Posts

Showing posts from February, 2023

Perlu ke menderma darah? Faedah dan Prosedur berkaitan

Image
Aku tahu, ramai antara kita yang masih belum pernah menderma darah walaupun sekali. Baik disebabkan belum berkesempatan, takut jarum mahupun tidak boleh tengok darah, menderma darah ada satu perkara yang baik untuk dilakukan, bukan sahaja kepada diri sendiri, malahan kepada orang lain juga. Tahukah korang bahawa dari sebekas darah yang kita dermakan, kita dapat membantu menyelamatkan tiga nyawa? Malahan, dengan menderma darah, kita dapat mengambil tahu tahap kesihatan kita sama ada di tahap yang baik atau sebaliknya. Jadi, berbalik kepada soalan asal, perlukah kita menderma darah? Apabila kita menderma darah, darah tersebut akan diuji kaji terlebih dahulu untuk memastikan betul pengagihan kumpulannya. Selain itu, ujian darah juga perlu dilakukan bagi memastikan darah yang didermakan bebas daripada sebarang penyakit dan jangkitan virus seperti siflis, hepatitis B dan C, dan juga AIDS. Jika didapati ada keputusan yang mencurigakan, pihak hospital akan menghubungi kembali penderma untuk m