Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur
Assalamualaikum w.b.t. Awak semua buat apa tu di hujung minggu sebegini? Mya seperti biasa, mula menjejaki lokasi lepak dan makan yang menarik dan berpatutan. Tapi, untuk hari semalam, Mya ke Putrajaya untuk menyambut ulangtahun hari lahir kawan baik Mya dengan kawan-kawan yang lain. Nak merancang untuk aktiviti semalam, Mya dan kawan sempatlah ke kawasan food truck di Dataran Wangsa. First time sebenarnya Mya ke kawasan food truck di sana. Selalunya Mya melepak di TAPAK, berhampiran KLCC.
Usahawan Food Truck – satu usaha mengurangkan penjaja haram |
Satu sebab paling best kenapa Mya suka sangat pergi ke kawasan food truck ni adalah disebabkan seleksi makanan yang ada di sana. Paling mudah, sebab tak perlu pening kepala bergaduh nak makan apa dan di mana. Pergi je kawasan food truck ni, pilihan makanan dari Italian ke Perancis, semuanya ada. Err, French Fries tu boleh dikira Perancis kan?
Pelbagai jenis makanan boleh dicari di kawasan food truck, dari western ke Italian ke masakan melayu sendiri. |
Sebenarnya, Mya pun ada rasa tertanya. Sebab sekarang ni dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ni sahaja, ada beberapa kawasan perniagaan food truck yang sudah dibuka. Contohnya di TAPAK Urban Street Dining, Dataran Wangsa dan Taman Tun Dr. Ismail. Macam menarik minat Mya untuk mula berniaga semula pun ada. Nak mengumpul dan menyimpanlah kononnya. Dah tua-tua baru nak belajar menabung, macam nilah. Anyway, Mya pun dengan tak tahu malu, dengan selamba ya-ya, pergi bertanya dengan seorang abang peniaga food truck makanan Western pasal modal, lesen dan kebenaran berniaga.
Pada mulanya, abang tu macam berat je nak berkongsi cerita. Tapi sebab muka Mya yang macam terdesak atau Mya sendiri yang sedikit mendesak untuk tahu, diceritanya juga. Katanya, Kementerian Wilayah Persekutuan sendiri yang beri galakan untuk golongan muda mulakan perniagaan food truck ni. Siap dengan geran RM10,000 untuk 1000 peniaga yang memohon di bawah projek Usahawan Food Truck, menjelang 2020 nanti.
RM10,000??! Banyaknya jumlah yang DBKL nak bagi. Oh, ada bergabung tenaga dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan MARA rupanya. Ini sebenarnya usaha DBKL nak mengurangkan peniaga tanpa lesen yang sesuka hati buka khemah di tepi jalan, tambah abang tu lagi. Betul juga. Dari apa yang Mya nampaklah, dengan food truck ni, kebersihan makanan akan lebih terjaga. Sebab peniaga boleh memasak on-the-spot, apabila menerima tempahan daripada pembeli. Which also means, kadar makanan terbuang juga berkurang. Sebab peniaga food truck tak perlu menyediakan makanan terlebih dahulu.
Anyway, now Mya nak kaji habis-habis dulu pasal program Usahawan Food Truck ni sebab nak ajak pakcik join. Kita kena kaji dulu dalam-dalam sebelum buat penilaian sama ada sesuatau perkatra tu baik atau buruk terlebih dahulu. Manalah tahu, if one day awak terjumpa Mya dan pakcik meniaga makanan dengan food truck di mana-mana kawasan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ni. Roger and Out.
best kan kalau ada byk food truck di pekan2 kecil gak. pasti ada byk pilihan. abam kie folo sini jugak, tau? no 809. tq
ReplyDeleteBest jugak ye.. Banyak pilihan..
ReplyDeleteSuka food truck ni, hipsturr gituw
ReplyDeleteBanyak pilihan makanan miza suka
ReplyDeleteKhaty memang suka menu di food truck sebab ada banyak pilihan. Harga pun berpatutan
ReplyDeleteBagus ada berniaga foodtruck ni, macam2 makanan yang boleh di nikmati... Lebih tersusun dari gerai-tepi jalan
ReplyDeleteAkak memang suka Food Truck sebab menu dia lain dari lain
ReplyDeletekita pun suka bisness food truck ni..wow 1K lesen dikeluarkan..rebut peluang bisnes ni
ReplyDeletePilih je nak makan apa,semua ada kt food truck ni
ReplyDeleteTak pernah lagi rasai pengalaman dapatkan makanan dari food truck. Teringin juga nak rasainya hehe
ReplyDeleteSukaaa tgk food truck..bersih dan teratur
ReplyDelete