Berehat seketika di Pulau Santap, Janda Baik

Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Rindu rasanya nak menulis entri. Busy sangat untuk sebulan dua ni sebab nak close projek dalam pertengahan bulan Oktober nanti. Faham-fahamlah kalau jadi programmer ni, jadual hidup pun bukan teratur sangat. Anyway, dalam jadual hiruk-pikuk tu, Mya tak nak lepaskan peluang bercuti sekejap dengan kawan-kawan rapat Mya. hampir sebulan juga merancang nak bercuti di Janda Baik ni. Nasib baiklah rancangan tu menjadi. Thanks to my bestfriends yang banyak membantu menjayakan idea ni. Janda Baik akhirnya berjaya ditawan.
Sebenarnya nama kawasan ni Riverside. Mya tak pastilah sama ada namanya bertukar atau gelaran lain bagi kawasan ini sebenarnya. Tapi, bila kawan Mya beritahu yang dia dan kawan-kawan lain berkelah di Pulau Santap ni dalam bulan Ogos yang lepas, Mya terus ajak geng lepak kat sini. Tengok pipi masing-masing pun dah boleh agak apa nama geng kami, kan? Okey, berbalik kepada topik asal. Kalau awak pun teringin nak melepak mandi sungai di Janda Baik tanpa perlu menempah resort yang jelas lebih mahal, awak boleh cuba datang ke sini. Cuma Waze je 'Pulau Santap Janda Baik' dan mulakan perjalanan.
Katakanlah awak terlupa bawa peralatan atau sebarang persiapan untuk membakar, jangan risau. Kat sini, mereka dah siapkan kawasan untuk membakar. Malahan, ada juga kedai yang menjual segala peralatan bersebelahan pejabat urusan Riverside. Oh, terlupa pula. Di sini ada disediakan pondok untuk awak berehat sambil makan dengan keluarga atau kawan-kawan. Terus je ke pejabat urusan berhampiran sebaik awak nampak signboard Riverside yang berada di sebelah kanan dan pondok di tepi sungai di sebelah kiri.
Fasiliti kat sini pun cukup lengkap. Surau ada, kedai ada, tandas pun ada. Bila menjengah petang, gerai-gerai tepi jalan pun dah mula beroperasi. Jadi, tak ada punca untuk timbul masalah kat sini. Kalau ada masalah tu maknanya, cari masalah sendiri lah tu. Okey, ampun. Just kidding.

Anyway, lepas sudah kempunan Mya nak mandi sungai. Lepas ni, bila cuaca dah okey, Mya nak tawan laut semula. Lama tak berenang *walaupun tak berapa pandai* Sekali lagi, ucapan terima kasih dengan penuh kasih sayang untuk kawan-kawan dan pasangan masing-masing yang menjayakan projek jejak Janda Baik ni. Lepas ni, boleh rancang berkelah lagi ye, kawan-kawan. Muah sikit.

Comments

  1. Replies
    1. haha . tak sempat nak ambil gambar dh kak . ayam masak je terus masuk mulut masing-masing. haha

      Delete
  2. lama tak berehat2 kat dlm tempat mcm ni..

    ReplyDelete
  3. Cepat2!!! Hari ni LAST!! Jemput join Giveaway di blog Tengkubutang.com yea.. mana tahu ada rezeki menang apa-apa hadiah kan... kalau tak minat hadiah.. jemput join sekadar support contest di blog TB tu ke.. boleh...? heeee.. thank you.. i love you.. =) jom meriahkan lagi contest ni disamping boleh dapat trafik dari peserta-peserta yang join untuk blogwalking.. =)..

    Kepada yang dah join.. Terima kasih sangat-sangat... semoga Allah murahkan rezeki korang.. Aamiin..

    http://www.tengkubutang.com/2017/08/tengkubutang-6-million-pageview-giveaway.html

    ReplyDelete
  4. Cepat2!!! Hari ni LAST!! Jemput join Giveaway di blog Tengkubutang.com yea.. mana tahu ada rezeki menang apa-apa hadiah kan... kalau tak minat hadiah.. jemput join sekadar support contest di blog TB tu ke.. boleh...? heeee.. thank you.. i love you.. =) jom meriahkan lagi contest ni disamping boleh dapat trafik dari peserta-peserta yang join untuk blogwalking.. =)..

    Kepada yang dah join.. Terima kasih sangat-sangat... semoga Allah murahkan rezeki korang.. Aamiin..

    http://www.tengkubutang.com/2017/08/tengkubutang-6-million-pageview-giveaway.html

    ReplyDelete
  5. Damai juga pemandangannya. dekat ja ni, boleh bawa anak :D Semua kemudahan ada

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality