Posts

Showing posts from April, 2017

[LIRIK] Kumbang dan Bunga - Wani Kayrie & Viral (OST Hikayat Cinta Si Pematah Hati)

Image
Lirik Kumbang dan Bunga - Wani Kayrie & Viral (OST Hikayat Cinta Si Pematah Hati) [LIRIK] Kumbang dan Bunga - Wani Kayrie & Viral (OST Hikayat Cinta Si Pematah Hati) [LIRIK] Kumbang dan Bunga - Wani Kayrie & Viral (OST Hikayat Cinta Si Pematah Hati) mengapa kau dustai janjimu adakah salahku mudahnya engkau pergi tanpa fikirkan ku  di sini mengapa kau cari silapku adakah kau jemu senangnya engkau pergi perasaanku tidak kau peduli fikir kau istimewa namun tidak buat selamanya fikir kau istimewa kau musnahkan segala kau kumbang ku bunga jangan kau hancurkan oh tamannya ku kumbang kau bunga jangan kau hancurkan oh tamannya Mengapa kau dustai janjimu Adakah salahku Senangnyanya engkau pergi perasaanku tidak kau peduli sudah cukup sudah ini tidak mudah untukku hadapi semua yang tak pasti sudah cukup sudah ini tidak mudah untukku hadapi apa kau mahu lagi bukannya aku tidak peduli sedar siapa kau sering diuj

[LIRIK] Di Sana Cinta Di Sini Rindu - Wany Hasrita & Tajul

Image
[LIRIK] Di Sana Cinta Di Sini Rindu - Wany Hasrita & Tajul [LIRIK] Di Sana Cinta Di Sini Rindu - Wany Hasrita & Tajul [LIRIK] Di Sana Cinta Di Sini Rindu Wany Hasrita & Tajul sejak ku dengar merdu suaramu tidak ku sangka jiwa terganggu apa kurangnya suara manjamu menyentuh hati membawa mimpi kamu wanita manis sekali lirik matamu membawa cinta kamu lelaki pandai menggoda hingga hatiku mulalah rindu riang hatiku hilangnya resah di sini cinta di sana cinta benarkah di sana rindu di sini rindu sejiwa di sini sayang di sana sayang sekata orang di sana orang di sini sama menanggung rasa cinta tak dapat diduga cinta hanya dapat dirasa senada dalam cinta di sini cinta di sana cinta benarkah di sana rindu di sini rindu sejiwa di sini sayang di sana sayang sekata orang di sana orang di sini sama menanggung rasa cinta tak dapat diduga cinta hanya dapat dirasa senada dalam c

Tips lulus Adsense

Image
Hari ni, atas janji Mya dengan kak Sue Aida  yang nak tahu tips lulus Adsense sebab Mya baru je lulus dua minggu yang lepas, Mya nak kongsi sikitlah dengan semua orang yang setia datang ke blog ni, tapi masih belum mendaftar dengan Adsense, ataupun kecewa dengan Adsense sebab tak lulus-lulus juga walaupun dah cuba banyak kali. Teruskan mencuba sambil ikut tips lulus Adsense yang Mya beri hari ni. Mya pun sama juga hampir putus asa dulu *lebih lima kali dah cuba apply rasanya* Tips Lulus Adsense Tips lulus adsense | Sumber gambar : Google Anyway, sebelum jauh nak pergi, Mya nak ucap terima kasih bebanyak pada Abe We dan KakCik yang setia ajar dan bimbing Mya sampailah berjaya lulus dengan Adsense ni. Mudah je rupanya. Tapi, sebab tak faham kehendak sebenar dalam syarat yang Adsense bagi tu yang jadi lama dan application gagal banyak kali. Buat hal betullah kan Mya ni. Degil sangat. Ok, sebelum apa-apa hal, usha dulu blog awak tu. Banyak text atau banyak gambar? Pastika

[LIRIK] Bukan Untukku - Hyper Act (OST Shh... I Love You)

