Posts

Showing posts with the label blog

[TUTORIAL] Cara tambah scrollbar pada sidebar widget - Blogger

Image
Assalamualaikum w.b.t. Semoga semua pembaca tersayang sentiasa berada di dalam keadaan sihat bersama insan tersayang. Amboi. Bukan main formal lagi intro Mya hari ni. Sebenarnya Mya harini nak penuhi permintaan seorang rakan blogger AFB ( www.irismyra.com ) yang minta Mya buat tutorial macam mana nak pasang scrollbar pada sidebar widget. Scrollbar ni kita boleh pasang bila kita rasa text dalam widget kita terlalu panjang. Contohnya macam yang dibawah ni. Jadinya, bila kita pasang scrollbar pada sidebar widget, widget akan jadi lebih pendek dan nampak kemas Cara tambah scrollbar pada sidebar widget Mula-mula, klik pada Add a gadget dan pilih HTML/Javascript untuk awak menambah widget baru pada sidebar. Kalau awak nak buat pada widget sedia ada pun boleh. Pilih sahaja mana-mana widget yang awak nak tambahkan scrollbar tu.  Tambahkan kod dibawah ini dalam kod HTML awak: <div style="overflow:auto; width:100%; height: 170 px; padding:10px; border:1px solid #eee;"...

Kod asas HTML : Kotak Jadual

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hari ni Mya nak berkongsi beberapa kod asas HTML yang boleh membantu menjadikan entri kita nampak lebih kemas. Mungkin ada yang dah tahu. Tapi, memandangkan masih ada antara rakan blogger yang bertanya, Mya buatkan juga entri ni supaya nampak lebih jelas. Manalah tahu, di masa akan datang, akan ada kegunaan lain juga. Kod asas HTML ni termasuklah kotak jadual. Jika ada kod HTML lain yang awak nak belajar, boleh tinggalkan komen. Jom kita mulakan kelas sekarang. Jangan main instagram kat belakang ye. Kod asas HTML - Jadual Mya nak mulakan dengan kod kotak jadual kerana ia agak tricky bagi awak yang tak biasa dengan kod HTML. Kalau awak refer kepada mana-mana website, awak akan perasan yang setiap satunya akan sedikit berbeza. Sebagai permulaan, kotak jadual boleh dibuat di dalam HTML dengan gunakan tag <table>.  Mari kita main cuba-cuba. Masukkan kod seperti di bawah. Awak akan dapat hasil seperti dalam gambar kedua apabila awak kembali ke ...