Singgah berehat di Syuen Hotel dan misi terokai Ipoh

Assalamualaikum w.bt. Ramai tahu Mya berasal dari Perak. Jadi, hari ni, Mya nak berkongsi sedikit dengan awak semua yang dari selatan dan mahu bercuti di sebelah utara pulak, apa kata awak singgah di Ipoh, Perak. This friendly advice sebab Mya sendiri pernah bergerak dari utara tanah air ke selatan dan dah tahu macam mana letihnya. That’s why Mya cadangkan untuk awak singgah berehat dahulu di Ipoh, ibu negeri Perak yang juga bandar budaya dan warisan. Ipoh juga mempunyai banyak tempat menarik yang boleh awak lawati seperti Lost World Of Tambun, Muzium Darul Ridzuan, Muzium Geologi, Tokong Gua, Tokong Paloh Ku Miew, Riverwalk, Taman Dr Seenivasagam, Padang polo dan banyak lagi.

Kalau awak rasa nak bermalam di Ipoh pon boleh. Sebab, sekitar ipoh ni ada banyak hotel yang boleh awak stay. Mya nak share dengan awak salah satu hotel yang terkenal di Ipoh Perak dimana hotel ni berkonsepkan modern and yang paling penting harga yang ditawarkan di sini sangat berbaloi. Dah la harga berpatutan servis, fasiliti yang tersedia di sini pun terbaik. Tersangatlah awesome uollss. Rugi sikit la kalau awak tak stay di hotel ni kalau datang Ipoh! Terdapat tiga pilihan bilik yang awak boleh pilih di sini iaitu Deluxe double, Deluxe twin, dan Suite Junior. Setiap bilik yang disediakan kat sini mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri so awak boleh la buat pilihan korang mengikut bajet yang awak dah sediakan tu.

Syuen Hotel, Ipoh
Setiap bilik-bilik yang Mya sebutkan tadi tu mempunyai perabot kayu gelap yang elegant serta terdapat juga pencahayaan yang menarik so bilik ni tak la suram sangat. Just nice gitu. Katakanlah awak just nak stay jerk at bilik pun, confirm awak tak bosan sebab bilik ni sekali masuk tak nak keluar. So hiperbola kan? Hahaha! Tapi, seriously. Tak dapat la nak gambarkan keselesaan bilik ni macam mana. Bayangkanlah ya. Dalam bilik je dah ada semua kelengkapan termasuk pembuat teh/kopi, bilik mandi peribadi dengan tab mandi dan pengering rambut. Kalau tak mahu duduk terperap je dalam bilik, awak boleh ke kolam renang luaran, pusat spa dan kesihatan, pusat kecergasan ataupun restoran. Nak tukar duit ke luar negara pun boleh sebab dalam hotel ni ada disediakan perkhidmatan pertukaran mata wang.
Syuen Hotel , Ipoh
Jom kita cerita bab makan pulak. As far as Mya tahu as seorang anak Perak yang lahir di Ipoh, kat sini banyak restoran makan Cina yang halal. Satu contohnya Restoran SilverBoat yang ada dalam hotel ni juga. Sedap dan halal tau. Kalau minat makanan yang style Western dan Chinese, cuba usha makanan di Garden View Coffee House. Masih berada dalam bangunan hotel ni jugak, in case awak tak tahu nak makan di mana dan malas hendak keluar jauh.

Tempat menarik sekitar Ipoh memang banyak. Lebih dari apa yang Mya beritahu dalam introduction di atas tu. Ada Ipoh Parade *tempat dating zaman muda-mudi*, ada Dataran Ipoh yang sangat ‘hidup’ pada waktu malam sebab ada banyak gerai makan yang dibuka di situ, ada juga Padang Polo *atau nama sebenarnya Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz* untuk berehat atau bersenam. And kalau awak tak tahu, biar Mya beritahu yang Padang Polo ipoh ni sangat terkenal dengan laksanya. Kena cuba yang ni. Oh, dan boleh jugak panjangkan langkah ke Kampar dan melawat Bandar Agacia di sana dan melawat Kellie’s Castle dalam perjalanan balik. 
Bandar Agacia | Sumber : Google
So itulah sebahagian dari apa yang Mya boleh kongsi dengan awak tentang Syuen Hotel di Ipoh ni. Walaupun hotel ni Nampak mewah and elegant, tapi harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Just in case, awak nak singgah ke Ipoh dan nak book hotel ni korang boleh la book di Syuen Hotel Ipoh on Traveloka untuk dapatkan harga yang termurah di sini! Jom laaa jangan buang masa guys! Last but not least, selamat datang ke negeri Perak.

Comments

  1. Selalu lalu je kt hotel ni..huhu..tp selalu menjadi pilihan keluarga kak sha klu ke ipoh

    ReplyDelete
  2. Memang plan nak ke ipoh ni. Thanks Mya for the info. :)

    ReplyDelete
  3. Cantik Bandar Agacia tu. Warna warni

    ReplyDelete
  4. Memang tgh mencari hotel yg Best kat Ipoh.... Menarik hotel ni.... Boleh masuk dlm list.....

    ReplyDelete
  5. dah lama tak lepak ipoh. Thanks Mya untuk info yang menarik ne

    ReplyDelete
  6. Banyak jugak tempat2 menarik kat ipoh yer.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality