Posts

Showing posts from November, 2018

Hadiah istimewa buat bayi dengan Lovingly Signed

Image
Assalamualaikum w.b.t. Salam Maulidur Rasul kepada semua pembaca yang beragama Islam dan selamat bercuti buat semua pembaca yang lainnya. For a few weeks now, ramai kawan-kawan Mya yang berkongsi berita gembira mengenai kelahiran ahli baru dalam keluarga. Apatah lagi buat mereka yang baru menyambut anak sulung. Setulus ucapan tahniah dari Mya buat teman-teman sekeluarga. Kalau dalam kalangan awak pun ada juga menyambut ahli baru, Mya ucapkan tahniah dan mengharapkan anak kecil itu membesar menjadi insan yang menyenangkan hati ayah bonda dewasa kelak. Since kawan rapat Mya pun ada yang menyambut kelahiran, Mya dan kawan-kawan lainnya sepakat mula mencari hadiah yang sesuai untuk si ibu dan anak. Jadinya, setiap kali singgah di mana-mana pasaraya, Mya akan singgah di babies' section untuk mencari hamper atau mungkin set pakaian. Tapi, ada pula yang berkata, di usia seawal ini, bayi akan cepat membesar. Jadi pemberian hadiah seperti set pakaian macam tak berapa sesuai. Pening jug

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Image
Assalamualaikum w.b.t. Awak semua buat apa tu di hujung minggu sebegini? Mya seperti biasa, mula menjejaki lokasi lepak dan makan yang menarik dan berpatutan. Tapi, untuk hari semalam, Mya ke Putrajaya untuk menyambut ulangtahun hari lahir kawan baik Mya dengan kawan-kawan yang lain. Nak merancang untuk aktiviti semalam, Mya dan kawan sempatlah ke kawasan food truck di Dataran Wangsa. First time sebenarnya Mya ke kawasan food truck di sana. Selalunya Mya melepak di TAPAK, berhampiran KLCC.  Usahawan Food Truck – satu usaha mengurangkan penjaja haram Satu sebab paling best kenapa Mya suka sangat pergi ke kawasan food truck ni adalah disebabkan seleksi makanan yang ada di sana. Paling mudah, sebab tak perlu pening kepala bergaduh nak makan apa dan di mana. Pergi je kawasan food truck ni, pilihan makanan dari Italian ke Perancis, semuanya ada. Err, French Fries tu boleh dikira Perancis kan?  Pelbagai jenis makanan boleh dicari di kawasan food truck, dari western ke Italian ke m

Teater Bangsawan Dendam Laksamana membuka mata

Image
Assalamualaikum w.b.t. Jujur Mya katakan yang Mya sememangnya adalah peminat persembahan pentas. Tapi, sebelum ini, Mya belum berkesempatan untuk menyaksikan sendiri kerana tinggal agak jauh di Perak dan ada masanya Mya terlepas peluang untuk pergi menonton atas kekangan masa. Nasib Mya baik kali ini kerana sempat pergi menonton teater Bangsawan Dendam Laksamana yang dipimpin oleh Pat Ibrahim. Pementasan yang diarahkan oleh Pat Ibrahim   dan diterajui oleh barisan pelakon hebat seperti Hairi Safwan , Dato Jalaluddin Hassan , Aidilla Shaffi dan Megat Shahrizal ini dikhabarkan akan berlangsung dari 29 Oktober sehingga 11 November nanti di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) . Apa yang lebih menarik adalah, pementasan ini akan dibawa ke tujuh lokasi lain dalam Semenanjung Malaysia sehingga ke bulan April ini. Jadi, bagi yang terlebih peluang untuk menonton di Kuala Lumpur ini, nantikan ketibaan pentas hebat ini di negeri awak ye. Mesti kena

[Trivia] Gellert Grindelward, pendahulu cita-cita Voldemort

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hari ni Mya nak sambung dengan bahagian ketiga dari siri trivia Wizarding World, iaitu mengenai Gellert Grindelward. Gellert Grindelward ini merupakan penjenayah yang paling dikehendaki pada zaman muda Albus Dumbledore, yang mana ketika itu masih merupakan salah seorang professor di Sekolah Magik Hogwart. Seperti Voldemort, Gellert Grindelward merupakan wizard yang digeruni ramai kerana mengamalkan dark magic. Grindelward dan Dumbledore bertemu dan akhirnya bersepakat mencari Deathly Hallows demi membentuk sebuah revolusi menentang satu undang-undang iaitu International Statute of Wizarding Secrecy  yang mana memerintahkan agar kuasa magik disembunyikan dari dunia luar atau dunia Muggle. Hubungan baik itu akhirnya terlerai apabila mereka berdua bertarung dgn adik lelaki Dumbledore iaitu Aberforth, yang mana mengakibatkan kematian adik bongsu mereka, Ariana. Kematian adik bongsu mereka menyebabkan Albus Dumbledore tidak lagi menyertai revolusi Dark Wizard

Khasiat dan kelebihan ayat seribu dinar

Image
Assalamualaikum w.b.t. Sengaja Mya pilih tajuk santai sedikit hari ni sebagai bacaan kita semua. Mungkin ramai yang sudah pun mengetahui khasiat dan kelebihan ayat seribu dinar ini. Tambahan lagi, ayat ini merupakan antara ayat yang sering digunakan dalam tulisan kaligrafi. Jadi kita biasa melihat ayat seribu dinar ini digantung di dinding masjid mahupun surau. Tapi, izinkan kongsikan di sini buat berkongsi dengan teman-teman yang masih belum tahu. Ayat seribu dinar ini adalah potongan ayat kedua dan ketiga dari Surah at-Talaq yang mana dikisahkan pada suatu zaman, seorang pemuda bermimpi didatangi Nabi Khidir. Nabi Khidir, di dalam tiga kali mimpinya, memerintahkan dia agar bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Pemuda itu akhirnya menurut dan sekali lagi Nabi KHidir mendatangi mimpinya. Kali ini, bagi mengajarkan dua potong ayat itu kepadanya untuk diamalkan. Pemuda itu suatu hari berlayar di tengah lautan untuk berdagang di sebuah tempat yang lainnya. Di tengah perjalanan, k