Posts

Showing posts with the label community

Emas dalam adat Melayu: Cincin merisik, tunang dan nikah

Image
Hai semua. Memandangkan kita sudah semakin hampir kepada penghujung 2024, makanya musim kenduri sudah semakin tiba. Ramilah yang akan mengadakan pelbagai jenis kenduri, termasuklah majlis aqiqah, majlis perkahwinan, majlis pertunangan dan sebagainya yang lain. Tapi, untuk topik kali ni, aku nak ajak berborak mengenai emas dalam adat Melayu. Ya, dari upacara merisik hinggalah ke akad nikah, adat Melayu selalunya menggunakan emas sebagai tanda. Dalam adat Melayu kita, untuk sesebuah hubungan itu menuju ke arah perkahwinan, beberapa upacara biasanya dijalankan. Upacara -upacara itu adalah: merisik, meminang dan menikah. Sinonim bagi setiap upacara ini adalah emas, di mana dalam setiap upacara ini, pihak lelaki akan memberi cincin emas kepada pihak perempuan. Seringkali itu jugalah aku ditanya oleh kawan- kawan yang masih bujang, apakah jenis cincin yang sesuai untuk setiap upacara? Jadi, dalam entry kali ni, aku nak tunjukkan beberapa jenis cincin yang sesuai digunakan. Upacara merisik Up...

Anugerah Bintang Popular sah milik Bell Ngasri

Image
Laungan 'Yak Yak Yeah' megah bergema di dalam dewan Istana Budaya malam tadi selepas Bell Ngasri, yang kini juga mesra disapa dengan watak lakonannya, Barkoba, dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular sempena Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35). Bell Ngasri, atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri menyatakan kesyukuran ke hadrat Ilahi serta ucapan terima kasih kepada keluarganya yang sentiasa menjadi tulang belakangnya selama lebih 37 tahun penglibatannya dalam dunia seni. Kredit: Berita Harian Sejujurnya, kemenangan Bell kali ini sememangnya dinantikan oleh ramai pihak, terutamanya selepas Bell kini terkenal dengan watak Barkoba. Rata-rata pengguna di media sosial memberikan kata-kata semangat dan turut menyatakan sokongan mereka terhadap Bell, di bawah salah satu post terbaru beliau di Instagram yang mana menunjukkan adiknya, Datin Anne Ngasri menerima kurnia Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN) daripada Yang di-Pertuan Agong pada hari Khamis lalu. Aku...

Perlu ke menderma darah? Faedah dan Prosedur berkaitan

Image
Aku tahu, ramai antara kita yang masih belum pernah menderma darah walaupun sekali. Baik disebabkan belum berkesempatan, takut jarum mahupun tidak boleh tengok darah, menderma darah ada satu perkara yang baik untuk dilakukan, bukan sahaja kepada diri sendiri, malahan kepada orang lain juga. Tahukah korang bahawa dari sebekas darah yang kita dermakan, kita dapat membantu menyelamatkan tiga nyawa? Malahan, dengan menderma darah, kita dapat mengambil tahu tahap kesihatan kita sama ada di tahap yang baik atau sebaliknya. Jadi, berbalik kepada soalan asal, perlukah kita menderma darah? Apabila kita menderma darah, darah tersebut akan diuji kaji terlebih dahulu untuk memastikan betul pengagihan kumpulannya. Selain itu, ujian darah juga perlu dilakukan bagi memastikan darah yang didermakan bebas daripada sebarang penyakit dan jangkitan virus seperti siflis, hepatitis B dan C, dan juga AIDS. Jika didapati ada keputusan yang mencurigakan, pihak hospital akan menghubungi kembali penderma untuk m...

