Posts

Showing posts from February, 2020

Belasungkawa buat Semua yang Telah Pergi

Image
Assalamualaikum w.b.t. Dalam tidak sedar, sudah masuk kita ke hari 51 dalam tahun 2020. Dalam kegembiraan dan kesukaan kita, banyak juga berita duka yang kita dengar. Antaranya adalah kebakaran hutan di tanah besar Australia dan penularan wabak Covid-19 atau lebih dikenali sebagai Coronavirus. Berita-berita menggempar dunia dan membuatkan seluruh pelusuk dunia terkesan dengannya. Namun, dalam kekalutan ini, Malaysia sendiri digemparkan dengan pemergian insan-insan yang amat besar baktinya pada masyarakat. Selepas berita kehilangan insan tersayang yang dilalui oleh kami sendiri, Malaysia digemparkan dengan pemergian pengarah muzik terkenal, Allahyarham Lok-U atau nama sebenarnya, Faizal Uzir yang sesak nafas selepas bersenam lebih kurang jam 10.15 pagi pada 22 Januari yang lalu. Allahyarham juga dikatakan seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat. Belumpun sebulan berlalu, Allahyarham Syed Umar Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey dalam kalangan teman seindustri dan

Apa cerita dengan Queen Elizabeth II?

Image
Assalamualaikum and salam hari jumaat semua. Semoga yang baik-baik sahaja untuk semua. Entah kenapa, Mya terasa nak share dengan semua beberapa fakta menarik mengenai Queen Elizabeth II yang sekarang ini masih lagi menduduki takhta tertinggi Britain di saat usianya yang makin bertambah. Mungkin ada yang akan tertanya, kenapa nak bercerita mengenai Queen Elizabeth II? Well there is no reason for not to be. Even the royal family members are fun to be watched.  Bagi yang tak tahu, Queen Elizabeth II mula menduduki takhta sejak tahun 1953, selepas kemangkatan ayahandanya, menjadikannya sebagai salah satu pemerintah terlama dalam sejarah. Ditabalkan ketika meningkat dewasa, Queen Elizabeth II telah berkahwin dengan Prince Philip yang merupakan ahli keluarga diraja Denmark yang telah membuang gelarannya sebelum menjadi warga Britain yang kemudiannya menerima gelaran 'Duke of Edinburgh'. Hmm...tiba-tiba rasa bertuah tak dilahirkan dalam keluarga diraja. Sis pening. Etika