Image
LIRIK Bukan Untukku - Hyper Act (OST Shh... I Love You) [LIRIK] Bukan Untukku - Hyper Act (OST Shh... I Love You) Lirik Bukan Untukku - Hyper Act  (OST Shh... I Love You) Malamku tak berbintang Siangku hanya berlari-lari Apakah tanda makna mengenalimu Sekadar mimpi Jariku sentuh dingin kurasai Kosong tiada makna Diamnya tak berkata Hanya aku yang tak pernah  mengejar kejora kau janji bersama Walau dirimu berharga tidak kau bahagia jika ku bersama denganmu Uuuuu... Tanpa sayap cintamu tak akan ku terbang setinggi ini Ku tuju langit cerah Rupanya kelam kabus menanti Percaya kasih ku cuba sedaya Namun tiada beza Biar ku undurkan diri Hanya aku yang tak pernah  mengejar kejora kau janji bersama Walau dirimu berharga tidak kau bahagia jika ku bersama denganmu Uuuu... Hanya aku yang tak pernah  mengejar kejora kau janji bersama Walau dirimu berharga tidak kau bahagia jika ku bersama denganmu Mungkin kecewa

Template dan Header baru untuk blogger Lyana

Image
Assalamualaikum and hello to all my favorite people. Sendu sangat blog ni sekarang, kan? Sorrylah uolls. Since dah dapat kerja ni, macam tak ada peluang sangat nak update blog. Sebab Mya kena belajar programming language baru. Dengan si manja *laptop Mya* ni buat hal pulak. Tak pepasal, Mya jadi lambat nak catch up dengan orang lain belajar sama. Orang dah sampai London, Mya sangkut lagi kat imigresen *dah macam sangkut blacklist PTPTN tak bayar pulak rasanya ni* Sabarlah duhai hati.  Saja nak bagitau awak semua yang sebelum masuk kerja haritu, Mya sempat tolong editkan template untuk blog cik Lyana Ishak kita yang comel ni. Termasuklah dengan headernya sekali. Bukanlah pakar pun bab ni. Tapi, cukup lega dan happy teramat bila tuan punya blog suka tengok blog beliau yang sekarang. Yang paling buat mata keluar love-love adalah bila Cik Lyana puji header yang kita buatkan untuk dia. Dia suka sangat katanya. Mya pun jadi double suka lah. Jom usha blog cik Lyana pulak Thanks

[e-Novel] Anak Angkat Mama Bab 12

Image
JAM MENUNJUKKAN HAMPIR PUKUL SATU PETANG. Perbincangan mengenai projek majlis amal yang diketuai Haqiem masih belum nampak tanda-tanda akan berhenti. Nia dan Fidzreen nampaknya tekun membuat senarai surat rasmi yang perlu diserahkan kepada Adreena. Pekerja yang lain juga nampaknya asyik berbincang dengan Haqiem mengenai rancangan aturcara majlis serta hidangan yang mahu disediakan. “I harap untuk mesyuarat pada hari khamis nanti, dah ada progress.” Tepat jam 1.30 petang, mesyuarat itu berakhir. Pesanan Haqiem dipaksa masuk ke fikiran. Serentak kesemua mereka mengangguk. Seorang demi seorang keluar dari bilik mesyuarat dengan wajah lapar tidak tertahan. Yang tinggal hanya Fidzreen, Haqiem dan Nia. “Kalau boleh, I nak you siapkan surat untuk rumah anak yatim tu petang ni. Esok I nak ke sana, nak beri kata akhir kepada pengasas.” Fidzreen membuat isyarat faham dengan menemukan ibu jari dan jari telunjuk. Serentak, Haqiem mengajak Nia dan Fidzreen keluar dari bilik mesyuarat.

Pengalaman pertama guna monorel

Image
Hello. Anybody home? Lama sangat rasanya tinggalkan blog ni. Sejak dari hari pindah ke Ukay Perdana rasanya. Ok. Back up a second. Bila masa pula Mya pindah ke Ukay Perdana ni? Sebenarnya, awal bulan Mac lepas, Mya ada attend satu temuduga untuk jawatan 'Junior Developer' kat Ukay Perdana ni. Nasib Mya baik sebab terpilih untuk isi kekosongan tu. Long story short, here I am. Sebab tulah, kalau Mya jarang update lepas ni, Mya minta maaf sangat-sangat. Sebab company tengah sibuk siapkan projek dan Mya terlibat sama.  Anyway, pengalaman pertama guna monorel kat Kuala Lumpur ni sebenarnya lebih kepada Mya nak belajar membiasakan diri dengan sistem pengangkutan awam kat sini. Kalau dah namanya motor dengan kereta tinggal kat Perak, memang tak ada peluanglah nak bergerak ke mana-mana sendiri kan? Mula-mula macam risau jugak sebab belum biasa. Tapi, bila dah cuba, senang je rupanya. Janji jangan salah naik platform je. Merasalah jugak sesat platform semalam. Padahal masa tu M