Posts

Showing posts with the label hotel

Experimentasi menyelerakan di The Buzz Cafe, Premiere Hotel, Klang

Image
Hi semua. Sebagai seorang yang suka mencuba sesuatu yang baru, Mya yakin ramai juga yang pernah bereksperimentasi dengan masakan. Dengan cubaan-cubaan macam nilah wujudnya resepi-resepi baru. Gabungan resepi sedia ada dengan idea baru yang adakalanya menjadi, adakalanya tidak. Namun, tidak begitu dengan Chef Noor Hisham dan pasukan kulinarinya dari Kafe The Buzz, Premiere Hotel. Mya rasa ramai yang masih tidak tahu mengenai salah satu keunikan hotel yang terletak di Klang ini yang mana menawarkan promosi makanan dan minuman berbeza pada setiap dua bulan.  Sebagai seorang yang sukakan masakan yang pedas, terutamanya masak lemak resepi Negeri Sembilan, Mya sangat sukakan menu utama yang cuba diketengahkan pada awal bulan May hingga penghujung bulan Jun nanti. Acapkali kita mendengar mengenai itik atau ayam atau daging masak salai cili api. Tapi, semudah mana kita mendengar bahagian betis kambing (lamb shank) dijadikan salai? Dengan resepi masak lemak cili api daripada Negeri Sembilan...

Robot Barista: Tarikan Iftar Ramadhan di Bangi Resort Hotel

Image
Assalamualaikum w.b.t. Dalam sedar tak sedar, tinggal lebih kurang dua minggu saja lgi sebelum kita mula bangun bersahur, berpuasa dan berbuka. Mulalah pening nak bersahur apa dan nak berbuka di mana. Kalau Mya sendiri, Mya akan berbuka di luar sebab tak sempat nak balik masak di rumah. Tahun ni sekali lagi Mya terpesona dan terpikat dengan hidangan yang bakal dipersembah oleh Bangi Resort Hotel. Seperti tahun-tahun sebelumnya, Bangi Resort Hotel pastinya dengan kelainan dan kepelbagaian yang memang membuka selera. Kambing golek dan variasi sup yang cukup sempurna pada rasanya, menarik Mya untuk kembali semula seperti tahun-tahun sebelumnya. Ditambah lagi dengan hidangan satay yang dari jauh dah memikat selera. Makanya, rosak lagilah diet kakak oii. Istimewa tahun ini, Bangi Resort Hotel (BRH) memperkenalkan kepada semua pengunjung tarikan terbaru iaitu sebuah robot barista,yang bernama Robbie. Pilih minuman pilihan awak dari menu dan tunggu saja minuman awak siap tidak...

Selesa dan bahagia bermalam di Hote123, Pudu

Image
Assalamualaikum w.b.t. Amboi tajuk macam tak nak kalah, kan? Kalau setakat selesa tu, memang boleh terima lagi. Siap ada perkataan bahagia lagi tu. Memang bahagialah bila bercuti berenam dan kita boleh sumbat semua sekali dalam satu bilik je. Tak payah nak susah-susah ambil dua bilik. Tapi, kat mana Hote123 ni? Macam mana Mya boleh bermalam kat Hote123 ni? Apa yang Mya buat dekat Pudu? Selesa dan bahagia bermalam di Hote123, Pudu Sebenarnya, Mya habiskan cuti tambahan yang diberikan Perdana Menteri kita dengan mengajak sepupu dan makcik Mya ke GM Klang dan IKEA Cheras. Jadinya, bila sedar yang hari dah makin lewat, Mya terus ajak my mom cari mana-mana hotel berdekatan dengan harga yang terbaik. Accidentally, my daddy dah sedia berhenti depan Hote123 ni. Jadi, Mya dengan muka tak ada perasaannya, masuk ke dalam. Expectation Mya tak tinggi pun. Cuma mengharap ada satu bilik yang besar dengan harga yang bersesuaian je. Bila dua bilik ni, banyak juga pro dan contras-nya. Tapi, Mya...

Singgah berehat di Syuen Hotel dan misi terokai Ipoh

Image
Assalamualaikum w.bt. Ramai tahu Mya berasal dari Perak. Jadi, hari ni, Mya nak berkongsi sedikit dengan awak semua yang dari selatan dan mahu bercuti di sebelah utara pulak, apa kata awak singgah di Ipoh, Perak. This friendly advice sebab Mya sendiri pernah bergerak dari utara tanah air ke selatan dan dah tahu macam mana letihnya. That’s why Mya cadangkan untuk awak singgah berehat dahulu di Ipoh, ibu negeri Perak yang juga bandar budaya dan warisan. Ipoh juga mempunyai banyak tempat menarik yang boleh awak lawati seperti Lost World Of Tambun, Muzium Darul Ridzuan, Muzium Geologi, Tokong Gua, Tokong Paloh Ku Miew, Riverwalk, Taman Dr Seenivasagam, Padang polo dan banyak lagi. Kalau awak rasa nak bermalam di Ipoh pon boleh. Sebab, sekitar ipoh ni ada banyak hotel yang boleh awak stay. Mya nak share dengan awak salah satu hotel yang terkenal di Ipoh Perak dimana hotel ni berkonsepkan modern and yang paling penting harga yang ditawarkan di sini sangat berbaloi. Dah la harga berpatut...

Hotel De Art, Seksyen 7, Shah Alam

Image
Hari ni Mya update pakai phone sahaja sebab masih dalam mood bercuti *Ngee* Esok dah masuk mode kerja, Mya update pasal travelog #dniagoingplaces ye. Rabak jugak mata and badan bila merayap empat negeri dalam empat hari je. Tapi, lumrahlah kan tak cukup tidur time travel. Takkan nak stay on bed je sepanjang hari, kan ? Nasib baiklah dapat berehat di Hotel De Art, Seksyen 7, Shah Alam ni.  Hotel De Art, Seksyen 7, Shah Alam  Hotel De Art, Shah Alam Mungkin ada yang sudah familiar dengan hotel ini. Mungkin juga ada yang pernah melihat hotel ini di laman Facebook. Tapi, untuk pengetahuan awak yang baru seperti Mya dan family, terdapat dua cawangan Hotel De Art di Shah Alam, iaitu di Seksyen 7 dan Seksyen 19. Bagi yang ingin ke I-City, sebaiknya ambil di Seksyen 7. Tempat Berhampiran Hotel De Art Sek 7 McDonald KFC Pizza Hut Hospital I-City Shell Kadar Harga Bilik Hotel De Art Sek 7 Standard - RM 158 Family - RM 258 Review Hotel De...