Tips Dekorasi Rumah menjelang Hari Raya
Sedar tak sedar, hari ni dah masuk hari ketiga belas kita berpuasa. Tinggal separuh bulan sahaja lagi sebelum kita aakan bergerak meninggalkan bulan penuh keberkatan ini dan menyambut Syawal. Masa ni lah kita mula mengemas dan mencantikkan rumah dan diri sendiri. Teringat masa belum bekerja dulu, pada waktu begini, tugas Mya adalah memanjat tangga dan menggantikan langsir. Selalunya Mya dan mama akan bertukar tips dekorasi rumah sambil membeli-belah di pasaraya. Cerita pasal bekas juadah, susunan di atas meja, lapik meja dan sebagainya. So, hari ni, Mya nak kongsi sedikit tips dekorasi rumah sempena hari raya yang bukan sahaja mencantikkan, malah membuatkan rumah lebih teratur.
Tips Dekorasi Rumah |
Tips Dekorasi Rumah menjelang Aidilfitri
Selalunya, bila hari raya, ada masanya ramai tetamu datang serentak pada masa yang sama. Mungkin untuk open house atau sebagai tempat berkumpul saudara mara, sepupu sepapat, dua pupu tiga pupu and the list go on. Jadi macam mana kita nak buatkan ruang rumah yang sempit nampak lebih luas dan kemas? Caranya mudah. Cari perabot pelbagai fungsi. Contohnya macam this one storage cabinet yang Mya jumpa dalam laman web Lazada sempena Riang Ria Raya 2017 ni. Bukan sekadar berfungsi untuk menyimpan barang, awak juga boleh gunakan ia sebagai meja untuk menghidangkan juadah hari raya kepada tetamu. Sangat recomended untuk ambil warna cerah atau ptih kalau rumah awak menggunakan base warna yang sama.
Storage Cabinet | Tips Dekorasi Rumah menjelang Hari Raya |
Itu kalau masalah ruang rumah terhad. Macam mana pula kalau ruang rumah awak luas sampaikan budak-budak jadi gatal kaki nak berlari? Tak perlu ambil contoh jauh. Ruang hall rumah Mya sahaja sudah cukup luas untuk menjadi gelanggang futsal anak-anak sepupu yang nakal-nakal tu. Jadi, bagaimana Mya solve masalah ni? Mudah. Bila besar atau luas, kita kecilkan pula. This is how I solve my problem. Basically, awak cuma perlu cari satu hall divider yang sesuai. Tapi, Mya sangat sukakan Flabber Hall Divider yang ada dalam promosi Marhaban Ya Ramadan yang dianjurkan Lazada ni. Lebih moden dan mampu menaikkan seri rumah.
Hall Divider | Tips Dekorasi Rumah menjelang Hari Raya |
So, ini sebahagian dari tips mudah untuk menghias dan mengemas rumah sempena Aidilfitri sebenarnya. Sebab, selain kita nak rumah kita nampak cantik, kita juga mahukan rumah yang kemas dan selesa untuk dihadiri tetamu. Barulah hari raya jadi lebih meriah, kan? Anyway, raya tu raya jugak. Puasa masih panjang lagi. Semoga kita sempat mengumpul keberkatan dan pahala yang berganda dalam hari yang masih berbaki ini.
suka deko-deko ni..kalau akak, suka yang simple tapi menarik...
ReplyDeletebetul budak kalau tempat luas mula depa nak berpesta...good luck
ReplyDeleteKinah suka nak deko deko ni. Tapi tengah ada anak kecik ni kena pendamkan dulu hasrat tu huhu
ReplyDeletetak sempat nak deco lagi untuk raya..huhu
ReplyDeleteBestlah deco2 rumah
ReplyDeleteRasa seronok dan puas kan bila dapat deco rumah.. =)
ReplyDeleteAdehh akak bab deko ni tak berapa nk maju kedepan.. hehehe
ReplyDelete