Posts

Showing posts from June, 2017

Biskut raya yang paling dinanti

Image
Siapa kat sini yang masih bermood raya? Of courselah. Raya kan sebulan. Dah masuk kerja pun Mya masih bermood raya ni. Bukan apa. Biskut raya yang paling dinanti setiap tahun masih tak sampai ke dalam perut ni. Amboi Mya. Beria-ia sangat ni. Sebab sejenis biskut raya je sampai buat entri. Mestilah. Sebab biskut raya yang paling dinanti ni hanya makcik Mya je boleh buat kena dengan tekak Mya dan ayah. Biskut apa? Biskut Makmur nama dia. biskut raya yang paling dinanti | sumber gambar : google Biskut raya yang paling dinanti : Biskut Makmur Setakat biskut makmur, kat mana-mana pun ada dijual, kan? Tapi, tak akan pernah sama resepi tradisional dan resepi yang dah divariasikan. Bentuk biskut makmur pun dah berubah. Ada yang bujurlah, bentuk daunlah dan bentuk macam-macam lagi. Siap ada yang variasikan rasa lagi tu. Mya pernah jumpa yang berperisa pandan *airmataku menitis di pipi* Tak salah pun nak variasikan rasa dan rupa. Cuma nilai tradisional tu dah tak ada. Mya sukaka

Kisah duit raya lima kupang

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam 29 Ramadhan kepada semua. Insya-Allah, hari ni merupakan hari terakhir kita menjalankan ibadah puasa. Semoga semuanya baik seperti yang diharapkan. Ada yang masih on the road, dalam perjalanan balik ke kampung ke tu? Merisik khabar dari berita trafik, masih berjuta kereta di atas jalan hingga ke saat ni. Moga semuanya bertabah. Apa kata sambil-sambil tu kita kenang balik zaman beraya muda mudi dulu? Dengan kisah baju rayanya, kisah duit rayanya, kisah saudara mara sepupu sepapat dan banyak lagi. Tapi, untuk entri yang ni, Mya nak kongsi sikit kisah duit raya masa Mya masih kecil dulu.  Kisah Duit Raya Lima Kupang Mya dari kecil lagi suka balik ke kampung belah sepupu my dad di Pulau Tiga. Memang tiap tahun kena balik. Kalau tak balik tu, rasa macam tak lengkap raya. Both Mya and Cik Lyn *my closest cousin* pun rasa macam tu. Tapi, matlamat kami lain-lain la. Masa kecil-kecil dulu memang kepala ingat duit raya je. Sebab bila balik kampung di Pula

Lepak Chill di TAPAK Urban Dining Street

Image
Tengok tajuk pun dah tahu apa yang Mya buat pada hujung minggu lepas kan? Tambah-tambah lagi awak-awak yang ada follow instagram Mya. Tak habis-habis Mya asyik berkongsi gambar dengan kawan-kawan seDiploma dulu yang Mya dah anggap macam keluarga sendiri. Kami memang sangat rapat dengan satu sama lain, sampaikan lepak dengan family pun sempoi je. Okey. Ini bukan entri nak cerita pasal kami punya friendship. Ini entry nak cerita pasal tempat bernama TAPAK Urban Dining Street ni. Masa Mya ajak kawan-kawan pergi sana lepas berbuka hari tu, ramai yang tersalah dengan SETAPAK. Jenuh jugak nak ulang nama penuh TAPAK Urban Dining Street dua tiga kali, siap bagitahu landmark terdekat dan sebagainya.  Lepak Chill di TAPAK Urban Dining Street TAPAK Urban Dining Street Bagi yang tak pernah dengar atau tak tahu pasal TAPAK Urban Dining Street ni, tempat ni merupakan kawasan makan yang gunakan style open   foodtruck chilling area. Mya taklah mengira dengan tempat, tapi rasanya ada lebi

