Gegar gempita AFB FUN DAY di Taj Villa, Ampang

Assalamualaikum w.b.t. Takkan tak gegar, takkan tak gempita kalau dah 16 orang blogger dengan keluarga masing-masing berkumpul untuk program AFB FUN DAY yang dah berlangsung selama tiga hari iaitu dari 13 hingga 15 Julai 2018 di Taj Villa, Taman Zooview, Ampang, kan? Ditambah dengan aktiviti-aktiviti yang sememangnya funnnn~ saja. Memang betul-betul gegar gempitalah Taj Villa berkenaan selama 48 jam tanpa henti.
Gegar gempita AFB FUN DAY di Taj Villa, Ampang
Tapi sebelum kita bergembira sakan, Mya dan rakan blogger lain sempat menyinggah makan tengah hari di 1Cafe di Kemensah Height. Dah lapar sangat katanya. Nak cari kafe ni pun bukannya susah. Waze sahaja Kemensah Grocer, mesti jumpa. Kami ke sini pun betul-betul lagi beberapa minit menjengah waktu solat Jumaat. Lepas order makanan masing-masing, yang lelaki semuanya ke masjid yang terletak berhadapan dengan kafe dan Kemensah Grocer ni.
1Cafe, Kemensah Height
Menu makanan di kafe ni tidak terhad kepada makanan ala Carte Thai sahaja. Disebabkan kafe ini dibuka seawal 8 pagi sehingga 10 malam, ada juga menu untuk sarapan dan minum petang turut dijual. Paling Mya suka sebab ada menu roti titab jugak. Lepas ni, tak payah la Mya bersusah-payah mencari kedai yang ada menjual menu roti titab ni lagi.
Makanan | 1Cafe, Kemensah Height

Anyway, usai solat dan makan, semua balik ke Taj Villa dengan agenda seterusnya, iaitu, membeli belah. Dengan niat makanan disediakan sendiri sepenuhnya, kami pun bergerak ke NSK Wangsa Maju. Terima kasih diucapkan kepada blogger Umi Fuzy yang sudi menjadi pemandu dan tour guide sepanjang ahli AFB berada di Ampang untuk 3 hari 2 malam ni. Kalau nak mengharapkan Mya, memang sesat tak jumpa jalan keluarlah jawabnya.
Ruang Tamu | Taj Villa, Ampang
Taj Villa ni memang terbaiklah. Bayangkan seramai 30 orang blogger termasuk pasangan dan anak-anak berkumpul di bawah satu bumbung, berlari tak ingat dunia, masih, rumah terasa lapang. Nak tidur pun ada 5 bilik yang disediakan, tak termasuk kawasan ruang tamu dan koridor di tingkat atas dan bawah yang turut disediakan sofa empuk. Takde langsung pun segmen berebut katil atau bilik air selama kami berada di rumah ni.

Settle shopping barang dapur, kita terus berkung-fu di dapur. Dengan seliaan blogger Kak Eny dan Papaglamz, menu untuk malam pertama adalah BBQ ayam, udang dan daging. Sampai tersandar kekenyangan semua orang. Memang syok bila memasak beramai-ramai. Dengan meriah bunyi anak-anak yang tengah mandi pool lagi. Mya memang tak join lah untuk hari pertama ni. Sebab jadi runner. Belacan pun boleh jadi papadom bila kalut. Hai lah papadom ku.
Sesi memasak | Taj Villa, Ampang
Sesi memasak | Taj Villa, Ampang
Hari kedua, kita bersenamrobik di dalam pool. Pakat beramai-ramai terjun pool pagi tu macam taknak kalah dengan satu sama lain. Memang meriah la kalau pool besar macam tu. Beramai-ramai terjun pun tak bersesak langsung. Dengan masing-masing tak cukup tingginya. Masuk kolam je kaki menjengket. Kecuali, blogger Mya Rosli yang memang tinggi. Thanks to Kak Eny dan Papaglamz, sekali lagi kami bersarapan mewah dan super sedap. Memang blogger masakan terbaiklah kakak dan abang kami yang berdua ni.
Pool | Taj Villa, Ampang
Aktiviti kami tak berhenti hanya di situ. Menjelang tengah hari, kaum wanita dan Papaglamz masuk dapur dan membantu sebaik mungkin. Sempatlah masing-masing belajar cara memasak dari Kak Eny. Settle makan dan solat, terus ke aktiviti Pakaian Kreatif. Hats off to kumpulan lima dan satu yang sememangnya berfikir secara kreatif dan luar alam. Yang lain pun tak kurang hebatnya. Bayangkan buat party dress dengan surat khabar. Siap berbunga-bunga dan beropol.
Baju apa nak dibuat ni? | Taj Villa, Ampang
Wakanda-in-the-making | Taj Villa, Ampang

blogger Shamiera Osment sebagai mod | Taj Villa, Ampang
Kita sambung meriah dengan aktiviti seterusnya iaitu Body Language. Yang ni Mya memang kagum dengan semua orang. Klu pelik-pelik pun boleh teka dengan mudah. Paling suka kalau Cik EN dengan Kak Syu yang bagi klu. Tapi takpelah. Ni Mya ada share sikit gambar sekitar aktiviti. Cuba teka sendiri ye.

Segmen paling meriah | Taj Villa, Ampang
Apa tu agaknya? | Taj Villa, Ampang
Something special ahead. Kendurian night is on! Thanks to Papadom-ku (haa... tukar nama lagilah kau lepas ni ye Pokcik...) yang tolong borongkan durian walaupun dia sendiri tak makan. Alert! Gambar-gambar berikut mungkin membuatkan awak pun nak serbu kedai jual durian sesegera mungkin.
Kendurian | Taj Villa, Ampang
Nyumnyum! | Taj Villa, Ampang
Gosip apa tu cik Akin | Taj Villa, Ampang
Anyway, thanks to semua blogger yang turut serta dalam AFB Fun Day tahun ni. Tahun depan insyaAllah kita akan berjumpa lagi. Thanks juga buat organizer, iaitu AFB Network yang banyak bersusah payah untuk menyatukan semua blogger yang ada di bawah satu bumbung. Buat kakak-kakak, abang-abang dan adik-adik yang sama-sama memeriahkan majlis, I love you all to the moon and back.

Comments

  1. Wahhh seronoknya. Happening betul

    ReplyDelete
  2. Aumm.. Memori yang takkan pernah terpadam. #Rindu

    ReplyDelete
  3. Singgah sekejap pun dah rasa syok sangat belum 3 Hari 2 malam.

    Haih kempunan nak makan BBQ

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality