Posts

Showing posts from July, 2017

[LIRIK] Nisan Cinta - Siti Nordiana & Jaclyn Victor (OST Dendam Aurora)

Image
Lirik Nisan Cinta - Siti Nordiana & Jaclyn Victor Lirik Nisan Cinta - Siti Nordiana & Jaclyn Victor Lirik Nisan Cinta - Siti Nordiana & Jaclyn Victor Terdengar guruh bertanda Mungkin badai melanda sambut tanganku bersama kita harunginya Tanah seakan bergegar detikku bersamanya pejam sampaikan tersedar semua kan reda Sumpah ku kepadamu Tak terhapus jejakku mencintamu Tak terukir bintang walau beribu Tersemadi cinta kita bersama Terwujudnya nisan cinta Hati seakan berkata Pergi kau bersamanya pejam sampai kau tersedar semua kan reda Sumpah ku kepadamu Tak terhapus jejakku mencintamu Tak terukir bintang walau beribu Tersemadi cinta kita bersama Terwujudnya nisan cinta Andai takdir tertulis segala Janji kita kan bersama Jadikan ia selamanya... Cinta kita Tak terhapus jejakku mencintamu Tak terukir bintang walau beribu Tersemadi cinta kita bersama Terwujudnya nisan cinta Cinta kita aaaa Selama

Singgah berehat di Syuen Hotel dan misi terokai Ipoh

Image
Assalamualaikum w.bt. Ramai tahu Mya berasal dari Perak. Jadi, hari ni, Mya nak berkongsi sedikit dengan awak semua yang dari selatan dan mahu bercuti di sebelah utara pulak, apa kata awak singgah di Ipoh, Perak. This friendly advice sebab Mya sendiri pernah bergerak dari utara tanah air ke selatan dan dah tahu macam mana letihnya. That’s why Mya cadangkan untuk awak singgah berehat dahulu di Ipoh, ibu negeri Perak yang juga bandar budaya dan warisan. Ipoh juga mempunyai banyak tempat menarik yang boleh awak lawati seperti Lost World Of Tambun, Muzium Darul Ridzuan, Muzium Geologi, Tokong Gua, Tokong Paloh Ku Miew, Riverwalk, Taman Dr Seenivasagam, Padang polo dan banyak lagi. Kalau awak rasa nak bermalam di Ipoh pon boleh. Sebab, sekitar ipoh ni ada banyak hotel yang boleh awak stay. Mya nak share dengan awak salah satu hotel yang terkenal di Ipoh Perak dimana hotel ni berkonsepkan modern and yang paling penting harga yang ditawarkan di sini sangat berbaloi. Dah la harga berpatut

Selesa bergaya dengan Rosalie Feeny dari Mizzue Malaysia

Image
Assalamualaikum w.b.t semua. Salam Jumaat al-Mubarakah. Perempuan dan beg tangan ni umpama isi dengan kulit. Bak kata kawan Mya dulu : macam tak sempurna gaya bila perempuan tak pakai beg tangan. Dulu pun Mya jarang pakai beg tangan. Tapi, dengan Rosalie Feeny dari Mizzue Malaysia ni, memang rasa lebih selesa bila keluar dengan kawan-kawan. Apa yang best dan menarik dengan beg tangan Rosalie Feeny dari Mizzue Malaysia?  Rosalie Feeny dari Mizzue Malaysia Sebelum Mya nak sembang panjang mengenai beg Rosalie Feeny ni, Mya nak cerita pasal laman web Mizzue Malaysia ni dulu. Mya pun dapat tahu mengenai laman Mizzue ni dari kawan Mya. Mizzue ni sebenarnya satu laman yang mengetengahkan pelbagai pilihan beg tangan yang sangat cantik dan menarik. Memang akan rambang mata bila masuk ke laman Mizzue ni. Rasa macam nak grab semua. Tak percaya? Boleh cuba usha laman Mizzue Malaysia sekarang dan tengok berapa lama nafsu awak boleh bertahan.  Rosalie Feeny dari Mizzue Malaysia Kenapa M

