Posts

Showing posts with the label kecantikan

Pengalaman Dermapen di DR Medispa & Wellness

Image
Assalamualaikum w.b.t. Mungkin ada yang dah tahu yang Mya sempat membuat rawatan muka di DR Medispa & Wellness, Reko Sentral, Kajang pada minggu lepas. Setelah dikumpulkan segala keberanian yang ada (yang ni acah), Mya pun menempah sesi membuang jeragat di sana. Bila dah selesai sesi consultation tu, barulah Mya tahu yang jeragat ni pun tergolong dalam kumpulan parut juga. Masa ni Mya terpaksa beritahu (baca: mengaku) dengan pihak DR Medispa yang selama ni Mya jarang (baca: kalau rajin jeee) pakai sunscreen. Memang buat puncalah untuk jadi jeragat.  Nikmatnya rasa bila ada orang yang adunkan muka kita. Ditambah dengan pihak medispa yang ringan mulut menerangkan kondisi kulit muka kita yang sebenarnya. Kembang setaman rasanya bila kulit muka kita dipuji. Haa lepas tu kau malu sendiri bila ditanya kenapa culas pakai sunscreen. Jeng jeng jeng. Melalut pulak kakak kau ni. Anyway anyhow, proses bermula dengan proses mengembangkan liang pori. Kulit muka Mya dicuci dan di...

A'bloom : Koleksi terbaru Althea

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. It has been so long since Mya last menulis. But today I'm back sempena hari raya yang bakal tiba esok. Sementara membuat persiapan ni, Mya curi-curilah sedikit masa nak menulis. Rindu juga nak menulis sebenarnya. Asyik menghadap coding pun tak best jugak. Cuti-cuti ni, kita rehat sekejap dari tepu kerja yang tak pernah habis. So this time, Mya nak borak dengan awak semua pasal produk terbaru di bawah nama A’bloom iaitu Meringue Puff, Blackhead Blaster dan Fruit Mask Sheet. Bila Mya dapat tahu pasal Meringue Puff ni, Mya is super excited. Mana lagi nak cari puff kecik yang boleh fit bahagian-bahagian muka yang ‘terlebih’ disapu oleh puff saiz biasa tu? Makanya, bila Althea umum nak keluarkan 2 size ‘abnormal’ untuk Meringue Puff A’bloom, Mya antara orang yang laju follow latest updates. Comel sangat weh rupa Giant Meringue Puff dan Baby Meringue Puff ni. Bila sampai tangan terus rasa macam sayang pulak nak guna. Masalah orang perempuan... ...

Rahsia Mya jaga kulit wajah

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Hari ni macam terasa nak berkongsi rahsia Mya jaga kulit wajah supaya tak kerap dikunjungi Cik J. Perghh. Tajuk dengan intro nak kontroversi aje, kan? Memanglah ada orang yang kata, masalah Cik J ni sebenarnya bergantung kepada hormon dan jenis kulit muka kita sendiri. Tapi, sebenarnya, walau apa pun puncanya, kita kena jaga supaya kulit muka kita tak cepat naik jerawat ataupun bekas dia tak tinggal teruk atas muka kita. Rahsia jaga kulit wajah untuk cegah jerawat Banyak orang yang cakap dengan Mya yang Mya ni bertuah sebab muka susah nak naik jerawat ataupun bekas jerawat tak tinggal lama kat muka. Yang menjadi penambah perasa adalah bila mereka dapat tahu yang Mya sejenis yang sangat malas cuci muka dengan pencuci. Jadi, konklusinya, ramai yang fikir kulit muka Mya ni originally normal dan memang susah naik jerawat. To be honest, dulu, kulit muka Mya jenis berminyak terlampau sebab banyak berjemur tengah panas. Tu yang dari kulit cerah manis...

Warna lip matte dalam jenama berbeza

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Hari ni Mya nak share sikit panduan warna lip matte dalam beberapa jenama berbeza yang Mya dapat dari Facebook Page The Beauty Hack HQ ni. Mya tahu ramai yang pernah hadapi keadaan yang sama macam Mya dan kakak alami dua minggu lepas. Yang mana, bila kakak cuba nak cari warna lip matte yang sama macam Mya pakai,dia tak tahu code sebenar warna tu dalam jenama yang lain. So, hari ni Mya nak share benda ni, supaya awak tak hadapi masalah yang sama macam yang Mya alami. Code warna lip matte dalam jenama berbeza Mungkin ada antaranya yang nampak berbeza dengan satu sama lain, walaupun berada dalam code yang sama. Mungkin faktor bekas ataupun pencahayaan. Tapi, Mya harap yang entri ringkas pagi ni dapat bantu awak yang mungkin sedang tertanya-tanya macam Mya tempoh hari. Oh ya. Mungkin juga boleh dijadikan panduan untuk awak yang tertanya-tanya warna lip matte yang sesuai dengan kulit wajah. Sekian.

Teknik penjagaan rambut bermasalah

Image
Macam tiba-tiba je kan tajuk ni? Actually semalam, Mya sempat pergi potong rambut dengan satu salon muslimah kat Manjung ni. Yalah. Lepas ni, entah bila lagi nak servis rambut ni lagi, kan? Ikut rajin jelah ceritanya akan datang ni. Okey, back to our story. Sambil-sambil cuci and potong rambut tu, sempatlah staf ni cerita pasal penjagaan rambut. Rambut Mya ni memang banyak masalah. So, based on masalah yang dia nampak pada kepala and rambut Mya ni, staff ni pun sempatlah ajar teknik penjagaan rambut yang betul. Bukan khas untuk perempuan je. Lelaki pun boleh cuba. Teknik penjagaan rambut bermasalah Teknik penjagaan rambut bermasalah | sumber : google First, kita kena cuci rambut at least berselang dua atau tiga hari. Which means, dalam sekali atau dua kali saje seminggu. Jangan terlebih. Kerana rambut kita ada natural moisture yang akan membuatkan rambut jadi lembut dan cantik. Tapi, kalau rambut awak jenis yang sangat cepat berminyak atau berminyak teruk macam Mya, awak...