Senarai Penuh Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan 2023

Image
Akhirnya, pada 9 Disember 2023, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar bin Ibrahim telah pun mengumumkan senarai nama timbalan menteri bagi melengkapi pengumuman anggota jemaah menteri yang kini memenuhi senarai kabinet Malaysia. Jom kita tengok nama-nama yang berkaitan dengan setiap kementerian bagi memudahkan kita ‘menyalurkan’ aduan dan pendapat kita di masa akan datang. Gambar ehsan BHOnline Perdana Menteri - Dato Seri Anwar bin Ibrahim Timbalan Perdana Menteri - Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri - Dato Sri Fadillah bin Yusof Kewangan   Menteri - Dato Seri Anwar bin Ibrahim Timbalan - Ahmad bin Maslan Timbalan - Sim Chee Keong (Steven Sim) Pengangkutan   Menteri - Loke Siew Fook Timbalan - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah Pertanian dan Keterjaminan Makanan Menteri - Mohamad bin Sabu Timbalan - Chan Foong Hin Ekonomi Menteri - Mohd Rafizi bin Ramli Timbalan - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib Pembangunan Kerajaan Tempatan Menteri - Nga Kor Ming Timbalan - Akmal ...

Senarai Lagu mara ke Pentas Akhir AJL 37

Image
Pada 27 November 2022 yang lepas, senarai 12 lagu yang berjaya mara ke Anugerah Juara lagu (AJL) 37 telah diumumkan selepas berakhirnya episod kedua Separuh Akhir Muzik Muzik. AJL 37 yang akan berlangsung pada Februari 2023 nanti menampilkan 5 penyanyi solo wanita, 2 penyanyi solo lelaki dan 5 lagi duo/berkumpulan. Jom kita semak senarai lagu yang bakal berentap di pentas kemuncak Anugerah Juara Lagu 37 nanti. Sengsara - Khai Bahar Komposer : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K Lirik : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K Mainan - Naim Daniel Komposer : Firdaus Rahmat, Omar K & Nas Dewangga Lirik : Arisz Ab Rahman Anugerah Terindah Komposer : Alif Satar, Romeo, Tam Cobain & Efry Arwis Lirik : Alif Satar, Shah Shamsiri & Romeo Nang - Iman Troye Komposer : Ezra Kong & A. Ramle Lirik : Ezra Kong & A. Ramle Bahagiakan Dia - Shila Amzah & Liza Hanim Komposer : Aliff Iskandar Lirik : Aliff Iskandar & Que Afiq Kembali Terang - Marsha Komposer : Semma &...

Comelnya Nursing Room di iOi City Mall, Putrajaya

Image
Sejak dah naik pangkat jadi mak-mak ni, benda pertama yang aku cari bila masuk mana-mana mall adalah nursing room dulu. Bagi aku, paling mudah nak cari nursing room bila masuk AEON Mall sebab mereka memang akan muatkan bilik khas dalam bahagian bayi dan kanak-kanak. Tetapi, dalam banyak-banyak negeri, sememangnya bahagian Lembah Klanglah paling banyak nursing room. Oh ya, berbalik kepada tajuk asal. Nursing room atau baby room di wing baru iOi City Mall, Putrajaya memang comel sangat. Comel dan tenang Menggunakan warna pastel, pihak iOi City Mall tak menggunakan hiasan sarat pun di dalam bilik serbaguna ni. Kedudukan tempat tukar lampin yang tersusun elok di hadapan barisan sinki pun dah cukup memudahkan dan nampak teratur. Di dalam ruangan ini juga turut disediakan mesin water dispenser bagi ibu bapa yang memerlukan. Ruang yang ringkas tapi luas Bagi ibu-ibu yang mahu menyusukan bayi atau mahu mengepam susu badan secara privasi, di dalam ruangan ini juga turut disediakan bilik-bilik k...

