Posts

Cara buat Kimchi yang mudah dan ringkas

Image
Sebelum aku jumpa resepi kimchi yang aku guna ni, aku selalu jumpa resepi yang susah nak buat, atau pun menggunakan bahan yang terlalu banyak. Padahal, tak sampai sepuluh bahan pun diperlukan sebenarnya. Bila ada kimchi ni, ada banyak masakan lain yang boleh cuba dimasak. Contohnya kimchi jjigae, kimchi bokkeumbab dan kimchi jeon. Bila buat kimchi sendiri, kita tau tahap kesegarannya. Maka, jomlah aku kongsikan cara membuat kimchi yang mudah, ringkas dan sedap.  Bahan bahan yang diperlukan untuk buat Kimchi: Kobis panjang Kucai Serbuk Cili Garam Kasar Gula Bawang Putih Kisar Sos Ikan Air Cara membuat Kimchi: Belah kobis panjang yang dah dibersihkan kepada 4 bahagian. Potong setiap bahagian tadi kepada saiz mudah makan. Aku potong pendek sikit dari panjang ibu jari aku.  Ratakan satu bahagian kobis dalam mangkuk besar, taburkan rata garam kasar. Kemudian, masukkan lagi satu bahagian kobis, taburkan rata garam sekali lagi. Ulang lapisan by lapisan sampai habis kobis. Masukkan secawan air

[LIRIK] OMK - Zubir Khan & Ezra Kairo

Image
Lirik OMK (Oh My Kadhale) - Zubir Khan & Ezra Kairo Ku Kan Berada Selama Disisi Ku Tahu Kau Terluka Jangan Kau Pergi Ku Janji Hidupmu Kan Tetap Tenang Sedunia Ku Mencarimu Janjiku Tak Hilang Dan Ku Cuba Buktikan Erti Cinta Cerita Tentang Kita Oh Berdua Oh My Kadhale Tolong Dengari Aku Oh My Kadhale Selamatkanlah AKu Oh My Kadhale Hanya Perlukan Kamu Oh My Kadhale Neetha Yen Kadhale Oh My Kadhale Valikithe nenji Unne Pakame Oh My Kadhale Unne Thedi Nanum Varuven Oh My Kadhale Nee Than Yen Uyire Di Nee Than Yen Ulagem Di Ohh Penne Pogathe Unkitta pesama enalla Thoonvagum kuda mudiyaleye Antha kanavum unna Theda solli kekkudhe Unna parkka thinamum naan Kadavul kitte vendikutten Antha nilavil kuda un Mugam therikirathe Oh My Kadhale Tolong dengari aku Oh My Kadhale Selamatkanlah aku Oh My Kadhale Hanya perlukan kamu Oh My Kadhale Neetha yen kadhale Oh My Kadhale Valikithe nenji unne pakame Oh My Kadhale Unne thedi nanum varuven Oh My Kadhale Nee than yen uyire di Nee than yen ulagem di

[LIRIK] Puas Sudah - Aina Abdul

Image
Apa yang engkau rasa Apa yang ku rasa Sakit ini mencengkam tiada penghujungnya  Namun apa dayaku sebagai seorang hamba  Hilangkah kasih sayang darimu Puas sudah ku mencoba untuk merelakan semua Habis terbelah didada kutersenyum jua Pintaku hanya utk kau setia kepada permata permata yang kau jaga Apakah kau percaya pada ikrar cinta? Janji setia semata yang engkau lafazkan Namun apa dayaku sebagai seorang hamba Pada cinta yang kabur masa depannya Puas sudah ku mencoba untuk merelakan semua Habis terbelah didada kutersenyum jua Pintaku hanya utk kau setia kepada permata permata yang kau jaga Semua derita, sudah tercipta Yang tinggal hanya sebuah kenangan Puas sudah aku berdiam sahaja Namun hati ini perlu teguh untuk cahaya mataku, uwuuuu Puas sudah ku mencoba untuk merelakan semua Habis terbelah didada kutersenyum jua Pintaku hanya utk kau setia kepada permata permata yang kau jaga Puas sudah aku berjuang untuk ku merelakan semua Pintaku hanyalah kau setia pada,  Hanya cinta kita.

Emas dalam adat Melayu: Cincin merisik, tunang dan nikah

Image
Hai semua. Memandangkan kita sudah semakin hampir kepada penghujung 2024, makanya musim kenduri sudah semakin tiba. Ramilah yang akan mengadakan pelbagai jenis kenduri, termasuklah majlis aqiqah, majlis perkahwinan, majlis pertunangan dan sebagainya yang lain. Tapi, untuk topik kali ni, aku nak ajak berborak mengenai emas dalam adat Melayu. Ya, dari upacara merisik hinggalah ke akad nikah, adat Melayu selalunya menggunakan emas sebagai tanda. Dalam adat Melayu kita, untuk sesebuah hubungan itu menuju ke arah perkahwinan, beberapa upacara biasanya dijalankan. Upacara -upacara itu adalah: merisik, meminang dan menikah. Sinonim bagi setiap upacara ini adalah emas, di mana dalam setiap upacara ini, pihak lelaki akan memberi cincin emas kepada pihak perempuan. Seringkali itu jugalah aku ditanya oleh kawan- kawan yang masih bujang, apakah jenis cincin yang sesuai untuk setiap upacara? Jadi, dalam entry kali ni, aku nak tunjukkan beberapa jenis cincin yang sesuai digunakan. Upacara merisik Up

Yang mana antara 30 lagu akan mara ke Anugerah Juara Lagu ke-39?

Image
Hai semua. Minggu lepas, secara rasminya, senarai 30 buah lagu yang akan bertanding di pentas separuh akhir Muzik Muzik 39 telah pun diumumkan. Acara muzikal rasmi tahunan ini akan dijalankan secara langsung dari Studio Glenmarie, Shah Alam pada 14 dan 15 November 2024 ini. Saingan semakin sengit. Yang manakah antara 30 lagu ini yang akan mara ke pentas Anugerah Juara Lagu 39 nanti?  Secara jujurnya, aku tak pernah sempat mengikuti episod mingguan Muzik Muzik yang ditayangkan di TV3, setiap hari Ahad, jam 12.20 tengah hari. Jadinya, aku agak excited jugak la bila senarai 30 lagu ni keluar. Aku akui, ada lagu yang aku biasa dengar, dan ada juga lagu yang aku kurang familiar. Apa -apapun, inilah senarai 30 lagu yang mara ke Separuh Akhir Muzik Muzik 39. Senarai 30 lagu yang layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 39 ILU - Aepul Roza OMK - Ezra Kairo & Zubir Khan Aura -  Ernie Zakri Tangis - Nabila Razali Risiko - Benzooloo, Ghidd, Meerfly, Tuju & MK K-clique Gelora - Usop Diam