Resepi Sambal Udang Petai

Alang-alang dah ada kesempatan nak update ni, Mya nak share jugaklah resepi berbuka Mya semalam. Iaitu , sambal udang. Mya ni sebenarnya gilakan sambal udang petai. Tapi sebab cari punya cari kat pasar tani *dua tiga kali pusing* tapi tak jumpa petai, Mya balik jelah dengan perasaan hampa. Anyway, tak ada petai, kita buat saje sambal petai tanpa petai.  Kurang sikitlah umphh! dia. Anyway, resepi sambal udang ni pun tak adalah luar biasa sampai sedap kalah orang-orang yang dah lebih berpengalaman memasak sampai bertahun. Tapi, untuk anak-anak dara yang jarang masuk dapur tu, sila-silalah mencuba. Mudah sangat. Boleh pilih nak guna cili kering atau cili boh. Mya akan senaraikan cara memasak sambal udang petai untuk kedua-dua pilihan bahan.

Resepi Sambal Udang Petai


Bagi yang mahu menggunakan cili kering, ambil lebih kurang segenggam dan potongkan kepada beberapa bahagian. Kemudian, rendamkan dalam air panas sehingga nampak kembang. Senang cerita, biarkan sampai air dah beransur sejuk, barulah diblender. Bagi yang mahu menggunakan cili boh, mudah sangat. Cuma perlu sediakan lebih kurang 3 ke 4 sudu makan cili boh sahaja. Bajet ikut banyak mana udang dan petai akan digunakan.

Okey, jom kita tengok senarai bahan lain yang diperlukan
untuk memasak sambal udang petai ni.

Bawang merah / Bawang putih
*diblender dgn cili kering atau potong halus jika guna cili boh*
Air asam jawa *Secukup rasa*
Udang *Ikut suka*
Petai *Ikut suka*
Sos Tiram *Optional*
Garam & Gula *Secukup rasa*

Resepi sambal udang petai

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah diblender, iaitu cili kering, bawang putih dan bawang merah. Kacau sehingga naik bau.
Jika anda menggunakan cili boh pula, tumis dahulu bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan cili boh.

Masukkan air asam jawa secukupnya.
Kacau lagi hingga sebati.

Mya suka menambah sos tiram dalam masakan sambal.
Jadi Mya masukkan satu sudu sos tiram dan kacau lagi hingga sebati.

Biarkan sekejap dalam api rendah sehingga pecah minyak.

Masukkan pula udang dan petai,
gaul rata sehingga semua udang dan petai sebati dengan sambal.

Comments

  1. Buka puasa nanti nak buat la...

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
  2. Tak pernah bubuh lagi sos tiram dalam sambal.. Nanti boleh la try..

    ReplyDelete
  3. huh sedapnyeee udang tu mya.. Adehhh.. Kenapa pepagi kene hadap gambar sedap ni.. hahaha

    ReplyDelete
  4. Alamak sedapnya nampak gambar sambal udang ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

'The Best Gift' : Hadiah Rain buat isteri

Comelnya Nursing Room di iOi City Mall, Putrajaya

Experimentasi menyelerakan di The Buzz Cafe, Premiere Hotel, Klang