Panduan Buka Buku Pink Untuk Ibu Mengandung

Image
Macam yang ramai tahu, terutamanya yang masih setia mengikuti aku di media sosial, aku dah pun selamat naik pangkat menjadi seorang Mama pada bulan Jun yang lepas. Pangalaman mengandung kali pertama ni memang tak boleh nak dilupakan. Segala-galanya kali pertama. Kali pertama buat UPT sampai tiga kali sebab nak dapatkan kepastian. Kali pertama berulang ke klinik setiap dua minggu. Kali pertama rasa ada yang bergerak dalam perut. Tapi, antara semua kali pertama ni, yang paling penting adalah kali pertama buka buku pink. Proses buka buku pink ni sebenarnya adalah proses mendaftar perkembangan kesihatan ibu dan bayi dengan klinik. Buku Pink atau nama sebenarnya Buku Rekod Kesihatan Ibu ni boleh dibuka di klinik kerajaan atau terus ke klinik atau hospital swasta pilihan korang. Tapi, bagi yang nak buka buku pink di klinik kerajaan atau lebih biasa dipanggil klinik kesihatan, ada beberapa dokumen yang perlu korang sediakan. Bila nak buka buku pink? Buku pink biasanya boleh dibuka sebaik saha...

Rawat anemia di rumah ketika mengandung

Image
Anemia adalah satu masalah yang boleh dianggap biasa dalam kalangan wanita mengandung. Hampir 1 daripada 4 orang dari golongan wanita mengandung akan mengalami masalah ini. Ia dapat dikesan dengan ujian darah, di mana bacaan hemoglobin adalah kurang dari 11g/dl . Para ibu yang mengalami anemia ketika kehamilan juga biasanya akan dibahagikan kepada tiga golongan , iaitu risiko rendah, risiko sederhana dan risiko tinggi. Tapi, sebelum kita bincangkan kaedah dan cara untuk merawat anemia, jom kita ambil tahu punca berlakunya masalah ini dan info lain yang perlu kita tahu sebelum kita mahu merawat sendiri masalah anemia ini di rumah. Anemia atau kurang darah merah yang elok dan baik untuk membawa dan membekalkan oksigen ke seluruh tubuh badan serta kepada bayi di dalam kandungan. Masalah ini berpunca dari kurangnya zat besi untuk menghasilkan lebih banyak sel darah merah demi menyokong tumbesaran kandungan di dalam badan kita. Akibatnya, kita akan mudah berasa penat, pening dan mudah mer...

Aturan untuk keluar mengundi

Image
Baru-baru ni, Suruhanjaya Pilihan Raya sudah pun mengumumkan tarikh untuk semua rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk keluar mengundi, iaitu pada 19 November 2022 . Acara kebangsaan ini akhirnya terjadi selepas usul pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah mendapat perkenan daripada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Pengumuman pembubaran ini telah ditayangkan secara langsung pada 10 Oktober 2022. Banyak suara-suara yang telah menyatakan pendapat masing-masing mengenai pengumuman ini. Sebagai rakyat, inilah masanya semua orang memilih ahli yang betul layak sebagai ketua kawasan masing-masing. Sebelum aku tulis satu persatu mengenai aturan sebelum, semasa dan selepas keluar mengundi, pastikan yang korang dah semak maklumat korang dalam database MySPRSemak terlebih dahulu. Korang cuma perlu masukkan nombor kad pengenalan dan segala maklumat mengenai lokaliti, daerah mengundi, DUN dan Parlimen korang a...

Belanjawan 2023: Intipati Penting

Image
Pada 7 Oktober 2023, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Aziz telah membentangkan Belanjawan 2023, yang mana peruntukan kali ini mencecah sehingga RM372.3 bilion berbanding RM332.1 bilion pada tahun 2022. Perbentangan Belanjawan 2023 (Bajet 2023) kali ini disifatkan sebagai 3R: Responsive, Responsible and Reformist. Ayuh kita baca satu persatu.  Bantuan Keluarga Malaysia Sebanyak RM7.8 bilion telah diperuntukkan bagi 8.7 juta penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang mana akan diagihkan mengikut kategori kelayakan masing-masing. Satu kategori baharu telah ditambah berbanding Bajet 2022 dimana boleh disemak seperti berikut: Warga emas tanpa pasangan = RM 600 Bantuan kepada ibu/bapa tunggal dinaikkan kepada RM 3,000 Pendapatan seisi rumah kurang RM 2,500 (1 - 4 orang anak) = RM 1,000 - RM 2,000 Pendapatan seisi rumah kurang RM 2,500 (5 orang anak atau lebih) = RM 2,500 Pendapatan antara RM 2,500 - RM 5,000 = RM 500 - RM 1,250 (bergantung kepada bilangan anak) Subsidi Bil Elektrik...

