Posts

Showing posts from July, 2016

Novel Drive - Thru Mr. Satay (Aii Fariza)

Image
Mya sangat tertarik dengan karakter watak-watak utama di dalam novel Drive-Thru Mr. Satay ini. Bagi kebanyakan gadis, semestinya watak Amirul yang budiman dan beriman sangat memikat hati. Watak Izz yang mudah menerima perubahan dan matang selepas perkahwinan mudah diterjemah dan difahami. Jalan cerita yang mudah dan penggunaan ayat yang tidak terlalu berat sangat sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia novel. Penggunaan latar masa dan tempat juga sangat kondusif untuk difahami. Novel Drive-Thru Mr. Satay amat dicadangkan bagi mereka yang mencari novel yang ringan. Novel Drive - Thru Mr. Satay Watak Utama Novel Drive-Thru Mr. Satay: Izz Maritza Amirul Muiz Sinopsis ringkas by Mya: Tengku Izz Maritza telah ditangkap oleh orang-orang suruhan nendanya, Raja Safiah berdua bersama teman lelakinya di bilik hotel. Demi menjaga nama baik, Izz Maritza dipaksa untuk menikahi Amirul Muiz, lelaki pilihan Raja Safiah yang tidak pernah dikenalinya. Janji Am