Cara Atasi Masalah Kulit Muka Kering

Image
Ada tak yang alami masalah kulit muka kering? Atau mungkin ada dalam kalangan yang datang ke entri ni hari sebenarnya tengah mencari jalan atau cara atasi masalah kulit muka kering. Mya ni bukanlah pakar kecantikan atau kesihatan kulit pun. Nak memandai-mandai bagi nasihat dan tips kesihatan pun tak jugak. Cuma, ada sesetengah perkara yang Mya pernah alami sendiri tu, Mya rasa patutlah kalau Mya berkongsi pendapat atau cadangan, kan? Mungkin boleh jadi ikhtiar untuk sesiapa sahaja yang ada masalah sama. Tambah lagi kalau masalah kulit muka kering tu sampai ke tahap mengelupas. Malu woo nak hadap orang lain. Disebabkan Mya pernah rasa keadaan tu, Mya nak kongsikan sikit cara atasi masalah kulit muka kering yang pernah cuba sendiri. Cara Atasi Masalah Kulit Muka Kering Sebenarnya, segala solution yang ada dalam entri ni bukanlah datang dari Mya 100%. I mean like, Mya pun cari solution dari a few resources and apply pada diri sendiri. Maklumlah, bukannya boleh terus men'khinz...

5 Fakta mengenai Skrub Muka yang Perlu Diketahui

Image
Ramai antara kita yang menyangka skrub muka adalah tidak elok dilakukan. Kononnya boleh menipiskan dan merosakkan kulit muka. Ada pula yang kerap melakukannya dengan alasan mahu menanggalkan kulit mati. Pendapat-pendapat ini ada betul dan ada salahnya. Jadi, di dalam entri kali ini, Mya nak kongsikan beberapa fakta mengenai skrub muka sebagai panduan kecantikan pada masa akan datang. Skrub muka membantu menaikkan seri wajah | Source : Google 5 Fakta mengenai Skrub Muka 1. Skrub Muka adalah Harus dilakukan Tujuan asal skrub muka adalah untuk menghilangkan sel kulit mati pada wajah kita. Semakin kita berusia, proses penggantian sel kulit kita akan menjadi semakin perlahan. Dengan melakukan skrub, kita boleh membuang sel kulit mati yang jika dibiarkan akan mengakibatkan liang pori tersumbat, minyak wajah berlebihan dan jerawat. Dengan skrub juga, akan memudahkan kulit menyerap kebaikan serum dan moisturizer. 2. Jangan skrub muka dengan kasar Perlakuan skrub muka ...

Petua Cantik dengan Bahan Semulajadi

Image
Sekarang ni banyak produk kecantikan yang dijual di pasaran, kan? Dari yang murah sampailah ke produk mahal. Malahan ada yang tiruan lagi. Ini kerana permintaan yang tinggi dan keadaan masyarakat yang mula sedar dan peka dengan kecantikan diri. Mya nak kongsi 4 petua cantik dengan bahan semulajadi yang mungkin ada di dalam peti ais di rumah sahaja. Bolehlah cuba, memandangkan sudah sampai hujung minggu. Petua Cantik dengan Bahan Semulajadi Petua Cantik dengan Bahan Semulajadi 1. Lobak Merah kawasan : tubuh Parut sebatang lobak. Campurkan dengan satu sudu besar tepung jagung dan sebutir kuning telur Kacau sebati dan sapukan pada tubuh. Biarkan kering. Bersihkan dengan air suam. Petua Cantik dengan Bahan Semulajadi : Lobak 2.Kubis kawasan: muka Kisar kubis hingga hancur. Tapis dan perah untuk dapatkan airnya. Campurkan sedikit madu lebah, gaul. Pakai seperti mask dan biar kering. Kemudian bilas seperti biasa. Elok diamalkan untuk berselang ...

5 Tabiat Punca Kulit Tambah Berminyak

Image
Awak yang memiliki kulit wajah jenis berminyak, sila angkat tangan. Oh, tak perlu angkat tinggi. Cukup sekadar awak tahu, awaklah orangnya. Sebab Mya nak kongsi 5 tabiat punca kulit tambah berminyak. Jadi, jom kita teruskan dengan topik punca kulit tambah berminyak ini. 5 Tabiat Punca Kulit Tambah Berminyak 1. Salah Pilih Pelembap Ramai yang menggunakan pelembap jenis minyak kelapa, minyak koko ataupun minyak zaitun. Kononnya, ia bertujuan untuk melembapkan kulit dan menghilangkan kekotoran. SALAH! Penggunaan pelembap yang mengandungi minyak atau gliserin ini mungkin memburukkan lagi keadaan kulit wajah. Sebaiknya pilih pelembap dalam jenis cecair, gel atau serum. 2. Solekan tebal Solekan yang tebal dan tidak membersihkannya dengan teliti dan betul-betul bersih boleh mengkibatkan pori-pori wajah tersumbat. Elakkan dari membeli produk mekap yang mengandungi minyak. Cuci dengan baik setelah menanggalkan mekap sebelum tidur. 3. Skrub Wajah Elakkan dari mela...