjadi seorang Mama pada bulan Jun yang lepas. Pangalaman mengandung kali pertama ni memang tak boleh nak dilupakan. Segala-galanya kali pertama. Kali pertama buat UPT sampai tiga kali sebab nak dapatkan kepastian. Kali pertama berulang ke klinik setiap dua minggu. Kali pertama rasa ada yang bergerak dalam perut. Tapi, antara semua kali pertama ni, yang paling penting adalah kali pertama buka buku pink.
Proses buka buku pink ni sebenarnya adalah proses mendaftar perkembangan kesihatan ibu dan bayi dengan klinik. Buku Pink atau nama sebenarnya Buku Rekod Kesihatan Ibu ni boleh dibuka di klinik kerajaan atau terus ke klinik atau hospital swasta pilihan korang. Tapi, bagi yang nak buka buku pink di klinik kerajaan atau lebih biasa dipanggil klinik kesihatan, ada beberapa dokumen yang perlu korang sediakan.
Bila nak buka buku pink?
Buku pink biasanya boleh dibuka sebaik sahaja si ibu yakin yang dia hamil. Dalam kes aku, bila check 3 UPT naik double line, aku beritahu suami yang aku nak ke klinik swasta untuk ujian pengesahan. Bila doktor klinik swasta dah sahkan berita ni, aku terus hubungi klinik kesihatan. Tempoh paling lewat untuk buka buku pink ni adalah sebelum berakhir trimester pertama. Sebaiknya, pergilah pada minggu ke sepuluh atau sebelas sebab ada banyak proses perlu dilakukan semasa membuka buku pink ni.
Kenalpasti klinik yang jaga kawasan tempat tinggal
Setiap daerah biasanya ada satu klinik kesihatan ibu dan anak yang akan menjaga dan memantau perkembangan para ibu hamil yang berdaftar di kawasan mereka. Macam aku haritu, aku dihantar ke Klinik Kesihatan Dengkil sebab masa tu Cyberjaya masih berada di bawah pemantauan diorang. Senang kata, Hospital Cyberjaya masih belum buka. Tapi, bagi ibu-ibu yang baru hamil mulai November 2022, korang dah boleh terus hubungi Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Hospital Cyberjaya. Pastikan korang contact dulu sebelum datang buka buku pink sebab kadang-kadang, ada benda yang pihak klinik nak pesan untuk dibawa atau kena set appointment dulu.
Dokumen yang perlu dibawa
Sebelum korang bergerak ke klinik kesihatan tu, pastikan semua dokumen-dokumen yang perlu dibawa ni cukup bagi memudahkan proses pendaftaran. Kata orang, kalau boleh semua benda kita nak smooth sailing je dari mula, kan?
- Kad Pengenalan diri
- Kad Pengenalan suami
- Gambar ukuran passport (ikut tempat)
- Surat Nikah
- Bil Utiliti sebagai bukti alamat mastautin
- Gambar scan klinik luar (kalau ada)
Proses buka buku pink
- Ukur tinggi dan berat untuk bacaan pertama
- Kenalpasti tarikh jangkaan kelahiran
- Ujian air kencing untuk detect masalah kencing manis dll.
- Tetapan temujanji seterusnya.
Comments
Post a Comment