Skuter Elektronik : Beam vs Tryke | Penggunaan dan Larangan

Image
Hi semua. Salam lebaran diucapkan kepada semua pembaca yang beragama Islam. Diharapkan, walaupun kita sedang dalam fasa PKP ni, sambutan raya semua orang masih meriah walaupun berada di perantauan. Tapi, apa yang Mya nak tulis hari ni, tak ada kaitan langsung dengan raya. Disebabkan ada yang bertanya dan ingin tahu mengenai skuter elektonik ni lepas tengok instagram story Mya sebelum ni, Mya khaskan entry kali ni untuk bercerita tentang dua jenama yang kini mula naik di pasaran skuter elektronik ni, iaitu Beam dan TRYKE . Best sangat ke ride skuter ni? Namun, sebelum kita bercerita lebih jauh mengenai cara penggunaan dua jenama skuter elektrik (e-scooter) ini, Mya nak share dulu serba sedikit mengenai jenama ni sendiri. Keep reading, ya! Macam yang semua orang perasan, pasaran e-scooter kat Malaysia ni belum meluas mana pun. Beam dan Tryke sendiri pun sekarang tengah perlahan-lahan cuba masuk pasaran. Korang boleh nampak e-scooter Beam (warna ungu) ni kat hampir semua pelusuk bandar ra...

Butterfly Project Turns 6 Party: Happy Birthday Butterfly!

Image
Assalamualaikum w.b.t. I am not someone who usually hang out with someone out of my circle of friends, just good enough to meet new people in the name of work and networking. But, having an evening with Butterfly Project Community is enough to proof that there is so much more to this whole world than what’s already there to see. Yet, I am happy and grateful enough to that someone that has given me a chance to enjoy my life to the fullest and made me filled with hope and love. Guest tables' gift from Yves Rocher, Macaron by Madeleine and Blossom Balloon Wow, so much for an intro. Now, let’s take the notch down a bit and re-embrace the evening full of wonderful people and memories. As much as an intro, yes, I seldomly went to any event all by myself. And adding another yes to the question, I did step out of my own boundary and took the chance given to prove to myself that I can do it. Crazy enough. I took a wrong route when I already got to Ritz Perdana area, adding 20 minute...

Gegar gempita AFB FUN DAY di Taj Villa, Ampang

Image
Assalamualaikum w.b.t. Takkan tak gegar, takkan tak gempita kalau dah 16 orang blogger dengan keluarga masing-masing berkumpul untuk program AFB FUN DAY yang dah berlangsung selama tiga hari iaitu dari 13 hingga 15 Julai 2018 di Taj Villa, Taman Zooview, Ampang, kan? Ditambah dengan aktiviti-aktiviti yang sememangnya funnnn~ saja. Memang betul-betul gegar gempitalah Taj Villa berkenaan selama 48 jam tanpa henti. Gegar gempita AFB FUN DAY di Taj Villa, Ampang Tapi sebelum kita bergembira sakan, Mya dan rakan blogger lain sempat menyinggah makan tengah hari di 1Cafe di Kemensah Height. Dah lapar sangat katanya. Nak cari kafe ni pun bukannya susah. Waze sahaja Kemensah Grocer, mesti jumpa. Kami ke sini pun betul-betul lagi beberapa minit menjengah waktu solat Jumaat. Lepas order makanan masing-masing, yang lelaki semuanya ke masjid yang terletak berhadapan dengan kafe dan Kemensah Grocer ni. 1Cafe, Kemensah Height Menu makanan di kafe ni tidak terhad kepada makanan ala Carte...