Kod asas HTML : Kotak Jadual

Assalamualaikum w.b.t. Hari ni Mya nak berkongsi beberapa kod asas HTML yang boleh membantu menjadikan entri kita nampak lebih kemas. Mungkin ada yang dah tahu. Tapi, memandangkan masih ada antara rakan blogger yang bertanya, Mya buatkan juga entri ni supaya nampak lebih jelas. Manalah tahu, di masa akan datang, akan ada kegunaan lain juga. Kod asas HTML ni termasuklah kotak jadual. Jika ada kod HTML lain yang awak nak belajar, boleh tinggalkan komen. Jom kita mulakan kelas sekarang. Jangan main instagram kat belakang ye.

Kod asas HTML - Jadual

Mya nak mulakan dengan kod kotak jadual kerana ia agak tricky bagi awak yang tak biasa dengan kod HTML. Kalau awak refer kepada mana-mana website, awak akan perasan yang setiap satunya akan sedikit berbeza. Sebagai permulaan, kotak jadual boleh dibuat di dalam HTML dengan gunakan tag <table>. Mari kita main cuba-cuba. Masukkan kod seperti di bawah.
Awak akan dapat hasil seperti dalam gambar kedua apabila awak kembali ke bahagian Compose semula. Bagaimana jika awak nak menambah column, mungkin sehingga column 5? Cuma tambahkan tag <td> dan </td> di awal dan akhir maklumat awak. Contohnya seperti dalam gambar di bawah.
Sudah cuba? Sekarang kembali ke bahagian Compose. Nampak apa perubahan yang berlaku? Macam pakai produk kecantikan pulak. Okey. Untuk tambah column, rasanya awak dah boleh faham. Bagaimana jika nak tambah row? Siapa dapat jawab? Okeylah Mya beritahu saja. Tak perlu bersusah payah. Awak boleh copy dan paste semula kod bermula dari <tr> hingga ke </tr> untuk tambah column baru. Contoh? Ni dia.
Macam mana? Faham dah bagaimana tag <table> , <tr> dan <td> ni berfungsi? Dalam HTML, setiap tag pemula kena ada tag penutup. Sebab tulah wujud tag </table>, </tr> dan </td>. Jangan risau, cuma ikut sahaja cara macam yang Mya ajar dan cuba main dengan coding tu. InsyaAllah, akan lebih faham nanti. Setakat ini dulu. Kalau ada soalan, boleh komen atau emel direct ke mynurulatika@gmail.com. Mya akan cuba bantu.

Comments

  1. sebab koding ne lah cm tak jadi sambung sem hebat la mya.

    ReplyDelete
  2. mungkin 1 hari nk guna nii...save dulu..

    ReplyDelete
  3. Macam best aje benda coding coding ni..haha

    ReplyDelete
  4. perasan jugak semua coding kena ada tu

    ReplyDelete
  5. masa belajar coding kat U dulu tau, dah tak praktik lupa dah... thanks ingatkan semula coding ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality