Posts

Showing posts from December, 2018

Makan besar di Pak John Steamboat & BBQ Buffet

Image
Assalamualaikum w.b.t. Minggu lepas, Mya berkesempatan untuk ber-steamboat dan ber-grill di Pak John Steamboat & Grill di iOi Mall, Putrajaya. Dengan perut yang masih kosong tanpa sarapan dan makan malam yang masih terbaki belum diproses di dalam perut, Mya pun masuklah ke dalam restoran ini dengan harapan, bila keluar nanti, Mya akan rasa kenyang dan puas hati. Maka, dengan muka separa tersenyum, Mya pun melangkah masuk ke dalam Pak John Steamboat & Grill yang berada di kawasan terbuka kompleks tersebut. Masuk je pintu utama restoran, yang pertama menyapa pandangan adalah barisan makanan yang menunggu giliran untuk masuk ke dalam perut Mya. Yang kering, yang basah. Yang segar, yang frozen. Yang perlu dimasak, yang sudah siap dimasak dan dihidang. Eh, lupa pulak. Sebelum makan, macam biasalah, pergi ke kaunter dan bayar dahulu. Boleh pilih salah satu daripada lima jenis sup yang disediakan oleh pihak restoran. Mya? Macam biasalah. Semestinya tomyam. Baru ngam. Pilih

[e-Novel] Anak Angkat Mama Bab 24

Image
NIA MEMBACA SENARAI di dalam telefon bimbitnya berkali-kali. Ke butik sudah. Ke kedai bunga sudah. Berjumpa dengan pihak yang menguruskan pelamin pun sudah. Bunga dan riben untuk corsage pun sudah dibelinya. Gambar contoh untuk kek pengantin pun sudah dihantar kepada Anis yang jelas terkejut dengan ketibaannya di pintu kafe, menggantikan Hadi yang tiba-tiba perlu ikut serta dalam mesyuarat petang itu.  Tersenyum sendiri Nia bila teringatkan reaksi Anis yang agak terlopong bila melihatnya tadi. Reaksi itu sudah diduganya kerana dia sendiri meminta Hadi supaya tidak memaklumkan kepada Anis kehadirannya. Bekas teman serumahnya itu terus meninggalkan kerja menyusun kek di dalam peti sejuk kepada staf yang sedang membantunya.  “Kenapa tak beritahu pun yang kau dah balik Malaysia? Are you back for good? ”  Nia mengangkat bahunya perlahan, tanda dia sendiri pun masih belum pasti. Sejak mereka sekeluarga pulang semula ke Kuala Lumpur dari Langkawi awal minggu itu, dia langsung ha