Posts

Showing posts with the label resepi

Cara buat Kimchi yang mudah dan ringkas

Image
Sebelum aku jumpa resepi kimchi yang aku guna ni, aku selalu jumpa resepi yang susah nak buat, atau pun menggunakan bahan yang terlalu banyak. Padahal, tak sampai sepuluh bahan pun diperlukan sebenarnya. Bila ada kimchi ni, ada banyak masakan lain yang boleh cuba dimasak. Contohnya kimchi jjigae, kimchi bokkeumbab dan kimchi jeon. Bila buat kimchi sendiri, kita tau tahap kesegarannya. Maka, jomlah aku kongsikan cara membuat kimchi yang mudah, ringkas dan sedap.  Bahan bahan yang diperlukan untuk buat Kimchi: Kobis panjang Kucai Serbuk Cili Garam Kasar Gula Bawang Putih Kisar Sos Ikan Air Cara membuat Kimchi: Belah kobis panjang yang dah dibersihkan kepada 4 bahagian. Potong setiap bahagian tadi kepada saiz mudah makan. Aku potong pendek sikit dari panjang ibu jari aku.  Ratakan satu bahagian kobis dalam mangkuk besar, taburkan rata garam kasar. Kemudian, masukkan lagi satu bahagian kobis, taburkan rata garam sekali lagi. Ulang lapisan by lapisan sampai habis kobis. Masukkan se...

Resepi Mudah Sundubu Jjigae

Image
Hai semua. Ada tak antara korang yang suka makan makanan dari Korea Selatan macam aku? I have to admit yang aku paling suka makan jjigae. Tak kisahlah jjigae apa. Aku pernah cuba masak resepi sundubu jjigae sebelum ni. Tapi bila aku ikut resepi tu, macam ada yang tak kena. Tapi! Akhirnya aku dah jumpa resepi mudah yang memang confirm korang rasa macam boleh ulang masak sendiri je banyak kali lepas ni. So, jom aku kongsikan resepi mudah untuk memasak Sundubu Jjigae ni. First, jom tengok senarai bahan yang diperlukan. Resepi ni pun tak perlu menggunakan gochujang tau, which bagi aku rugi untuk dibeli sebab bukan selalu pun mood nak makan makanan Korea tu datang kan? Lainlah kalau memang pakai hari-hari. Bahan-bahannya adalah:  1/4 Bawang Holland  Green Onion  Daging Kisar  3 sudu Serbuk cili  2 cawan Air  2 sudu Bawang Putih Kisar  3 sudu Kicap Masin  2 sudu Sos ikan  Cendawan  2 Ketul Taufu Lembut  Telur  Black Pepper & Cili...

Resepi Terung masak Tumis

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Hari ini dah masuk hari ketujuh kita berpuasa dalam bulan mulia bulan Ramadhan yang penuh barakah ni. Jadi, macam mana performance korang hingga ke hari ni? Untuk Mya pulak, alhamdulillah. Berjaya dihadapi dengan keadaan bersederhana *sebab dah nak hujung bulan* Anyway, untuk enam hari lepas, ada beberapa hari jugak Mya berpeluang untuk masak sendiri hidangan berbuka di rumah. Lauk pun biasa-biasa saje. Almaklumlah. Hidup bujang berseorangan. Tapi, untuk hari ni, Mya nak kongsi resepi terung masak tumis cara Mya. Lain orang mungkin lain caranya. Anggaplah ini cara terung masak tumis cara anak dara tak berapa rajin. Tapi, seriously, memang nice sangat buat makan dengan nasi panas-panas *mohon tahan air liur tu* Cara masakannya mudah serba-serbi. For a fact, Mya ni sejenis yang tak suka memasak pakai sukatan. Jadi, Mya main agak-agak je semua bahan yang nak digunakan untuk memasak. Yang penting menjadi dan menyelerakan. Tapi rasanya, awak boleh ag...

Resepi Sotong Goreng Kunyit Cili Padi

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Resepi yang Mya nak share hari ni simple je sebenarnya. Almaklumlah, orang bujang la katakan. Masak pun untuk makan sendiri je. Sotong tu pun kebetulan Mya beli buat simpanan kalau-kalau mood nak makan seafood muncul tiba-tiba. Fikir punya fikir, terasa nak makan Sotong Goreng Kunyit Cili Padi pulak. Jadinya, Mya geledah dapur, tengok bahan-bahan yang ada cukup ke tidak. Taraa... maka siaplah Sotong Goreng Kunyit Cili Padi cara Mya. Resepi Sotong Goreng Kunyit Cili Padi Resepi Sotong Goreng Kunyit Cili Padi Bahan-bahan: Sotong Minyak (dua sudu besar) Bawang kecil Bawang putih Cili Padi (sesuka hati) Sos tiram Air (untuk kuah) Gula / Garam / MSG  Cara Memasak: Bersihkan sotong dan perapkan dengan kunyit dan garam secukupnya. Biarkan sekejap sementara memotong bawang dan cili padi. Untuk lebih rasa, potongkan cili padi secara menyerong.  Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga naik bau. Masukkan sedikit s...

Resepi Sambal Udang Petai

Image
Alang-alang dah ada kesempatan nak update ni, Mya nak share jugaklah resepi berbuka Mya semalam. Iaitu , sambal udang. Mya ni sebenarnya gilakan sambal udang petai. Tapi sebab cari punya cari kat pasar tani *dua tiga kali pusing* tapi tak jumpa petai, Mya balik jelah dengan perasaan hampa. Anyway, tak ada petai, kita buat saje sambal petai tanpa petai.  Kurang sikitlah umphh! dia. Anyway, resepi sambal udang ni pun tak adalah luar biasa sampai sedap kalah orang-orang yang dah lebih berpengalaman memasak sampai bertahun. Tapi, untuk anak-anak dara yang jarang masuk dapur tu, sila-silalah mencuba. Mudah sangat. Boleh pilih nak guna cili kering atau cili boh. Mya akan senaraikan cara memasak sambal udang petai untuk kedua-dua pilihan bahan. Resepi Sambal Udang Petai Bagi yang mahu menggunakan cili kering , ambil lebih kurang segenggam dan potongkan kepada beberapa bahagian. Kemudian, rendamkan dalam air panas sehingga nampak kembang. Senang cerita, biarkan sampai air dah bera...

Resipi Bendi Goreng Belacan

Image
Bila awak seorang anak dara yang nak berjimat-cermat dan tahu nafsu diri sendiri bila pergi ke bazar Ramadhan *yang suka membazir* adalah lebih baik memasak sendiri di rumah. Resepi bendi goreng belacan yang Mya nak share ni pun bukan susah mana nak dimasak. Bahan-bahan pun simple sangat. Ceritanya, kebetulan masa ke Pasar Tani pada pagi Sabtu lepas Mya ternampak ada gerai yang menjual kacang bendi ni. Jadi, Mya dengan rajinnya membeli. Kononnya, dah lama sangat tak makan ulaman ni. Maka, tercetuslah idea nak masak bendi goreng belacan. Resipi Bendi Goreng Belacan Bahan-bahan: Bendi *potong serong Cili Api Hijau *boleh campurkan dengan yang merah Belacan Bawang Merah Garam / MSG Cili Merah *optional Fishball belah empat *optional Telur *optional Bahan-bahan | Resepi Bendi Goreng Belacan Cara: Tumbukkan cili api, belacan dan bawang sehingga lumat. Tumiskan bahan yang sudah ditumbuk tadi hingga naik bau. Tuang suku cawan air untuk membuat k...