Pulangan wang semula apabila berbelanja dengan Shopback

Image
Percaya tak kalau Mya cakap yang awak boleh dapat duit bila shopping online dengan Shopback? Bayangkanlah. Awak dapat barang, awak jugak dapat pulangan semula dari pembelian awak tu. Dua kali ganda berbaloi. Tapi, apa dia Shopback ni sebenarnya dan macam mana dia berfungsi? Mesti awak tertanya-tanya macam tu jugak, kan. Meh sini Mya nak cerita. Pulangan wang semula apabila berbelanja dengan Shopback cashback dengan shopback ShopBack ni sebenarnya satu platform yang menawarkan sistem cashback, iaitu, kita jana semula pendapatan bila kita ber-online shopping. Menarik kan? Dan sebenarnya, ada lebih dari ratusan online mall yang tawarkan cashback yang mencecah sehingga hampir 30%. Kita bershopping, kita dapat semula pulangan tunai. cashback dengan shopback Apa yang paling Mya suka pasal website ni ialah, ShopBack ni tak terhad kepada barangan sahaja. Kalau yang suka travel atau yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk balik ke kampung macam Mya, awa

Review Buku Fragile dari Syira Lokman

Image
Assalamualaikum w.b.t. Mya sebenarnya nak berkongsi mengenai buku kedua dari blogger yang juga penulis kepada salah sebuah buku yang tersenarai dalam Bestseller MPH iaitu Cik Syira Lokman . Buku Fragile hasil tulisan Cik Syira ni sebenarnya dah berada di pasaran tempatan sejak awal tahun ini. Bagi yang pernah membaca buku pertama Cik Syira yang bertajuk Serenity, pastinya buku Fragile ini akan berjaya menarik minat awak untuk membacanya. Review Buku Fragile dari Syira Lokman Buku Fragile dari Syira Lokman : Hadiah buat hati yang terluka Bagi awak yang sudah membaca buku ini, awak pastinya akan bersetuju bila Mya katakan yang buku ini sememangnya sebuah buku motivasi yang sangat sesuai untuk mereka yang sedang terluka. Tak perlulah dikhabarkan punca luka tu. Cukup dengan membaca beberapa rangkap kata dari buku ini sahaja, awak akan mengakui kesahihan hasil nukilan Cik Syira ni. Review Buku Fragile dari Syira Lokman Mungkin kerana penulisnya muda, Mya terasa isinya c

Gout: Punca dan siapa berpotensi menghadapinya?

Image
Assalamualaikum w.b.t. Entah macam mana, semalam, masa Mya sekeluarga sedang berehat dan bergotong-royong menyediakan makan malam *kami biasanya berBBQ bila berkumpul di hujung minggu* topik mengenai GOUT tiba-tiba sahaja keluar. Naik jugalah dua tiga persoalan yang menarik mengenai penyakit GOUT ini. Jadi, memandangkan ini melibatkan perihal kesihatan dan kawan Mya yang sebaya yang sudah diagnos dengan penyakit ini, Mya rasa perlu untuk Mya ambil tahu dan berkongsi dengan awak semua. Gout: Punca dan siapa berpotensi menghadapinya? Gout: Punca dan siapa berpotensi menghadapinya? Gout ini sebenarnya adalah satu jenis kesakitan yang berpunca dari pemakanan kita sendiri. Ada sustu keadaan yang mana uric acid yang ada dalam badan kita tidak sepenuhnya terhapus dan membentuk kristal berbentuk seakan jarum dan tinggal di dalam sendi mahupun tisu lembut. Bila keadaan macam ni terjadi, itulah yang mengakibatkan bengkak dan sakit. Bahayanya uric acid ni bukan semata sebagai penye

