Posts

Showing posts from September, 2017

[LYRICS] New Rules - Dua Lipa

Image
Lyrics New Rules - Dua Lipa | Lyrics New Rules - Dua Lipa New Rules - Dua Lipa Talkin' in my sleep at night, makin' myself crazy (Out of my mind, out of my mind) Wrote it down and read it out, hopin' it would save me (Too many times, too many times) My love, he makes me feel like nobody else, nobody else But my love, he doesn't love me, so I tell myself, I tell myself One, Don't pick up the phone You know he's only callin' 'cause he's drunk and alone Two, Don't let him in You'll have to kick him out again Three, Don't be his friend You know you're gonna wake up in his bed in the morning And if you're under him, you ain't gettin' over him I got new rules, I count 'em I got new rules, I count 'em I gotta tell them to myself I got new rules, I count 'em I gotta tell them to myself I keep pushin' forwards, but he keeps pullin' me backwards (Nowhere to turn,

Buang aura negatif dengan 'Kaizen'

Image
Assalamualaikum w.b.t. Isnin dah berlalu pergi. Selasa juga sudah berganti hari. Tapi masih rasa malas dan tak bermaya untuk buat kerja hari ni? So, Mya nak kongsi sikit kaedah Kaizen yang sebenarnya diperkenalkan di Jepun. Well, siapa saje yang tak rasa mudah hilang semangat bila kerja tiba-tiba datang menerpa, ataupun tugasan yang perlu dilakukan tu umpama beratur dari Perlis ke Johor, kan? Tapi dengan kaedah Kaizen atau prinsip satu minit ni, kita boleh jadi lebih bersemangat dan lebih produktif. Buang aura negatif dengan 'Kaizen' Perkataan Kaizen sendiri terdiri daripada dua perkataan Jepun, iaitu Kai (ubah) dan Zen (bijak). Perkataan ini sebenarnya membawa maksud secara  menyeluruhnya adalah melakukan sesuatu perubahan dengan bijak, iaitu secara perlahan-lahan dan berkesan. Betul atau tidak bila Mya katakan yang apabila kita ada terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan, kita jadi lemah atau tidak bersemangat untuk melakukannya? Ini disebabkan oleh kita mula ras

[e-Novel] Anak Angkat Mama Bab 19

Image
ELOK SAHAJA NIA HENDAK KELUAR , namanya dipanggil si kakak yang muncul dari pintu dapur dengan dulang berisi sepinggan cucur bilis dan tiga cawan teh susu di tangan. Terus terhenti niatnya hendak menyarung selipar. Kakak ni macam tahu-tahu je aku nak keluar. Baru berniat nak seludup anak-anaknya ke kedai Ah Seng hujung jalan sana tu. “Nia nak ke mana tu?” Encik Rahim yang sedia bersila di atas pangkin menegur.  Asal ditanya, jawabnya bosan. Tup-tup, sedar-sedar sahaja, Myvinya sudah hilang di garaj. Tapi, dia tahu Nia tidak ke mana-mana. Pusing-pusing kampung sambil melawat saudara-mara yang tinggal berhampiran sahaja. Jika ke bandar, Nia pasti meminta izinnya terlebih dahulu. “Nak bawa budak-budak ni ke kedai. Nampak bosan je terperap dalam rumah.” Nia tersengih sendiri. Selamba dia ‘menjual’ nama anak-anak buahnya yang dipaksa keluar mengekorinya tadi. Itu pun selepas puas dia mendesak dan berjanji akan memberikan apa yang dimahukan mereka, barulah mereka bersetuju.

Hadiah istimewa bermula di Printcious.com

Image
Assalamualaikum w.b.t. Harap masih tak terlewat Mya nak ucap Salam Awal Muharram kepada awak semua. Semoga tahun yang mendatang ni mampu membawa kita menjadi insan yang lebih baik dari yang sebelumnya. Sebenarnya, tadi Mya tengah tengok-tengok satu website untuk customized  hadiah untuk yang tersayang. Macam kena pulak dengan tagline-nya,  Printcious.com- Precious gifts from your heart;  Mya memang tengah cari satu hadiah yang Mya boleh personalised -kan sendiri. Risik-risik dengan pakcik Google, terjumpalah Printcious.com ni. Mya sebenarnya tengah dok usha hadiah untuk anak kawan Mya yang bakal lahir lebih kurang penghujung Oktoer ataupun awal November nanti. Masa pusing-pusing kat GM Klang dengan mama hari tu pun dah ternampak satu romper yang ada tulisan yang super cute. Tapi, hati Mya tak berapa berkenan dengan ayat-nya. Sebab tulah Mya buat keputusan untuk cari romper lain yang lebih menarik dan sesuai online. Fikir punya fikir, a thought crossed my mind.  Kenapa tak p

