Posts

Showing posts from July, 2018

Gunung Mercedes, Ipoh

Image
Assalamualaikum w.b.t. Sebenarnya tak ada apa yang istimewa pun dengan entri kali ini. Sekadar satu post peringatan buat diri sendiri yang selalu berlagak terlupa dengan asal usul sendiri. Actually, bukan sengaja terlupa. Tapi mungkin juga faktor usia ataupun peredaran masa yang semakin laju. Mana tidaknya, makin hari makin banyak benda baru yang diperkenal. Macam kes Gunung Mercedes ni. Jangankan Mya. Mungkin ramai je orang Ipoh yang sudah terlupa. Apatah lagi adik-adik yang lahir pada tahun 2005 dan ke atas. Jelas mereka lagi tidak tahu pasal Gunung Mercedes ni. Gunung Mercedes atau nama lainnya, Gunung Sam Poh Tong ini sebenarnya menempatkan kuil buddha tertua dan paling terkenal dalam negeri Perak ni. Dibina pada tahun 1912 oleh komuniti Buddha yang tinggal di sekitar kawasan bukit batu kapur ini, kedudukan betul-betul terletak di tengah antara Simpang Pulai dan Ipoh. Tetapi, apa agaknya punca atau sebab sehingga bukit ini pernah dikenali sebagai Gunung Mercedes? Mya pun hampir

3 Kesalahan 'Packing-for-travel' yang sering kita lakukan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Everyone got their first-time in travelling. And believe me, dalam tiga perkara bertajuk 'Kesalahan ketika Packing for travel' yang Mya senaraikan di sini, pasti ada sekurang-kurangnya satu yang pernah kita buat. Untuk topik hari ini, Mya akan senaraikan secara umum, tak kiralah awak travel dengan jalan darat, udara atau air. Malah, ada saja yang mengulang kesalahan packing for travel ni walaupun dah berkali-kali pergi melancong. So, jom kita tengok dan cuba ubah cara kita untuk cara yang lebih mudah. Overpack Bag Kenapa kita, khususnya perempuan selalu overpack beg kita semasa hendak pergi ke mana-mana. Tak kiralah kalau ianya vacation ataupun worktrip, kita mesti akan bungkus baju lebih dari sepatutnya. Jawapan paling mudah untuk semua soalan yang datang kepada kita adalah, "takkan nak ulang pakai baju yang sama". Yes, this short answer sometimes really anger men. Sebab bila kita overpack, beg jadi banyak, padahal yang pakainya, tak samp

Tips menghadap bil postpaid tinggi

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Kebelakangan ni, Mya banyak terbaca dan dengar aduan orang ramai pasal bil telco yang masing-masing yang tak nak kalah terbang melangit. Ini bukan post Mya cuba nak menjatuhkan mana telco. Instead, ini panduan untuk pengguna-pengguna telco yang mula jadi panik bila tengok bil yang nak dibayar, naik mencanak tinggi melambung. First, take a deep breath. Jangan terus melatah bila tengok bil yang nak dibayar mahal macam tu. Sebaiknya, refer semula kepada bill statement. Kalau awak tak mendaftar untuk penghantaran bil secara fizikal ke rumah, cuba download apps telco terus ke dalam telefon bimbit awak. Cari menu bill statement dan simpan salinan dalam telefon. Cari bahagian yang dikenakan bayaran paling mahal dan cuba kesan kesalahan atau kawasan yang mendatangkan kemusykilan. Seterusnya, hubungi customer service. Beritahu mereka yang awak ada kemusykilan mengenai bill statement, instead of terus serang men-khinzir buta. Cuba bertenang dan cakap de

Gegar gempita AFB FUN DAY di Taj Villa, Ampang

Image
Assalamualaikum w.b.t. Takkan tak gegar, takkan tak gempita kalau dah 16 orang blogger dengan keluarga masing-masing berkumpul untuk program AFB FUN DAY yang dah berlangsung selama tiga hari iaitu dari 13 hingga 15 Julai 2018 di Taj Villa, Taman Zooview, Ampang, kan? Ditambah dengan aktiviti-aktiviti yang sememangnya funnnn~ saja. Memang betul-betul gegar gempitalah Taj Villa berkenaan selama 48 jam tanpa henti. Gegar gempita AFB FUN DAY di Taj Villa, Ampang Tapi sebelum kita bergembira sakan, Mya dan rakan blogger lain sempat menyinggah makan tengah hari di 1Cafe di Kemensah Height. Dah lapar sangat katanya. Nak cari kafe ni pun bukannya susah. Waze sahaja Kemensah Grocer, mesti jumpa. Kami ke sini pun betul-betul lagi beberapa minit menjengah waktu solat Jumaat. Lepas order makanan masing-masing, yang lelaki semuanya ke masjid yang terletak berhadapan dengan kafe dan Kemensah Grocer ni. 1Cafe, Kemensah Height Menu makanan di kafe ni tidak terhad kepada makanan ala Carte

Selamatkan bayi yang tidak berdosa!

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hi guys. I believe that almost everyone of us are now well-informed about the latest case of little Adam who was found dead at his nanny's house. What made it more tragic is he was found in the freezer. Can you imagine? A five months old baby in a freezer? I can't even stand properly in the i-City. How dare the nanny lied about Adam being kidnapped? So frustrating. How cruel has this world actually become? Bercakap soal kejam. Sekarang ni terlalu banyak kes pembuangan bayi yang disiarkan di media-media sosial, muka akhbar dan melalui berita sendiri. Dibuang dari tingkat tiga, ditemui tepi longkang, malah bermacam tempat lagi. Seolah-olah masyarakat kita zaman sekarang ni dah tak ada nilai kemanusiaan dalam hati masing-masing dah. Mana rasa cinta yang kuat sangat masa buat anak tu? Didn't mean to cakap benda-benda yang tak senonoh. But this matter has become worse day by day. Cuma, Mya masih bersyukur sebab masih wujud insan-insan yang berhati