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo bakal berkahwin 31 Oktober

Image
Berita gembira untuk semua peminat setia drama Korea yang sangat terkenal ke seluruh pelusuk dunia, Descendants of The Sun (DOTS). Mya yakin, tajuk kali ini sebenarnya amat mematahkan hati peminat Song Joong Ki yang sangat terkenal dengan watak Kapten Yoo Si Jin. Maybe ada jugak yang terlebih gembira. Sebab dapat melihat dua bintang kesayangan mereka * Song Joong Ki dan Song Hye Kyo * ini akhirnya betul-betul berkahwin pada penghujung Oktober nanti. Berita ini disahkan sendiri oleh agensi masing-masing bahawa Song Joong Ki dan Song Hye Kyo bakal berkahwin pada 31 Oktober nanti. Song Joong Ki dan Song Hye Kyo bakal berkahwin 31 Oktober Dari khabar dan cerita yang Mya risik dari beberapa laman web gosip artis di Korea, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo sebenarnya dah lama menjalin hubungan cinta. Katanya, dari tahun 2015, iaitu semasa dalam pengambaran DOTS lagi. Boleh dikatakan sebagai cinta lokasilah ni. Agaknya, usaha keras Song Joong Ki memikat hati Song Hye Kyo bukan hanya di

Masalah kulit kering hilang dengan Vaseline Intensive Care Aloe Soothe Lotion

Image
Assalamualaikum w.b.t. Kejap je dah masuk hari ke sepuluh dalam bulan Syawal, kan? Macam sedar tak sedar je. Tapi, sekarang ni, Mya sebenarnya nak share pasal Vaseline Intensive Care Aloe Soothe Lotion ni. Mya kebetulan beli masa keluar shopping raya hari tu. Asalnya, kawan baik Mya yang beli untuk sapu pada luka-luka dia yang dah kering tu. Teringat kawan Mya beritahu yang Vaseline Intensive Care Aloe Soothe Lotion ni elok untuk kulit kering, Mya pun capai jelah masa tu. Tak fikir panjang pun. Vaseline Intensive Care Aloe Soothe Lotion Sebelum Mya cerita panjang pasal losyen ni, Mya cerita sikitlah pasal masalah sebenar Mya dulu eh? Kulit lengan Mya ni jenis kering ya amat. Sampai ada masanya memang gatal sangat rasanya. Punca? Mya tak pernah dapatkan nasihat doktor pun pasal masalah ni. Jadi, memang tak tahu. My bad. So, bila dah gatal tu, memang tangan pun dengan gatalnya juga, rajin menggaru. Sampai merah-merah. Kadang-kadang tu berdarah jugaklah. Menggelupas macam nak be

Sambutan Rumah Terbuka Syawal ke-3

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hari ni genap seminggu kita menyambut Syawal bulan kemenangan ni. Kepada yang dah mula berpuasa enam, teruskan usaha awak untuk habiskan sehingga hari ke-enam nanti. Kepada yang masih beraya, kita raya sepuas hati. Memandangkan baru semalam ada masa nak transfer semua gambar raya, hari ni Mya nak share beberapa gambar semasa sambutan rumah terbuka di rumah Mya pada hari raya ketiga tempoh hari. Terlebih dahulu, Mya nak ucapkan terima kasih untuk teman-teman, sahabat handai dan jugak kaum keluarga yang melapangkan masa untuk memenuhi jemputan Mya. Almaklumlah, raya ketiga. Masing-masing masih sibuk beraya dengan keluarga sendiri. Tapi, ramai juga yang mencari peluang dan kesempatan untuk datang jugak ke majlis kecil-kecilan ni *ayat dah macam jemputan apa je* Terima kasih sebenarnya sebab tolong habiskan makanan yang banyak tu. Kalau tidak, pengsan Mya nak kena habiskan semua. Harapnya, hidangan rumah terbuka kali ni kena dengan selera semu