Warna lip matte dalam jenama berbeza

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Hari ni Mya nak share sikit panduan warna lip matte dalam beberapa jenama berbeza yang Mya dapat dari Facebook Page The Beauty Hack HQ ni. Mya tahu ramai yang pernah hadapi keadaan yang sama macam Mya dan kakak alami dua minggu lepas. Yang mana, bila kakak cuba nak cari warna lip matte yang sama macam Mya pakai,dia tak tahu code sebenar warna tu dalam jenama yang lain. So, hari ni Mya nak share benda ni, supaya awak tak hadapi masalah yang sama macam yang Mya alami. Code warna lip matte dalam jenama berbeza Mungkin ada antaranya yang nampak berbeza dengan satu sama lain, walaupun berada dalam code yang sama. Mungkin faktor bekas ataupun pencahayaan. Tapi, Mya harap yang entri ringkas pagi ni dapat bantu awak yang mungkin sedang tertanya-tanya macam Mya tempoh hari. Oh ya. Mungkin juga boleh dijadikan panduan untuk awak yang tertanya-tanya warna lip matte yang sesuai dengan kulit wajah. Sekian.

Berehat seketika di Pulau Santap, Janda Baik

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Rindu rasanya nak menulis entri. Busy sangat untuk sebulan dua ni sebab nak close projek dalam pertengahan bulan Oktober nanti. Faham-fahamlah kalau jadi programmer ni, jadual hidup pun bukan teratur sangat. Anyway, dalam jadual hiruk-pikuk tu, Mya tak nak lepaskan peluang bercuti sekejap dengan kawan-kawan rapat Mya. hampir sebulan juga merancang nak bercuti di Janda Baik ni. Nasib baiklah rancangan tu menjadi. Thanks to my bestfriends yang banyak membantu menjayakan idea ni. Janda Baik akhirnya berjaya ditawan. Sebenarnya nama kawasan ni Riverside. Mya tak pastilah sama ada namanya bertukar atau gelaran lain bagi kawasan ini sebenarnya. Tapi, bila kawan Mya beritahu yang dia dan kawan-kawan lain berkelah di Pulau Santap ni dalam bulan Ogos yang lepas, Mya terus ajak geng lepak kat sini. Tengok pipi masing-masing pun dah boleh agak apa nama geng kami, kan? Okey, berbalik kepada topik asal. Kalau awak pun teringin nak melepak mandi sungai di Janda

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

Image
Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu. Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantiketuntukmati dan erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki mejelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau. Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah. Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa  #cancerbukan

[LIRIK] Senorita - Syamsul Yusof, Syuib & Dato' AC Mizal (OST Abang Long Fadil 2)

Image
[LIRIK] Senorita - Syamsul Yusof, Syuib & Dato' AC Mizal (OST Abang Long Fadil 2) [LIRIK] Senorita - Syamsul Yusof, Syuib & Dato' AC Mizal (OST Abang Long Fadil 2) [LIRIK] Senorita - Syamsul Yusof, Syuib & Dato' AC Mizal (OST Abang Long Fadil 2) Kau buat aku terpana, Kau buatKu hilang kata, Kau buat tidur tak lena sampai nak naik gila, Mandiku rasa tak basah Demamku tak kebah-kebah, Jangan kau biarku rebah, Ku mahu terus gagah. Degup jantungku palpitasi, Cepu mindaku halusinasi, Mari kesini marilah oh Senorita Degup jantungku palpitasi, Cepu mindaku halusinasi, Mari kesini marilah oh Senorita Bagaikan bidadari dari syurga. Kadang2 aku panggil kamu senorita. Panggilan manja untuk buat kau suka Jatuh cinta mamacita! Dia tidak pandang Evo, Lambo  dia cuma cari yg jujur abg tak poyo. Yeah cintanya bagai letrik  bukan egosentrik dia suka picnic  pakai lipstik filem klasik  memang hotchick. Uh,fabolous m

Selesa dan bahagia bermalam di Hote123, Pudu

Image
Assalamualaikum w.b.t. Amboi tajuk macam tak nak kalah, kan? Kalau setakat selesa tu, memang boleh terima lagi. Siap ada perkataan bahagia lagi tu. Memang bahagialah bila bercuti berenam dan kita boleh sumbat semua sekali dalam satu bilik je. Tak payah nak susah-susah ambil dua bilik. Tapi, kat mana Hote123 ni? Macam mana Mya boleh bermalam kat Hote123 ni? Apa yang Mya buat dekat Pudu? Selesa dan bahagia bermalam di Hote123, Pudu Sebenarnya, Mya habiskan cuti tambahan yang diberikan Perdana Menteri kita dengan mengajak sepupu dan makcik Mya ke GM Klang dan IKEA Cheras. Jadinya, bila sedar yang hari dah makin lewat, Mya terus ajak my mom cari mana-mana hotel berdekatan dengan harga yang terbaik. Accidentally, my daddy dah sedia berhenti depan Hote123 ni. Jadi, Mya dengan muka tak ada perasaannya, masuk ke dalam. Expectation Mya tak tinggi pun. Cuma mengharap ada satu bilik yang besar dengan harga yang bersesuaian je. Bila dua bilik ni, banyak juga pro dan contras-nya. Tapi, Mya