Posts

Showing posts from July, 2019

Pengalaman Dermapen di DR Medispa & Wellness

Image
Assalamualaikum w.b.t. Mungkin ada yang dah tahu yang Mya sempat membuat rawatan muka di DR Medispa & Wellness, Reko Sentral, Kajang pada minggu lepas. Setelah dikumpulkan segala keberanian yang ada (yang ni acah), Mya pun menempah sesi membuang jeragat di sana. Bila dah selesai sesi consultation tu, barulah Mya tahu yang jeragat ni pun tergolong dalam kumpulan parut juga. Masa ni Mya terpaksa beritahu (baca: mengaku) dengan pihak DR Medispa yang selama ni Mya jarang (baca: kalau rajin jeee) pakai sunscreen. Memang buat puncalah untuk jadi jeragat.  Nikmatnya rasa bila ada orang yang adunkan muka kita. Ditambah dengan pihak medispa yang ringan mulut menerangkan kondisi kulit muka kita yang sebenarnya. Kembang setaman rasanya bila kulit muka kita dipuji. Haa lepas tu kau malu sendiri bila ditanya kenapa culas pakai sunscreen. Jeng jeng jeng. Melalut pulak kakak kau ni. Anyway anyhow, proses bermula dengan proses mengembangkan liang pori. Kulit muka Mya dicuci dan dipaka

Gunung Lang: Taman Rekreasi dengan usikan alam semulajadi

Image
Assalamualaikum w.b.t. Atas permintaan seseorang, Mya kembali untuk berkongsi tentang keindahan dan kecantikan salah satu taman rekreasi di negeri Perak yang sememangnya menjadi pilihan ramai untuk berehat, berekreasi dan juga sebagai latar belakang foto perkahwinan. Dengan ciri muka bumi semulajadinya yang menggabungkan gunung dan tasik serta kehijauannya yang masih jelas tidak terjejas, Taman Rekreasi Gunung Lang kini menjadi salah satu destinasi wajib untuk para pelancong yang datang ke negeri Perak. Mya dan family sempat ke sini beberapa bulan lepas. Super senang sebenarnya untuk sampai ke Gunung Lang ni. Ikut je highway Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar ke kiri sebaik sahaja nampak papan tanda Gunung Lang Development Sdn. Bhd. Kalau tak diberitahu, rasanya sampai sekarang Mya tak akan percaya yang sebenarnya, lebih sebahagian daripada tarikan di kawasan Taman Rekreasi Gunung Lang ni adalah buatan manusia. Tarikan utama dekat Gunung Lang ni semestinya kawasan ta

Jiwaku Tertinggal di Pulau Tioman (bahagian dua)

Image
Assalamualaikum w.b.t. Dah lebih berbulan, akhirnya Mya kembali semula dengan kisah ketenangan di Pulau Tioman. Nampak tak kesibukan tahap melampau. Tapi, sampailah ke hari ni, Mya masih tak boleh nak move on dengan pengalaman di Pulau Tioman ni. So, di kesempatan yang ada ni, Mya nak sambung dengan travelog ke Pulau Tioman dengan team #ProjekMakanTravel untuk hari kedua dan ketiga pula. Well, my day started quite early as a couple of friends rushed to the jetty to view sunrise. Awal jugaklah pintu bilik diketuk bila ada orang tu cari wife dia untuk pinjam phone. Kakak cuba bersabar. Rupa-rupanya, ramai jugak yang ambil kesempatan di hari kedua ni untuk bangun awal dan merakam saat matahari terbit ni. But, excuse me. Mya cuma menikmati pagi dengan duduk memandang laut di restoran tepi laut milik pengusaha chalet yang sama kami sewa. The morning goes, kami pun bersiap sedia untuk ke Taman Laut dengan segala equipment yang berbondong-bondong. Okey, itu drama. Well, for each of us

7 Kawasan Lembah Klang Terganggu Bekalan Air selama 84 Jam mulai 23 Julai ini

Image
Assalamualaikum w.b.t. Kembali kita kepada episod rutin biasa, iaitu mengumpul bekalan air bersih di rumah. Aktiviti macam ni memang dah biasa berlaku di sekitar Lembah Klang ni dan kali ini ia akan berlangsung dari 23 Julai (9.00 pagi) hinggalah 26 Julai (9 malam). Ini berikutan kerja-kerja pembaikan di Sungai Selangor Phase 1 Water Treatment Plant. Antara daerah yang terjejas ialah Petaling, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Klang/Shah Alam.  Maka, dengan ini bersama-samalah kita bersabar sambil menunggu bekalan air kembali pulih. As for now, tempoh pembaikan dan pemulihan adalah seperti dalam gambar yang Mya selitkan dibawah ni. 15 Pusat Servis Setempat akan diaktifkan mulai Khamis, 25 Julai nanti. Sebarang masalah bolehlah berhubung dengan insan berkaitan seperti dalam gambar di bawah jugak. Untuk laporan terkini, jomlah sama-sama kita mendownload apps "Air Selangor".