[LYRICS] Symphony - Clean Bandit ft Zara Larsson

Image
[LYRICS] Symphony - Clean Bandit ft Zara Larsson [LYRICS] Symphony - Clean Bandit ft Zara Larsson Lyrics Symphony Clean Bandit ft Zara Larsson I've been hearing symphonies Before all I heard was silence A rhapsody for you and me And every melody is timeless Life was stringing me along Then you came and you cut me loose Was solo singing on my own Now I can't find the key without you And now your song is on repeat And I'm dancin' on to your heartbeat And when you're gone, I feel incomplete So if you want the truth I just wanna be part of your symphony Will you hold me tight and not let go? Symphony Like a love song on the radio Will you hold me tight and not let go? I'm sorry if it's all too much Every day you're here, I'm healing And I was runnin' out of luck I never thought I'd find this feeling 'Cause I've been hearing symphonies Before all I heard was silence A rhapsody fo

Tips Dekorasi Rumah menjelang Hari Raya

Image
Sedar tak sedar, hari ni dah masuk hari ketiga belas kita berpuasa. Tinggal separuh bulan sahaja lagi sebelum kita aakan bergerak meninggalkan bulan penuh keberkatan ini dan menyambut Syawal. Masa ni lah kita mula mengemas dan mencantikkan rumah dan diri sendiri. Teringat masa belum bekerja dulu, pada waktu  begini, tugas Mya adalah memanjat tangga dan menggantikan langsir. Selalunya Mya dan mama akan bertukar tips dekorasi rumah sambil membeli-belah di pasaraya. Cerita pasal bekas juadah, susunan di atas meja, lapik meja dan sebagainya. So, hari ni, Mya nak kongsi sedikit tips dekorasi rumah sempena hari raya yang bukan sahaja mencantikkan, malah membuatkan rumah lebih teratur. Tips Dekorasi Rumah Tips Dekorasi Rumah menjelang Aidilfitri Selalunya, bila hari raya, ada masanya ramai tetamu datang serentak pada masa yang sama. Mungkin untuk open house atau sebagai tempat berkumpul saudara mara, sepupu sepapat, dua pupu tiga pupu and the list go on. Jadi macam man

Resepi Sambal Udang Petai

Image
Alang-alang dah ada kesempatan nak update ni, Mya nak share jugaklah resepi berbuka Mya semalam. Iaitu , sambal udang. Mya ni sebenarnya gilakan sambal udang petai. Tapi sebab cari punya cari kat pasar tani *dua tiga kali pusing* tapi tak jumpa petai, Mya balik jelah dengan perasaan hampa. Anyway, tak ada petai, kita buat saje sambal petai tanpa petai.  Kurang sikitlah umphh! dia. Anyway, resepi sambal udang ni pun tak adalah luar biasa sampai sedap kalah orang-orang yang dah lebih berpengalaman memasak sampai bertahun. Tapi, untuk anak-anak dara yang jarang masuk dapur tu, sila-silalah mencuba. Mudah sangat. Boleh pilih nak guna cili kering atau cili boh. Mya akan senaraikan cara memasak sambal udang petai untuk kedua-dua pilihan bahan. Resepi Sambal Udang Petai Bagi yang mahu menggunakan cili kering , ambil lebih kurang segenggam dan potongkan kepada beberapa bahagian. Kemudian, rendamkan dalam air panas sehingga nampak kembang. Senang cerita, biarkan sampai air dah beransur

Resipi Bendi Goreng Belacan

Image
Bila awak seorang anak dara yang nak berjimat-cermat dan tahu nafsu diri sendiri bila pergi ke bazar Ramadhan *yang suka membazir* adalah lebih baik memasak sendiri di rumah. Resepi bendi goreng belacan yang Mya nak share ni pun bukan susah mana nak dimasak. Bahan-bahan pun simple sangat. Ceritanya, kebetulan masa ke Pasar Tani pada pagi Sabtu lepas Mya ternampak ada gerai yang menjual kacang bendi ni. Jadi, Mya dengan rajinnya membeli. Kononnya, dah lama sangat tak makan ulaman ni. Maka, tercetuslah idea nak masak bendi goreng belacan. Resipi Bendi Goreng Belacan Bahan-bahan: Bendi *potong serong Cili Api Hijau *boleh campurkan dengan yang merah Belacan Bawang Merah Garam / MSG Cili Merah *optional Fishball belah empat *optional Telur *optional Bahan-bahan | Resepi Bendi Goreng Belacan Cara: Tumbukkan cili api, belacan dan bawang sehingga lumat. Tumiskan bahan yang sudah ditumbuk tadi hingga naik bau. Tuang suku cawan air untuk membuat k